Kavya, November 2003
|
Diwali – Sebuah Sajak [untuk seorang teman yang bakal Islam] Oleh: Uthaya Sankar SB kau sambutlah diwali dengan meriah, teman bakarlah bunga api terang-benderang
kau raikanlah sahabat dan teman hidangkan juadah enak dan sedap sebelum bermula ramadhan biarlah puas mereka merasa muruku dan kuih pedas
kau raikanlah diwali terakhir, teman tahun depan aku ke rumah kau menyambut syawal
22 Oktober 2003, UPM Serdang
Komuniti Penyair, 22 Oktober 2003
|