|
Artikel | Istilah IT | Kamus IT | Tips Bantu | Sains PMR | Belajar Java |
TOPIK : BENTUK DAN SUMBER TENAGA (TINGKATAN 1)
| 1. | Tenaga ______________ daripada matahari digunakan untuk mengeringkan pakaian. |
| 2. | Tenaga ______________ daripada matahari digunakan oleh tumbuhan hijau untuk menjalankan fotosintesis. |
| 3. | ____________________ tidak boleh bergerak melalui vakum. |
| 4. | Minyak petrol menyimpan tenaga __________________ . |
| 5. | Tenaga ________________ dihasilkan oleh dinamo basikal. |
| 6. | Tenaga ________________ dipunyai oleh sesuatu objek yang sedang bergerak. |
| 7. | Tenaga ________________ tersimpan di dalam sesuatu objek disebabkan oleh kedudukan atau rupa bentuknya. |
| 8. | Suatu spring yang dimampatkan menyimpan tenaga ________________. |
| 9. | Tenaga _______________ dihasilkan melalui penggabungan dua atom kecil atau pembelahan nukleus atom besar. |
| 10. | Tenaga ______________ ialah tenaga kinetik dan tenaga keupayaan yang dipunyai oleh suatu jasad. |
| 11. | Buah durian yang sedang gugur mempunyai tenaga _________________. |
| 12. | Apabila sedikit natrium hidroksida dilarutkan dalam air, air tersebut menjadi panas. Perubahan tenaga yang berlaku ialah daripada tenaga ____________ kepada tenaga haba. |
| 13. | Sebuah bateri bekal yang sedang dicas menukarkan tenaga ____________ kepada tenaga kimia. |
| 14. | Sebuah akumulator asid plumbum yang sedang digunakan akan menukarkan tenaga _______________ kepada tenaga elektrik. |
| 15. | Prinsip ____________ tenaga menyatakan bahawa tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi ia hanya boleh berubah daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain. |
| 16. | Elektrolit yang digunakan dalam sebuah sel asid plumbum ialah asid _______ cair. |
| 17. | Air dalam sebuah empangan menyimpan tenaga _____________. |
| 18. | Motor elektrik menukarkan tenaga _____________ kepada tenaga kinetik. |
| 19. | Semasa fotosintesis, tumbuhan hijau mensintesis glukosa dengan menggunakan air, karbon dioksida serta tenaga cahaya yang diserap oleh _____________. |
| 20. | Gas ________________ terhasil semasa fotosintesis. |
| 21. | Apabila sedikit bahan makanan dibakar dalam satu balang gas berisi oksigen, tenaga _________________ akan dibebaskan di samping air dan karbon dioksida. |
| 22. | Kertas __________ klorida biru akan bertukar menjadi merah jambu. Ujian ini menunjukkan kehadiran air. |
| 23. | Air ____________ boleh diguna untuk menguji kehadiran gas karbon dioksida. |
| 24. | Aliran tenaga daripada satu organisma kepada organisma yang lain disebut ____________ makanan. Contohnya : Padi--->tikus-----> ular. |
| 25. | Haiwan ______________ makan tumbuhan sahaja untuk memperolehi tenaga. |
| 26. | Haiwan ____________ makan haiwan sahaja untuk memperolehi tenaga. |
| 27. | Haiwan _____________ makan kedua-dua tumbuhan dan haiwan untuk memperolehi tenaga. |
| 28. | Beberapa rantai makanan yang berhubung antara satu sama lain disebut _______________ makanan. |
| 29. | Dalam suatu rantai makanan, _________________ adalah tumbuhan hijau yang dapat menghasilkan makanannya sendiri secara fotosintesis. |
| 30. | Pengguna ________________ adalah haiwan yang makan tumbuhan sahaja. |
| 31. | Pengguna _________________ adalah haiwan yang makan haiwan herbivor. |
| 32. | Tenaga dalam siratan makanan berasal daripada _________________. |
| 33. | Tindak balas ___________ yang berlaku dalam matahari menghasilkan banyak tenaga haba dan tenaga cahaya. |
| 34. | Tenaga dari matahari disebut tenaga _____________. Contoh alat yang menggunakan tenaga ini ialah pemanas suria. |
| 35. | Mata air panas dan letupan gunung berapi menunjukkan bahawa tenaga haba banyak tersimpan di dalam bumi. Tenaga ini disebut tenaga _____________. |
| 36. | Tenaga ______________ diperolehi daripada bahan organik yang tidak dikehendaki, misalnya sampah sarap dan sisa kelapa sawit. |
| 37. | Minyak mentah dikenali juga sebagai _______________. |
| 38. | Gas asli di Malaysia kebanyakannya adalah gas ________________. |
| 39. | Apabila kayu api dipanaskan dalam bekalan oksigen yang terhad, _________________ akan terbentuk. Bahan api ini boleh digunakan untuk memanggang sate. |
| 40. | Contoh bahan ____________ ialah uranium-235, radium-226, karbon-14 dan kobalt-60. |
| || Pengenalan
|| Falsafah || PIBG || Staf || Enrolmen
|| Akademik || || Aktiviti || Bimbingan || Sahsiah || Memori || Link || Mak. Tambahan || Tandatangan || |
| Copyright � 2001 All Rights Reserved. SMK Bandar Maharani, Jalan Ismail, 84000 Muar, Johor, Malaysia. |
| EMAIL : [email protected] |