|
Artikel | Istilah IT | Kamus IT | Tips Bantu | Sains PMR | Belajar Java |
TOPIK : SALING BERSANDARAN ANTARA BENDA HIDUP DENGAN ALAM SEKITAR (TINGKATAN 2)
| 1. | _________________ ialah tempat tinggal semula jadi bagi sesuatu organisma. |
| 2. | Namakan habitat bagi unta dan pokok kaktus. ________________. |
| 3. | ______________ialah suatu kumpulan organisma sama jenis yang hidup dalam habitat yang sama. |
| 4. | ______________ terdiri daripada beberapa populasi berlainan jenis yang hidup bersama dalam satu habitat. |
| 5. | _____________ terdiri daripada habitat serta semua benda hidup dan benda bukan hidup di dalamnya. |
| 6. | Dalam satu rantai makanan, pengeluar terdiri daripada ____________ hijau. |
| 7. | "Burung hantu digunakan untuk menghapuskan tikus di sawah padi". Kaedah seperti ini dikenali sebagai ______________________. |
| 8. | Dalam satu rantai makanan, _________________ akan dialirkan dari satu organisma kepada organisma yang lain. |
| 9. | Beberapa rantai makanan yang berhubung antara satu sama lain disebut ________________ makanan. |
| 10. | Interaksi antara buran dan umang-umang dikenali sebagai ____________. |
| 11. | Interaksi antara burung gembala dan kerbau dikenali sebagai ____________. |
| 12. | Interaksi antara bakteria dan tumbuhan kekacang dikenali sebagai _________. |
| 13. | Haiwan yang memakan haiwan lain dikenali sebagai haiwan __________. |
| 14. | Haiwan yang menjadikan tumbuhan sebagai sumber makanannya dikenali sebagai haiwan ________________. |
| 15. | _________________ ialah interaksi antara dua organisma berlaianan dengan satu organisma mendapat makanan daripada perumahnya. |
| 16. | Dalam interaksi parasitisme, organisma yang mendapat faedah disebut ______________ . |
| 17. | Cacing pita hidup di dalam usus haiwan seperti lembu. Interaksi tersebut dikenali sebagai ____________________. |
| 18. | Haiwan unisel yang memasuki aliran darah manusia melalui gigitan nyamuk anopheles betina ialah _________________ . |
| 19. | Pertandingan di kalangan organisma untuk mendapatkan keperluan seperti tempat tiinggal, makanan, air dan cahaya disebut _________________ . |
| 20. | Faktor-faktor alam sekitar yang mempengaruhi benda hidup ialah suhu, cahaya, kelembapan, tanah dan _________________ . |
| 21. | Rumput ----> arnab ----> musang. Dalam rantai makanan ini, musang adalah pengguna ___________________. |
| 22. | Proses fotosintesis oleh tumbuhan hijau membebaskan gas _____________. |
| 23. | Fotosintesis memerlukan air, karbon dioksida dan tenaga daripada cahaya matahari yang diserap oleh ________________ pada daun hijau tumbuhan. |
| 24. | Proses pereputan membebaskan gas ________________ ke atmosfera. |
| 25. | Tenaga daripada ______________ merupakan punca tenaga asal bagi semua organisma. |
| 26. | Namakan habitat bagi ikan paus. |
| 27. | Unta mempunyai ______________ untuk menyimpan lemak (makanan) dan air. |
| 28. | Sesetengah haiwan akan berehat dan tidur dalam jangka masa yang berpanjangan pada musim sejuk . Kaedah penyesuaian haiwan ini dikenali sebagai ber_______________________. |
| 29. | Singkatan bagi Institut Penyelidikan Hutan Malaysia ialah ___________ |
| 30. | Singkatan bagi Dana Sedunia Alam Semula Jadi ialah ______________ . |
| || Pengenalan
|| Falsafah || PIBG || Staf || Enrolmen
|| Akademik || || Aktiviti || Bimbingan || Sahsiah || Memori || Link || Mak. Tambahan || Tandatangan || |
| Copyright � 2001 All Rights Reserved. SMK Bandar Maharani, Jalan Ismail, 84000 Muar, Johor, Malaysia. |
| EMAIL : [email protected] |