|
Artikel | Istilah IT | Kamus IT | Tips Bantu | Sains PMR | Belajar Java |
TOPIK : PEMBIAKAN DAN PERTUMBUHAN (TINGKATAN 3)
| 1. | Pembiakan terbahagi kepada dua jenis iaitu pembiakan seks dan ___________. |
| 2. | Sel-sel pembiakan disebut juga sebagai ________________. |
| 3. | Gamet jantan bagi haiwan disebut _______________. |
| 4. | Gamet betina bagi haiwan disebut _______________. |
| 5. | Gamet jantan bagi tumbuhan disebut butir ______________. |
| 6. | Gamet betina bagi tumbuhan disebut ________________. |
| 7. | Proses percantuman nukleus gamet jantan dan gamet betina disebut _________ |
| 8. | Dalam manusia sperma dihasilkan oleh ______________. |
| 9. | Dalam manusia ovum dihasilkan oleh ________________. |
| 10. | Proses persenyawaan dalam manusia berlaku di dalam tiub ______________. |
| 11. | Proses percantuman sperma dan ovum menghasilkan _____________. |
| 12. | Tumbesaran zigot berlaku di dalam ________________. |
| 13. | Struktur sistem pembiakan lelaki yang berfungsi melindungi testis ialah ______________. |
| 14. | Proses pembebasan ovum yang matang daripada ovari wanita dalam satu kitar haid dikenali sebagai _______________. |
| 15. | Namakan sel yang paling kecil dalam badan lelaki. |
| 16. | Namakan sel yang paling besar dalam badan perempuan. |
| 17. | Zigot ----> embrio ----> ___________ --------> bayi. |
| 18. | Namakan struktur yang berfungsi membekalkan makanan dan oksigen kepada embrio semasa berada dalam uterus. |
| 19. | Namakan kaedah pembiakan aseks bagi yis dan hidra. |
| 20. | Pembentukan _____________ oleh tumbuhan tidak berbunga seperti kulat dan paku pakis membolehkan tumbuhan tersebut membiak. |
| 21. | Pembiakan tumbuhan secara aseks melalui struktur-struktur seperti keratan batang, bebawang, tuber, rizom dan batang rayap dikenali sebagai pembiakan ___________________. |
| 22. | Makanan ibu-ibu yang hamil mestilah mengandungi lebih banyak zat _______ (zat besi) kerana mineral tersebut diperlukan untuk pembentukan sel-sel darah merah. |
| 23. | Suntikan tiga serangkai diberi kepada bayi sebagai langkah pengimunan terhadap penyakit difteria, batuk kokol dan ______________. |
| 24. | Semasa bayi berumur 9 bulan suntikan bagi mencegah penyakit ____________ perlu diberi. |
| 25. | Bahagian pembiakan jantan bagi sekuntum bunga disebut _____________. |
| 26. | Bahagian pembiakan betina bagi sekuntum bunga disebut ___________. |
| 27. | Stamen bagi sekuntum bunga terdiri daripada filamen dan ______________. |
| 28. | Pistil bagi sekuntum bunga terdiri daripada ovari yang mengandungi ovul, stil dan ________________. |
| 29. | Proses pemindahan butir debunga dari anter ke stigma dikenali sebagai __________________. |
| 30. | Bahagian bunga yang berfungsi melindungi struktur-struktur bunga semasa peringkat kudup ialah _________________. |
| 31. | Bunga yang didebungakan oleh angin mempunyai stigma yang ___________ dengan stil yang panjang dan tergantung di luar bunga. |
| 32. | Batang yang mendatar di bawah tanah (contohnya bagi pokok lalang) dikenali sebagai ________________. |
| 33. | Proses penyebaran biji benih dan buah menjauhi pokok induknya dikenali sebagai ________________. |
| 34. | Namakan liang seni pada biji benih yang membenarkan kemasukan air dan udara. _______________ |
| 35. | Bahagian biji benih yang akan berkembang menjadi akar ialah _____________ |
| 36. | Bahagian biji benih yang akan berkembang menjadi pucuk ialah ____________ |
| 37. | Percambahan biji benih memerlukan suhu yang sesuai, oksigen dan ________. |
| 38. | Semasa percambahan biji benih, kotiledon akan naik ke atas permukaan tanah. percambahan jenis ini dikenali sebagai percambahan ___________ |
| 39. | Peringkat pertumbuhan yang paling pantas bagi manusia ialah pada peringkat _______________ dan remaja. |
| 40. | Proses perubahan atau penjelmaan struktur dan fisiologi yang berlaku semasa perkembangan hidup serangga dikenali sebagai ______________. |
| || Pengenalan
|| Falsafah || PIBG || Staf || Enrolmen
|| Akademik || || Aktiviti || Bimbingan || Sahsiah || Memori || Link || Mak. Tambahan || Tandatangan || |
| Copyright � 2001 All Rights Reserved. SMK Bandar Maharani, Jalan Ismail, 84000 Muar, Johor, Malaysia. |
| EMAIL : [email protected] |