Logo baru Kavya 2003

 ISSN: 1675-4042 — Keluaran 22 — November 2003

Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Diwali – Sebuah Sajak

[untuk seorang teman yang bakal Islam]

Oleh: Uthaya Sankar SB

[Klik di sini untuk membacanya]

Takziah

"Pasti sahaja kehilangannya amat mengejutkan. Othman adalah satu-satunya pendorong angkatan muda yang terus-menerus merangsang."

SN Datuk (Dr) A. Samad Said

Penasihat Agung Kavyan

Belasungkawa

Berita Dr Haji Othman Puteh meninggal dunia pada 19 Oktober 2003 mengejutkan pihak Kavyan. Dunia sastera kehilangan seorang tokoh yang pasti tidak dapat dicari ganti. [Baca lagi]

Kavyan menghargai segala sumbangan dan jasa Allahyarham Dr Haji Othman Puteh terhadap perkembangan sastera tanah air, serta usaha beliau membimbing kelompok penulis muda - khususnya penulis kaum India. Anugerah Cerpen Dr Othman Puteh adalah tanda jasa beliau dikenang oleh Kavyan. Untuk maklumat lanjut, sila klik sepanduk di atas atau layari laman www.othmanputeh.cjb.net.

Baca Cerpen Terpanjang

Catat Rekod Malaysia

Usaha Kavyan wajar dipuji kerana membuka peluang kepada peminat sastera membaca cerpen yang mereka minati. Pada masa yang sama, acara seperti ini berjaya mengumpul kelompok penulis cerpen, peminat sastera dan orang awam untuk saling berinteraksi; sekali gus mendaulatkan bahasa kebangsaan.

Baca laporan Nur Faizah, wartawan Kumpulan Karangkraf DI SINI

Acara Baca Cerpen di Dua IPTS

Yayasan Sasterawan Kaum India Malaysia (Kavyan) mengadakan Acara Baca Cerpen di Sepang Institute of Technology (SIT), Klang pada 8 November 2003.

Acara baca cerpen kedua pula diadakan di The One Academy (TOA), Bandar Sunway pada 13 dan 20 November 2003.

Kedua-dua acara ini melibatkan sekitar 100 pelajar yang kebanyakannya terdiri daripada kalangan kaum Cina sebagai salah satu usaha menyemaikan semangat cinta akan bahasa kebangsaan.

Utusan Malaysia, 23 Oktober 2003

Kejayaan Kavyan

Catat Baca Cerpen Terpanjang

Malah, kejayaan tersebut lebih manis apabila sebelum acara itu berlangsung terdapat khabar angin oleh pihak tertentu yang akan melakukan sabotaj agar usaha Kavyan tidak itu tidak berjaya. Uthaya Sankar SB sendiri turut dikecam secara peribadi dan diugut, namun atas sikap degilnya, segala kata-kata negatif yang dilemparkan kepada beliau tidak diendahkan. [Lagi]

Baca Cerpen Kavyan-PLS

Seramai tujuh ahli Kavyan mengadakan lawatan ke Pure Life Society (PLS) pada 18 Oktober 2003 khusus untuk mendengar lima belas remaja di rumah kebajikan berkenaan membaca cerpen Bahasa Malaysia. Aktiviti ini adalah sebagai lanjutan daripada Baca Cerpen Kavyan yang turut disertai sepuluh remaja dari PLS. Setiap peserta diberi cenderamata berupa majalah Libur sumbangan Karangkraf dan novel Panchayat sumbangan Uthaya Sankar SB. Wakil Kavyan terdiri daripada Ganesan Duraisamy (penyelaras), Sarawanakumar, Suresh, Mahendran, V. Vijayaletchumy, S.G. Prabhawathy dan Uthaya Sankar SB.

Sila Klik Untuk Maklumat

Kavyan kini sedang giat mengatur siri Baca Cerpen Kavyan dengan kerjasama beberapa pihak termasuk Majlis Kebudayaan Negeri Selangor, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor, Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysian Association for The Blind, Limkokwing University College of Creative Technology, serta beberapa sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur.

Maklumat lanjut diedarkan melalui www.ekavyan.cjb.net. Sementara itu, bacalah maklumat berkaitan kejayaan Baca Cerpen Kavyan di www.bacacerpen.cjb.net atau klik pada sepanduk di atas.

Diskusi Karya Sasterawan Kaum India

Salinan Karya Diperlukan

Diskusi Karya Sasterawan Kaum India akan diadakan pada Disember 2003. Sehubungan itu, para penulis/ sasterawan kaum India Malaysia yang menghasilkan karya (cerpen, sajak, esei, rencana dan makalah) Bahasa Malaysia diminta mengirim salinan fotokopi (yang terang dan jelas) untuk tujuan diskusi. Dapatkan maklumat lanjut di laman web www.diskusikarya.cjb.net atau KLIK DI SINI

