Antologi Cerpen Sasterawan Kaum India Malaysia

 

Uthaya Sankar SB sedang menyelenggarakan sebuah antologi yang memuatkan cerpen Bahasa Malaysia karya penulis kaum India.

Antologi ini bakal dinilai untuk diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Sebelum ini, Uthaya telah menyelenggara serta mengusahakan penerbitan antologi sulung berjudul Vanakam: Antologi Cerpen Bahasa Malaysia Penulis Kaum India Malaysia (USSB: 2002) yang memuatkan karya sepuluh penulis.

Bagi antologi baru ini, Uthaya mengharapkan penyertaan lebih ramai penulis kaum India yang berminat dan berbakat menghasilkan cerpen bermutu.

Para penulis muda daripada kalangan kaum India (tanpa mengira keturunan, agama dan seumpamanya) dipelawa mengemukakan manuskrip cerpen untuk dinilai bagi antologi ini.

Cerpen mestilah ditaip langkau dua (double spacing) menggunakan program Microsoft Word.

Panjang manuskrip sekitar 15-20 halaman A4; atau antara sekitar 3,500 hingga 5,000 patah perkataan.

Tema adalah bebas tetapi tidak menyentuh isu-isu sensitif.

Cerpen perlu menggunakan Bahasa Malaysia iaitu bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara Malaysia.

Cerpen yang dikemukakan mestilah karya asli dan belum tersiar di mana-mana.

Manuskrip cerpen mesti dikirim oleh penulis terus kepada penyelenggara tanpa melalui wakil atau orang tengah.

Manuskrip cerpen wajib dikirim secara attachment melalui e-mel ke alamat [email protected].

Nyatakan judul dan nama pengarang pada halaman pertama manuskrip cerpen.

Penulis perlu menyertakan biodata serta maklumat diri yang lengkap (nama, alamat lengkap, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat e-mel dan sebagainya) bersama-sama kiriman cerpen.

Karya mesti sampai kepada penyelenggara pada atau sebelum 31 Januari 2004. Penyertaan lewat tidak akan dilayan.

Penyelenggara akan mengirim pengesahan penerimaan bagi cerpen yang diterima melalui e-mel.

Hanya cerpen yang layak dan bermutu akan dipilih untuk dimuatkan dalam antologi ini.

Pengarang akan dimaklumkan melalui e-mel jika cerpen yang dikirim terpilih untuk dimuatkan dalam antologi yang diselenggarakan.

Penulis boleh mengirim maksimum lima cerpen untuk dinilai tetapi hanya maksimum tiga cerpen akan dipilih; jika layak.

Penulis diingatkan supaya mengirim cerpen yang benar-benar bermutu sahaja.

Manuskrip yang tidak memenuhi syarat dan panduan yang dinyatakan tidak akan dinilai langsung.

Manuskrip yang mempunyai banyak kesalahan bahasa, kesalahan ejaan dan kesalahan tanda baca tidak akan dinilai langsung.

Untuk maklumat lanjut atau jika ada sebarang pertanyaan, hubungi [email protected] atau telefon 013-3913278 sebelum 31 Disember 2003. Pertanyaan selepas tarikh berkenaan tidak akan dilayan.

Kavya November 2003

Hosted by www.Geocities.ws

1