teleskop

    

Baca Cerpen Terpanjang

Catat Rekod Malaysia

Oleh: Nur Faizah Abdul Wahab

      

Yayasan Sasterawan Kaum India Malaysia (Kavyan) berjaya mencatat nama dalam The Malaysia Book of Records apabila acara Baca Cerpen Kavyan dinobatkan sebagai acara baca cerpen terpanjang iaitu selama 96 jam 32 minit secara berterusan dari 29 Ogos hingga 2 September 2003.

Foto: Urus Setia bergilir-gilir menjadi penjaga masa. Ahli Kelab Kavyan (belakang) pula menguruskan pendaftaran peserta.

Acara yang bertujuan untuk memupuk minat membaca dan menghayati cerpen di kalngan pelbagai kaum ini diadakan di Galeri Shah Alam, Persiaran Tasik, Shah Alam, Selangor.

Usaha Kavyan wajar dipuji kerana membuka peluang kepada peminat sastera membaca cerpen yang mereka minati.

Pada masa yang sama, acara seperti ini berjaya mengumpul kelompok penulis cerpen, peminat sastera dan orang awam untuk saling berinteraksi; sekali gus mendaulatkan bahasa kebangsaan.

Kelompok penulis, sasterawan, remaja, pelajar dan orang awam tanpa batas kaum, umur, taraf sosial dan profesion telah mengambil bahagian.

Acara bermula tepat pukul 5:00 petang, 29 Ogos 2003 dan berakhir tepat pukul 5:32 petang, 2 September 2003.

Sejumlah 384 naskhah cerpen Bahasa Malaysia telah dibaca oleh sejumlah 166 peserta sepanjang acara ini.

Cerpen pertama dibaca oleh Dr Haji Othman Puteh manakala cerpen terakhir oleh Sasterawan Negara Datuk (Dr) A. Samad Said.

   

Fokus SPM, November 2003

Kavya November 2003

Hosted by www.Geocities.ws

1