Bahagian Teori dan Kritikan Sastera

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

dan

Yayasan Sasterawan Kaum India Malaysia

(Kavyan)

menganjurkan

Diskusi Karya Sasterawan Kaum India

 

Pembentang

SN Datuk (Dr) A. Samad Said

Prof Dato’ Dr Siti Hawa Salleh (UPM)

Dato’ Dr Anwar Ridhwan (DBP)

Prof Madya Dr Krishanan Maniam (UM)

 

16 Disember 2003 (Selasa)

9:00 pagi – 1:00 tengah hari

Dewan Seminar, Menara DBP

   

Atur Cara

9:00 pagi - Ketibaan Peserta dan Jemputan

9:05 pagi - Minum pagi

9:45 pagi - Ucapan Perasmian: Ketua Bahagian Teori dan Kritikan Sastera

10:00 pagi - Pembentangan kertas kerja

12:00 tengah hari - Sesi dialog dan soal-jawab

12:45 tengah hari - Penyampaian cenderamata pembentang & Sijil Penyertaan Baca Cerpen Kavyan

1:00 tengah hari - Makan tengah hari & bersurai

 

Pengerusi - S.G. Prabhawathy, Setiausaha Kavyan

Pengacara - Uthaya Sankar SB, Presiden Kavyan

 

Acara ini terbuka kepada umum. Mahasiswa/i, pengkaji sastera, tokoh sastera, pencinta bahasa dan sastera, ilmuan, sasterawan, karyawan, penulis, pelajar, guru, pengamal media, peminat karya kreatif dan orang ramai dijemput hadir. Majlis akan dikendalikan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia. Karya yang bakal dibicarakan adalah antologi cerpen Vanakam, kumpulan cerpen Keinginan Kecil Di Celah Daun, novel Panchayat, serta karya eceran di akhbar dan majalah (2000-2003).

   

Baca Laporan dalam Kavya (Januari 2003)

    

Arkib

Diskusi Karya Sasterawan Kaum India

Anjuran Bersama

Bahagian Teori dan Kritikan Sastera

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

dan

Yayasan Sasterawan Kaum India Malaysia

(Kavyan)

    

Diskusi Karya Sasterawan Kaum India akan diadakan pada 16 Disember 2003 (Selasa), 9:00 pagi - 1:00 tengah hari di Dewan Seminar, Menara DBP.

Sehubungan itu, para penulis/sasterawan kaum India Malaysia yang menghasilkan karya (cerpen, sajak, esei, rencana dan makalah) Bahasa Malaysia diminta mengemukakan salinan fotokopi (yang terang dan jelas) untuk tujuan diskusi.

Salinan fotokopi karya perlu dikirim melalui pos supaya sampai ke alamat Diskusi Karya Sasterawan Kaum India, Prabhamandala, 27 Jalan 25/82-B, Taman Sri Muda, 40400 Shah Alam selewat-lewatnya pada 15 November 2003*.

Sila kirim melalui pos biasa - BUKAN melalui pos berdaftar atau poslaju atau kiriman ekspres.

Karya mestilah yang sudah tersiar pada tahun 2000, 2001, 2002 atau 2003.

Sila fotokopi daripada versi yang tersiar di akhbar/majalah/internet dan BUKAN versi manuskrip asal penulis.

Hanya salinan karya yang diterima pada/sebelum 15 November 2003* akan diserahkan kepada tokoh-tokoh yang bakal membicarakan karya pada sesi diskusi berkenaan.

Para penulis/sasterawan sendiri seharusnya lebih bertanggungjawab mengirim salinan karya yang mahu dibicarakan kerana orang lain mungkin sahaja tidak akan berbuat demikian bagi pihak penulis/sasterawan terbabit.

Hanya salinan karya yang dikirim terus ke alamat rasmi seperti di atas akan dibicarakan.

Salinan fotokopi karya juga boleh diserahkan terus (by hand) oleh penulis/sasterawan terbabit kepada Uthaya Sankar SB, S.G. Prabhawathy atau Ganesan Duraisamy tanpa melalui wakil.

*Tarikh akhir penyerahan karya tidak akan dilanjutkan.

MAKLUMAT lanjut dijangka boleh dibaca di laman ini pada 1 Disember 2003.

      

________________________________________

www.kavya.cjb.net - wwww.kavyan.cjb.net - www.ekavyan.cjb.net

Hosted by www.Geocities.ws

1