| 1. |
Proses perubahan rupa bentuk air daripada stim kepada ais dikenali sebagai ________________ . |
| 2. |
Garam yang terlarut dalam air akan menyebabkan takat __________ air
tersebut meningkat. |
| 3. |
Garam yang terlarut dalam air akan merendahkan takat _____________
air tersebut. |
| 4. |
Ais terapung di atas permukaan air kerana ais ____________ tumpat
daripada air. |
| 5. |
Air boleh menukarkan kertas ______________________ biru
kepada merah jambu. |
| 6. |
Air boleh menukarkan warna ________________ kontang daripada
putih kepada biru. |
| 7. |
Proses di mana molekul air terbebas ke udara di bawah suhu takat didih dikenali
sebagai __________________. |
| 8. |
Proses pernafasan dan ___________________ oleh tumbuhan
membebaskan wap air ke atmosfera. |
| 9. |
Wap air yang berada berdekatan dengan permukaan bumi yang terbentuk apabila udara
sangat lembab dan suhunya rendah dinamakan ________. |
| 10. |
Satu molekul air terdiri daripada 2 atom _________________
dan 1 atom oksigen. |
| 11. |
Semasa elektrolisis air, gas _____________ dibebaskan pada
anod. |
| 12. |
Semasa elektrolisis air, gas _________________ dibebaskan
pada katod. |
| 13. |
Apabila gas ______________ diuji dengan kayu uji
menyala,bunyi letupan "pop" terhasil. |
| 14. |
Melalui proses _______________ air ditukarkan menjadi stim
dan kemudian ditukarkan semula menjadi bentuk cecair. |
| 15. |
_______________ dan kapur mati dicampurkan ke dalam bekalan
air yang akan disalurkan ke rumah kita untuk menggumpalkan bendasing. |
| 16. |
Cecair yang melarutkan sesuatu bahan dinamakan ______________.
|
| 17. |
Namakan pelarut bagi iodin,klorofil,resin dan syelek. |
| 18. |
Namakan pelarut bagi getah dan sulfur. |
| 19. |
Namakan pelarut bagi plastik. |
| 20. |
Bahan yang bersifat _____________ akan menukarkan litmus
biru kepada merah. |
| 21. |
Bahan yang bersifat ______________ akan menukarkan litmus
merah kepada biru. |
| 22. |
Apabila sesuatu asid diuji dengan menggunakan penunjuk metil jingga, warna yang akan
ditunjukkan ialah __________. |
| 23. |
Warna Penunjuk semesta akan bertukar menjadi _______________
jika digunakan untuk menguji alkali. |
| 24. |
Tanpa ______________ asid tidak menunjukkan sifatnya. |
| 25. |
Asid ___________ digunakan untuk menggumpalkan lateks. |
| 26. |
Apabila Kalium oksida larut dalam air, ______________ akan
terhasil. |
| 27. |
Ubat gigi bersifat ______________ |
| 28. |
Apabila asid dan alkali dicampurkan dalam kuantiti yang betul, larutan yang terhasil
adalah neutral. Tindak balas ini disebut ________________ |
| 29. |
Semasa peneutralan asid oleh suatu alkali, air dan __________ akan
terhasil. |
| 30. |
Peneutralan biasanya dilakukan dengan mencampurkan asid dalam suatu buret kepada
alkali dalam suatu kelalang kon. Cara ini disebut _____________.
|
| 31. |
Kalsium hidroksida dikenali juga sebagai ________________. |
| 32. |
Di dalam jus perut terdapat asid __________________ |
| 33. |
Larutan yang tidak dapat nelarutkan zat terlarut lagi kerana mengandungi kuantiti zat
terlarut yang maksimum dikenali sebagai larutan __________. |
| 34. |
Air dapat melarutkan paling banyak jenis bahan. kadang-kadang air dikenali sebagai
pelarut _______________. |
| 35. |
__________________ Kalium klorida ialah 48 g per 100 ml air
pada suhu 60 darjah celsius. |
| 36. |
________________ ditambahkan ke dalam bekalan air untuk
membunuh mikroorganisma. |
| 37. |
Sumber air semula jadi yang paling bersih ialah air _____________.
|
| 38. |
Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar penyejatan air ialah luas permukaan, suhu
sekitar, gerakan udara dan _______________ udara. |
| 39. |
Alkohol + Iodin -----> ______________iodin. |
| 40. |
Nama lain bagi garam biasa ialah _______________. |