|
Artikel | Istilah IT | Kamus IT | Tips Bantu | Sains PMR | Belajar Java |
TOPIK : UDARA DI SEKELILING KITA (TINGKATAN 1)
| 1. | Apabila suatu bikar yang mengandungi ais dibiarkan dalam udara, air mengkondensasi pada sisi bikar itu. Ini menunjukkan udara mengandungi ___________. |
| 2. | Air boleh menukarkan _____________ kontang dari putih ke biru. |
| 3. | Air boleh menukarkan kertas kobalt _____________ daripada biru kepada merah jambu. |
| 4. | Gas _______________ merupakan gas yang terbanyak di atmosfera (78%). |
| 5. | Kandungan gas _____________ di atmosfera ialah kira-kira 21%. |
| 6. | Proses pernafasan, pembakaran, pereputan dan _______________ adalah proses yang memerlukan oksigen. |
| 7. | Satu per_________ daripada isipadu udara adalah gas oksigen yang menyokong pembakaran. |
| 8. | Tekanan ________________ menjadi semakin kurang apabila semakin tinggi dari bumi kerana udara semakin kurang. |
| 9. | Tekanan atmosfera boleh disukat dengan menggunakan alat yang disebut ________________ aneroid. |
| 10. | Merkuri boleh melarutkan barang perhiasan diri yang diperbuat daripada logam _____________ . |
| 11. | Picagari merupakan satu contoh alat yang berfungsi berdasarkan prinsip tekanan _____________. |
| 12. | Tekanan gas akan ber _______________ apabila gas dimampatkan kerana lebih banyak zarah gas melanggar dinding bekas per saat. |
| 13. | Tekanan gas biasanya disukat dalam unit ______________ (Pa). |
| 14. | Tekanan gas boleh disukat dengan menggunakan Tolok ____________. |
| 15. | Tin _______________ digunakan untuk menyimpan beberapa jenis bahan di bawah tekanan tinggi misalnya racun serangga, minyak wangi dan cat. |
| 16. | Gas oksigen bersifat ______________. Ia tidak memberi kesan ke atas kertas litmus atau penunjuk hidrogen karbonat. |
| 17. | Gas oksigen sangat larut dalam _______________ beralkali. |
| 18. | Kayu uji _____________ digunakan untuk menguji kehadiran gas oksigen. |
| 19. | Di dalam makmal, gas karbon dioksida boleh disediakan dengan mencampurkan __________ karbonat (batu kapur) dan asid hidroklorik cair. |
| 20. | Di makmal, gas nitrogen disediakan dengan memanaskan campuran larutan ammonium klorida dan larutan ______________. |
| 21. | Gas karbon dioksida adalah _______________ tumpat daripada udara. |
| 22. | Gas karbon dioksida bersifat _______________ sedikit. Ia boleh menukarkan warna kertas litmus. |
| 23. | Karbon dioksida dalam rupa bentuk pepejal atau dikenali sebagai ___________ digunakan untuk menyejukkan aiskrim. |
| 24 | Soda penaik dikenali juga sebagai natrium ______________. |
| .25. | Soda basuh dikenali sebagai natrium ________________. |
| 26. | Gas ______________ digunakan untuk mengisi lampu iklan yang boleh mengeluarkan cahaya jingga dan merah. |
| 27. | Gas __________ digunakan untuk mengisi mentol filamen supaya filamen tahan lama dan permukaan dalam mentol tidak manjadi hitam. |
| 28. | Gas ____________ diguna untuk mengisi lampu iklan yang boleh menghasilkan cahaya berwarna hijau yang terang. |
| 29. | Gas _____________ digunakan sebagai anestetik dan untuk mengisi lampu yang boleh menghasilkan cahaya berwarna biru. |
| 30. | Sebatian _________________ mengandungi unsur hidrogen dan karbon sahaja. |
| 31. | Logam + oksigen ----> ______________ logam. |
| 32. | Kuprum + Oksigen -----> ________________ |
| 33. | Proses pengaratan memerlukan ____________ dan udara. |
| 34. | Proses pengoksidaan makanan dalam sel disebut ______________ sel. |
| 35. | Hidung ---> Trakea ----> Bronkus----> ____________ ----> alveolus. |
| 36. | _______________ ialah tempat di mana berlakunya pertukaran gas dalam paru-paru semasa respirasi. Permukaannya sentiasa lembap dan disaluti banyak kapilari darah. |
| 37. | Liang yang membenarkan gas masuk dan keluar daripada daun disebut ______________. |
| 38. | Kandungan karbon dioksida yang meningkat dalam atmosfera menghalang haba matahari yang sampai di bumi daripada dipantulkan balik ke angkasa lepas. Bumi menjadi lebih panas. Keadaan ini disebut kesan ___________. |
| 39. | Gas ________dioksida adalah gas beracun. Ia melarut dalam air hujan membentuk hujan asid. ia juga menyebabkan penyakit seperti bronkitis dan kanser peparu. |
| 40. | Gas ini gas yang beracun. Ia berpadu dengan ____________ dalam sel darah merah kita membentuk sebatian karboksihaemoglobin. |
| || Pengenalan
|| Falsafah || PIBG || Staf || Enrolmen
|| Akademik || || Aktiviti || Bimbingan || Sahsiah || Memori || Link || Mak. Tambahan || Tandatangan || |
| Copyright � 2001 All Rights Reserved. SMK Bandar Maharani, Jalan Ismail, 84000 Muar, Johor, Malaysia. |
| EMAIL : [email protected] |