Antologi Cerpen Sasterawan Kaum India

Uthaya Sankar SB sedang menyelenggarakan sebuah antologi yang memuatkan cerpen Bahasa Malaysia karya penulis kaum India. Antologi ini bakal dinilai untuk diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Para penulis muda daripada kalangan kaum India Malaysia dipelawa mengemukakan manuskrip cerpen untuk dinilai bagi antologi ini. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.antologi.cjb.net atau KLIK DI SINI

Penasihat Kehormat Kavyan

Dato' Dr Anwar Ridhwan dilantik sebagai Penasihat Kehormat Kavyan pada 20 Oktober 2003 berikutan kekosongan yang timbul. Rujuk senarai Jawatankuasa dan Penasihat Kavyan di SINI

Kavyan Anjur Diskusi Karya

Utusan Malaysia, 16 Oktober 2003

Diskusi Karya Kavyan 15 November di Shah Alam

Berita Minggu, 19 Oktober 2003

Klik pada sepanduk di atas untuk maklumat terperinci

Borang Keahlian Kavyan dan Kelab Kavyan

Berminat menjadi ahli Kavyan? Dapatkan borang di sini.

Jika berumur bawah 18 tahun, saudara boleh menjadi ahli Kelab Kavyan di mana yuran yang dikenakan adalah lebih rendah. Dapatkan borang di sini.

Peraduan Menulis Cerpen dan Puisi Pelbagai Kaum Ke-3

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Majlis Penulis Pelbagai Kaum Malaysia sekali lagi menganjurkan Peraduan Menulis Cerpen dan Puisi bagi penulis yang bahasa ibundanya bukan Bahasa Melayu. Peraduan ini diperkenalkan pada tahun 2000 dan antara matlamatnya adalah memberi galakan kepada Penulis Bukan Melayu supaya lebih giat menghasilkan karya yang bermutu dalam Bahasa Malaysia. [Maklumat Terperinci]

Terima Kasih Daun Keladi

Risalah Online ArahKiri menyiarkan tulisan, promosi dan artikel mengenai Kavyan secara beterusan.

Kalau Boleh Nak Lagi

Basically  Fiction

The Sinful Lovers

By Bissme S

We were tired of keeping our affair a secret. We decided to abandon our spouses and our children. We were willing to take the risk of them hating us, forever. We planned everything carefully. We will migrate to Sydney, Australia and say final goodbye to Kuala Lumpur. Nobody knows us in Sydney and we could start our life fresh. [Read on]

 Diskusi Karya Mantan MPR

Karya (cerpen dan sajak) yang dihasilkan oleh bekas peserta Minggu Penulis Remaja (MPR) akan dibicarakan oleh dua tokoh pada 14 November 2003 (Jumaat), pukul 9:30 pagi di Dewan Seminar, Menara DBP. Majlis ini terbuka kepada umum dan masuk adalah percuma.

Kuliah Sastera Bandingan MASTERA

Thinesh, Sharuhasan, Sre Murugan, Logeswaran dan Uthaya Sankar SB telah mewakili Kavyan ke Kuliah Kesusasteraan Bandingan MASTERA anjuran dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) pada 6 Oktober 2003 di Dewan Seminar, Menara DBP. Prof Dr Budi Darma dari Universitas Surabaya, Indonesia menyampaikan kuliah bertajuk "Anatomi Sastra Bandingan".

Majlis Diskusi Karya Penulis Muda

Kavyan turut memenuhi undangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ke Majlis Diskusi Karya Penulis Muda pada 11 Oktober 2003 di Dewan Seminar, Menara DBP. Prof Dato' Dr Siti Hawa Salleh, Prof Madya Dr Sahlan Mohd Saman, Prof Madya Dr Mokhtar Abu Hassan dan Puan Noraini Md Yusuf membicarakan karya Faisal Tehrani dan Nisah Haron. Wakil Kavyan terdiri daripada V. Vijayaletchumy, Magaenthiran, Suresh, Kughan, S.G. Prabhawathy dan Uthaya Sankar SB.

Lawatan Silatulrahim

Sekumpulan 16 ahli Kavyan telah mengadakan lawatan silatulrahim ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 26 September 2003 (Jumaat). Satu lagi lawatan ke Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd diadakan pada 3 Oktober 2003 (Jumaat) dan disertai 15 ahli Kavyan. Kedua-dua lawatan ini membantu para ahli Kavyan lebih memahami organisasi serta aktiviti kedua-dua penerbitan terbabit. 

Teruskan Perjuangan Bahasa Malaysia!

Uthaya Sankar SB mahukan hak menggunakan istilah "Bahasa Malaysia" ... lalu melancarkan semacam "protes peribadi" dari September 1999 hingga Ogos 2002 iaitu selama tiga tahun terhadap media cetak yang tidak mengiktiraf istilah "Bahasa Malaysia". ... Ini bukan soal "sensitif" tapi soal "alergik" ... kerana Uthaya masih siarkan karya Bahasa Inggeris di media lain yang mengizinkannya menggunakan istilah "Bahasa Malaysia".

- Dr Haji Othman Puteh semasa membentangkan kertas kerja "Menelusuri Jalur Kepengarangan Uthaya Sankar SB" pada 23 Ogos 2003 di Kota Kinabalu, Sabah.

