bar1.gif (100 bytes)

Artikel Istilah IT Kamus IT Tips Bantu Sains PMR Belajar Java bar2.gif (100 bytes)

TOPIK : KEPELBAGAIAN SUMBER DI BUMI (TINGKATAN 1)

1. Sumber asas di bumi ialah udara, air, ___________, haiwan dan tumbuhan.
2. Bumi kita dikelilingi oleh satu lapisan udara yang disebut ____________.
3. __________________ ialah sesuatu yang memenuhi ruang dan mempunyai jisim.
4. Jirim wujud dalam 3 rupa bentuk iaitu ___________, cecair dan gas.
5. ______________ sesuatu bahan ialah jisim bagi satu centimeter padu bahan itu.
6. Pepejal yang ____________ tumpat akan timbul di permukaan air.
7. Namakan proses bagi perubahan rupa bentuk jirim berikut:
           Gas -----------------> cecair
8. Cecair -------> pepejal. Proses yang terlibat ialah ________________.
9. Pepejal --------> gas. Proses yang terlibat ialah __________________.
10. Penyejatan berlaku pada sepanjang masa dan suhu manakala _____________ berlaku pada takat didih cecair itu sahaja.
11. Pergerakan zarah-zarah secara rawak dikenali sebagai gerakan ____________.
12. Di antara 3 rupa bentuk jirim, __________________ mempunyai zarah-zarah yang tersusun paling rapat.
13. Jirim yang wujud dalam rupa bentuk ____________ boleh dimampatkan kerana terdapat ruang yang besar antara zarah-zarahnya.
14. Zarah-zarah bergerak daripada tempat yang mempunyai banyak zarah kepada tempat yang mempunyai kurang zarah. Proses pergerakan zarah ini disebut __________________ .
15. Resapan zarah-zarah melalui _______________ adalah sangat perlahan.
16. _________________ adalah zarah yang paling kecil dalam jirim.
17. _______________ terdiri daripada dua atau lebih atom yang digabungkan.
18. Satu molekul air terdiri daripada 2 atom _____________ dan satu atom oksigen.
19. Satu molekul ammonia terdiri daripada 1 atom nitrogen dan 3 atom ________ .
20. _______________ adalah bahan yang terdiri daripada satu jenis atom sahaja.
21. Terdapat 109 jenis _____________ dalam Jadual berkala.
22. Kuprum, aluminium dan merkuri adalah contoh unsur ________________ .
23. Wayar elektrik di rumah kita biasanya dibuat daripada logam ___________.
24. _________________ adalah unsur bukan logam yang biasanya digunakan sebagai mata pensel dan elektrod dalam sel kering.
25. _________________ terdiri daripada dua atau lebih bahan yang tidak digabung secara kimia.
26. Campuran 2 logam atau lebih dikenali sebagai ______________. Contohnya ialah keluli.
27. _______________ terdiri daripada dua atau lebih unsur yang digabung secara kimia.
28. Zarah paling kecil dalam sebatian ialah __________________ .
29. Unsur yang terkandung dalam aloi gangsa ialah _____________ dan timah.
30. Gabungan unsur kuprum dan zing membentuk aloi _________________.
31. Campuran serbuk besi dan sulfur boleh diasingkan dengan menggunakan ______________________.
32. Campuran besi dan sulfur dipanaskan. Hasilnya ialah Besi ___________.
33. Hidrogen dan oksigen dalam air boleh diasingkan melalui proses __________.
34. Larutan iodin disediakan dengan mencampurkan alkohol dan ___________.
35. Unsur yang terkandung dalam kuprum sulfat ialah kuprum, sulfur dan     ________________.
36. Semasa pernafasan oksigen digunakan untuk memecahkan bahan makanan bagi menghasilkan_______________________.
37. Karbon dioksida digunakan oleh tumbuh-tumbuhan untuk membuat makanan yang dikenali sebagai proses______________________.
38. Tumbuh-tumbuhan dan ___________________ merupakan sumber utama yang memenuhi keperluan asas manusia.
39. Bahan makanan utama yang dihasilkan daripada proses fotosintesis ialah   ______________________ (sejenis karbohiderat ringkas).
40. Tumbuh-tumbuhan bernafas melalui liang-liang pernafasan kecil yang di panggil ____________________.

TINGKATAN 1 TINGKATAN 2

TINGKATAN 3

Memperkenalkan Sains
Kepelbagaian Benda Hidup
Kepelbagaian Sumber Bumi
Bentuk Dan Sumber Tenaga
Udara Di Sekeliling Kita
Haba Dan Pemindahannya
Dunia Melalui Deria Kita
Air Dan Larutan
Saling Bersandaran Antara Benda Hidup Dengan Alam Sekitar
Daya Dan Gerakan
Pembiakan Dan Pertumbuhan
Tanah Dan Sumbernya
Elektrik Dan Elektromagnet
Bumi Dan Alam Semesta  

icon.jpg (1537 bytes)Balik ke menu

Ke Menu Atas

|| Pengenalan || Falsafah || PIBG || Staf || Enrolmen || Akademik ||
|| Aktiviti || Bimbingan || Sahsiah || Memori || Link || Mak. Tambahan || Tandatangan ||
Copyright � 2001 All Rights Reserved. SMK Bandar Maharani, Jalan Ismail, 84000 Muar, Johor, Malaysia.
EMAIL : [email protected]
Hosted by www.Geocities.ws