bar1.gif (100 bytes)

Artikel Istilah IT Kamus IT Tips Bantu Sains PMR Belajar Java bar2.gif (100 bytes)

TOPIK  : BUMI DAN ALAM SEMESTA (TINGKATAN 3)

1. Terdapat sembilan planet yang mengorbit ________________.
2. Namakanplanet yang paling kecil dalam sistem suria kita.
3. Namakan planet yang terletak paling hampir dengan bumi dan kedua hampir dengan matahari.
4. Planet _______________ merupakan planet tunggal yang berputar dari timur ke barat.
5. Planet ini kelihatan merah kerana permukaannya terdiri daripada besi oksida yang berwarna merah. Ia mempunyai saiz kira-kira setengah daripada saiz bumi. Kadang-kadang ia disebut planet merah. Namakan planet tersebut.
6. Namakan planet yang terbesar dalam sistem suria.
7. Namakan planet yang terletak paling jauh dari matahari.
8. Bumi berputar dari arah barat ke timur. Ini menyebabkan matahari kelihatan terbit di sebelah _______________.
9. Kejadian empat musim disebabkan oleh kesan peredaran bumi mengellingi __________________ .
10. Gerhana _____________ berlaku apabila bumi terletak di antara matahari dan bulan.
11. Terdapat dua jenis kalendar iaitu kalendar Gregory dan kalendar _________.
12. Kalendar ____________ berdasarkan kepada peredaran bumi mengelilingi matahari.
13. ______________ ialah ketulan ais dan debu yang beredar mengelilingi matahari dalam orbit yang berbentuk elips.
14. Komet ______________ mengambil masa 76 tahun untuk membuat satu orbit lengkap. ini menyebabkan ia kelihatan sekali dalam tempoh 76 tahun.
15. ________________ ialah batuan dan logam yang terapung-apung di angkasa lepas. Ia berasal daripada asteroid dan komet.
16. Meteoroid yang jatuh memasuki atmosfera bumi disebut _____________ .
17. Meteor yang jatuh ke permukaan bumi disebut _________________ .
18. ________________ merupakan batuan yang mengorbit matahari antara planet Marikh dan Musytari.
19. "Ceres" ialah contoh _________________yang paling besar pernah ditemui.
20. Galaksi di mana terletaknya sistem suria kita disebut galaksi _____________.
21. Matahari sebenarnya ialah sebuah ________________.
22. Atmosfera matahari mengandungi tiga lapisan iaitu korona, kromosfera dan ________________ .
23. Lapisan paling luar bagi atmosfera matahari disebut lapisan _______________ .
24. Permukaan matahari yang kelihatan bercahaya dari bumi ialah lapisan yang disebut _________________ .
25. Ia adalah letusan cahaya yang sangat terang berhampiran tompok matahari. Suhunya kira-kira 5 000 000 darjah celsius. Ia juga membebaskan zarah-zarah yang bercas ke angkasa lepas. Fenomena yang berlaku dalam matahari ini disebut ________________ .
26. Ia merupakan awan gas hidrogen besar yang memecut keluar dari kromosfera matahari. Awan gas ini berwarna merah terang dan melengkung serta boleh naik setinggi 100 000 km. Fenomene yang berlaku di dalam matahari ini dikenali sebagai _________________ .
27. Kandungan utama bintang ialah gas hidrogen dan _____________ .
28. Jarak yang dilalui oleh cahaya dalam satu tahun disebut satu tahun _________
29. Bintang juga dikelaskan mengikut saiz. Bintang yang mempunyai saiz yang lebih kecil daripada bumi disebut bintang _____________ .
30. Bintang yang mempunyai saiz kira-kira 100 kali ganda daripada saiz matahari dikenali sebagai bintang ____________________ .
31. Bintang yang paling panas berwarna _____________ .
32. Bintang yang sejuk berwarna __________________ .
33. Bintang boleh bertukar menjadi jasad lain. Super raksasa merah meletup menghasilkan cahaya dan haba. Letupan yang sangat besar ini disebut letupan _________________ .
34. Selepas berlakunya letupan supernova, bahagian luar bintang akan terbuang ke angkasa lepas dan meninggalkan terasnya. Jika teras yang tertinggal itu sangat besar dan sangat tumpat, ia membentuk __________________.
35. ______________ ialah kumpulan bintang yang membentuk corak-corak tertentu di langit.
36. Dua belas buruj bermusim yang kelihatan dilangit pada masa yang berlainan dalam satu tahun disebut ________________ .
37. Buruj yang dapat dilihat sepanjang tahun termasuklah buruj ____________ di kutub utara.
38. Teleskop astronomi pertama yang telah dapat digunakan untuk melihat objek di langit seperti bintang telah dicipta oleh ______________.
39. Orang pertama yang telah berjaya mengorbit bumi di angkasa lepas ialah Major _______________________
40. Orang pertama yang telah berjaya mendarat di bulan ialah ________________.

TINGKATAN 1 TINGKATAN 2

TINGKATAN 3

Memperkenalkan Sains
Kepelbagaian Benda Hidup
Kepelbagaian Sumber Bumi
Bentuk Dan Sumber Tenaga
Udara Di Sekeliling Kita
Haba Dan Pemindahannya
Dunia Melalui Deria Kita
Air Dan Larutan
Saling Bersandaran Antara Benda Hidup Dengan Alam Sekitar
Daya Dan Gerakan
Pembiakan Dan Pertumbuhan
Tanah Dan Sumbernya
Elektrik Dan Elektromagnet
Bumi Dan Alam Semesta  

icon.jpg (1537 bytes)Balik ke menu

Ke Menu Atas

|| Pengenalan || Falsafah || PIBG || Staf || Enrolmen || Akademik ||
|| Aktiviti || Bimbingan || Sahsiah || Memori || Link || Mak. Tambahan || Tandatangan ||
Copyright � 2001 All Rights Reserved. SMK Bandar Maharani, Jalan Ismail, 84000 Muar, Johor, Malaysia.
EMAIL : [email protected]
Hosted by www.Geocities.ws