Pisang Emas Dibawa Berlayar

Masak Sebiji Di Atas Peti

Terima kasih kepada saudara kerana telah sudi menyebar luaskan maklumat mengenai Anugerah Cerpen Dr Othman Puteh dan segala aktiviti Kavyan kepada rakan-rakan dan kenalan.

Hutang Emas Boleh Dibayar

Hutang Budi Dibawa Mati

Promosi

Uthaya Sankar SB dan Raman Visualingom menulis artikel bertajuk Masalah Sosial Belia India: Punca dan Penyelesaian dalam majalah MINDA keluaran November 2003. Uthaya Sankar SB merupakan pensyarah bebas dan Presiden Kavyan manakala Raman Visualingom pula Timbalan Presiden Kavyan dan Ketua Inspektor Polis Kontigen Bukit Aman.

Terima Kasih Daun Keladi

Terima kasih kepada semua pihak yang tidak lupa menjemput wakil dari Kavyan ke segala majlis dan acara yang dianjurkan. Tindakan pihak saudara membuktikan bahawa Kavyan diiktiraf akan kewibawaannya mewakili sasterawan kaum India di Malaysia. Kavyan akan berusaha menghantar wakil ke setiap majlis, aktiviti dan acara berkenaan; dengan izin Tuhan.

Kalau Boleh Hendak Lagi

Kajian Kreatif

Dr. Krishanan Maniam dari Jabatan Pengajian India, Universiti Malaya telah membentangkan kertas kerja bertajuk “Penulisan Kreatif Bahasa Malaysia dan Penulis Kaum India Malaysia” pada Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu Kedua anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Peking dan Dewan Bahasa dan Pustaka di Beijing, China pada 8-15 Oktober 2002. Mulai keluaran Januari 2003, Kavya menyiarkan teks beliau dalam beberapa bahagian. [Klik di sini untuk membacanya]

Kesetiaan Kaum India Masih Berbelah Bagi?

Ramai pemimpin dalam masyarakat India masih meneruskan tradisi menganggap kaum India sebagai "kaum pendatang" atau imigran dengan erti kata tumpuan masih pada Benua Kecil India. Dalam segala ceramah, sering ditimbulkan kehebatan keturunan Tamil di India pada masa lalu. Jarang sekali disentuh mengenai kehebatan kaum India di Malaysia. Demikian antara hujah Uthaya Sankar SB dalam majalah Minda keluaran September 2003. [Baca rencana berkenaan]

Nandri!

Ashwin Trading, 264A-266A Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur kerana menjadi penaja Anugerah Cerpen Dr Othman Puteh. Komitmen pihak tuan menyemarakkan semangat Kavyan.

Nafsu Seks & Kuasa

Dikisahkan dalam Mahabharata bahawa pada suatu hari, Maharaja Yayati memanggil kelima-lima putera datang mengadap. Maka datanglah mereka dengan penuh setia tanpa banyak soal. Mereka bukan semata-mata menghormati Maharaja Yayati sebagai seorang ayah. Sebaliknya, pada usia remaja, mereka menyedari kuasa yang dimiliki oleh ayah mereka. Kuasa, pengaruh dan kemewahan yang dimiliki oleh Maharaja Yayati turut dinikmati kelima-lima puteranya. Apakah pengajaran daripada kisah ini? Baca kisah sepenuhnya

Perjuangan Berterusan - 6

“Cukupkah wang untuk membeli barang dan membayar upah pekerja?” tanya Chellam dengan perasaan risau. Kavitha tidak segera menjawab. Dia memendang emaknya dengan pandangan kosong. Kemudian dia memandang adik-adiknya. Selepas itu dia mengeluh. “Rasa-rasanya tak cukup, mak. … Sia-sialah harapan saya dan impian saya untuk mengubah suai rumah ini,” kata Kavitha dengan sedih.

Baca kisah benar keluarga Chellam di >>> sini

Apakah pandangan, komen, saranan dan kritikan saudara terhadap surat berita Kavya? Sudikanlah mengisi Buku Tetamu >>>

Kavya & Kavyan Guestbook
Baca Komen
Tulis Komen

Surat berita Kavya diusahakan oleh Kavyan mulai September 1999 untuk diedarkan kepada para ahli secara percuma. Mulai Julai 2002, surat berita ini mula dimuatkan di laman web. Kavya bertujuan menyebar luaskan maklumat mengenai karyawan, sasterawan dan seniman di kalangan kaum India di Malaysia; tanpa bernaung di bawah mana-mana parti politik atau pertubuhan lain. Orang ramai digalakkan mengirim bahan yang sesuai untuk dimuatkan dalam surat berita ini. BACA PANDUAN LENGKAP di www.syarat.cjb.net © Karya: Para Penulis. Editor: Uthaya Sankar SB Tel: 013-3913278 E-mel: [email protected]  Barcode - Kavya ISSN: 1675 - 4042

Enjin Pencarian

www.google.com

Engin Pencarian

www.yahoo.com

Kembali ke Laman Utama Kavya 2003

Hosted by www.Geocities.ws

1