Peraduan Menulis Cerpen dan Puisi Pelbagai Kaum Ke-3
anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
dan
Majlis Penulis Pelbagai Kaum Malaysia
Tarikh Tutup: 28 Februari 2004
PENGENALAN
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Majlis Penulis Pelbagai Kaum Malaysia sekali lagi menganjurkan Peraduan Menulis Cerpen dan Puisi bagi penulis yang bahasa ibundanya bukan Bahasa Melayu. Peraduan ini diperkenalkan pada tahun 2000 dan antara matlamatnya adalah memberi galakan kepada Penulis Bukan Melayu supaya lebih giat menghasilkan karya yang bermutu dalam Bahasa Malaysia.
SYARAT UMUM
Peraduan ini dibuka kepada warganegara Malaysia yang bahasa ibundanya bukan Bahasa Melayu.
Karya yang dihantar mestilah menggunakan borang rasmi.
Tema bebas tetapi tidak menyentuh sensitiviti dan mencetuskan kontroversi.
Peserta boleh menyertai kedua-dua kategori dan menghantar lebih daripada satu penyertaan.
Karya mestilah karya asli penulis dan belum pernah menyertai sebarang peraduan, disiarkan/diterbitkan dalam mana-mana penerbitan.
Nama dan alamat penulis tidak dibenarkan tertera pada naskhah yang dikirim.
Karya yang dikirim kepada Urus Setia tidak akan dikembalikan.
Penyertaan yang tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan.
Urus Setia tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan atau kerosakan karya yang dikirim melalui pos. Urus Setia akan menghantar surat akuan penerimaan bahan.
Hak cipta karya dipegang oleh penulis. Hak cipta penerbitan dipegang oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Keputusan panel adalah muktamad dan sekiranya karya yang dihantar itu didapati melanggar syarat, penganjur berhak menarik semula hadiah.
SYARAT KHUSUS
Kategori Puisi
Jumlah puisi mestilah tidak kurang daripada tiga buah dan tidak lebih daripada lima buah.
Hanya tiga puisi yang terbaik daripada lima buah puisi layak untuk dipertimbangkan menerima hadiah.
Kategori Cerpen
Tidak lebih daripada tiga buah cerpen.
Panjang cerpen antara 3,500 hingga 5,000 patah perkataan atau antara 15 halaman hingga 20 halaman kertas saiz A4 bertaip bersih pada sebelah muka surat dengan jarak langkau dua baris.
HADIAH
Kategori Puisi
Pertama - RM4,000
Kedua - RM3,000
Ketiga - RM2,000
Sagu hati - RM500 (3 hadiah)
Kategori Cerpen
Pertama - RM4,000
Kedua - RM3,000
Ketiga - RM2,000
Sagu hati - RM500 (3 hadiah)
TARIKH TUTUP
Semua penyertaan mestilah sampai sebelum/pada 28 Februari 2004 dan dialamatkan kepada:
Urus Setia Peraduan Menulis Cerpen/Puisi PelbagaiKaum Ke-3,
Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan,
Tingkat 22,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Peti Surat 10803,
50926 Kuala Lumpur
(u.p.: Sdr Tompang @ Abdul Razak Hj Mamat)
PENTING
Borang yang lengkap hendaklah dilampirkan bersama-sama manuskrip. Kepilkan sekeping foto berukuran pasport serta satu salinan kad pengenalan.
11 Oktober 2003