bar1.gif (100 bytes)

Artikel Istilah IT Kamus IT Tips Bantu Sains PMR Belajar Java bar2.gif (100 bytes)

TOPIK : ELEKTRIK DAN ELEKTROMAGNET (TINGKATAN 3)

1. Jirim terdiri daripada zarah-zarah seni yang disebut _________.
2. Nuleus atom mengandungi neutron dan ______________ .
3. ________________ dalam suatu atom bercas negatif.
4. Cas _______________ terhasil apabila dua bahan bergesel antara satu sama lain.
5. Satu bahan yang kehilangan elektron akan menjadi bercas _____________.
6. Cas yang sama akan ________________ satu sama lain.
7. Namakan alat yang boleh digunakan untuk mengesan kehadiran cas elektrostatik.
8. Dalam makmal, arus elektrik boleh disukat dengan menggunakan __________.
9. Dalam makmal, beza keupayaan boleh disukat dengan menggunakan _______.
10. Unit bagi arus elektrik ialah _______________ .
11. Unit bagi beza keupayaan ialah _____________ .
12. Unit bagi rintangan ialah ____________ .
13. Arus elektrik dihasilkan oleh pengaliran cas-cas negatif iaitu ____________.
14. Elektrolit yang digunakan dalam sel asid plumbum ialah asid ___________ cair.
15. Sel suria menukarkan tenaga cahaya kepada tenaga _____________ .
16. ______________ mesti disambung secara bersiri dalam litar.
17. Perintang boleh ubah dkenali juga sebagai _____________.
18. Jumlah ________________ dalam litar akan bertambah jika bilangan mentol ditambah secara bersiri.
19. __________________ ialah ruang di sekeliling magnet yang dapat mengesan daya magnet.
20. Apabila arus elektrik dialirkan melalui gegelung dawai, rod besi itu dapat menarik bahan magnet. Rod besi itu telah menjadi magnet sementara yang disebut __________________.
21. Apabila urat daya magnet dipotong oleh suatu konduktor, arus terhasil dalam konduktor itu. Arus itu disebut arus ________________ .
22. Dinamo basikal menukarkan tenaga ______________ kepada tenaga elektrik.
23. Motor elektrik menukarkan tenaga ____________ kepada tenaga kinetik.
24. Daya terhasil apabila arus terus mengalir melalui dawai yang terletak merentasi medan magnet. Arah daya yang bertindak dapat ditentukan dengan menggunakan Petua Tangan Kiri ______________.
25. ______________ ialah suatu komponen elektronik yang digunakan untuk menentang pengaliran arus elektrik dalam litar.
26. ______________ ialah komponen elektronik yang terdiri daripada dua keping logam yang diasingkan oleh bahan penebat. Ia berfungsi untuk menyimpan cas elektrik.
27. _____________ ialah gegelung dawai yang mempunyai teras udara atau teras besi. Ia berfungsi menghasilkan medan magnet apabila arus mengalir melaluinya.
28. Unit penyukatan bagi induktor ialah _____________ .
29. _____________ digunakan sebagai rektifier dalam litar elektronik iaitu menukarkan arus ulang-alik kepada arus terus.
30. Setiap transistor mempunyai tiga punca iaitu tapak , pengumpul dan ___________________.
31. Litar bersepadu atau litar kamil ialah litar elektronik lengkap yang dibina di atas sekeping _______________ yang sangat kecil.
32. Di Malaysia, penjana elektrik _____________ digunakan untuk membekalkan tenaga elektrik. Bahan api fosil seperti gas asli, petroleum atau arang batu dibakar untuk memanaskan air dan menghasilkan stim yang menyebabkan turbin berputar.
33. ______________ ialah alat yang digunakan untuk menaikkan atau menurunkan voltan arus ulang-alik.
34. Dalam transformer, gegelung yang disambungkan kepada punca voltan input disebut gegelung ________________ .
35. Dalam pendawaian elektrik dirumah :
     kotak fius utama--->meter tenaga---> ______________----> fius litar
36. Dalam palam tiga pin, dawai ___________ berwarna perang.
37. Kadar penggunaan tenaga elektrik iaitu kuantiti tenaga yang digunakan dalam satu saat disebut _____________ elektrik.
38. Fius disukat dalam unit _________________.
39. Setiap lampu dan alat elektrik dirumah kita disambungkan dalam litar secara ________________ supaya setiap lampu dan alat elektrik tersebut boleh dikawal dengan menggunakan suis yang berasingan.
40. Dalam transformer injak naik, bilangan lilitan pada gegelung _____________ adalah kurang .

TINGKATAN 1 TINGKATAN 2

TINGKATAN 3

Memperkenalkan Sains
Kepelbagaian Benda Hidup
Kepelbagaian Sumber Bumi
Bentuk Dan Sumber Tenaga
Udara Di Sekeliling Kita
Haba Dan Pemindahannya
Dunia Melalui Deria Kita
Air Dan Larutan
Saling Bersandaran Antara Benda Hidup Dengan Alam Sekitar
Daya Dan Gerakan
Pembiakan Dan Pertumbuhan
Tanah Dan Sumbernya
Elektrik Dan Elektromagnet
Bumi Dan Alam Semesta  

icon.jpg (1537 bytes)Balik ke menu

Ke Menu Atas

|| Pengenalan || Falsafah || PIBG || Staf || Enrolmen || Akademik ||
|| Aktiviti || Bimbingan || Sahsiah || Memori || Link || Mak. Tambahan || Tandatangan ||
Copyright � 2001 All Rights Reserved. SMK Bandar Maharani, Jalan Ismail, 84000 Muar, Johor, Malaysia.
EMAIL : [email protected]
Hosted by www.Geocities.ws