|
Artikel | Istilah IT | Kamus IT | Tips Bantu | Sains PMR | Belajar Java |
TOPIK : HABA DAN PEMINDAHANNYA (TNGKATAN 1)
| 1. | ___________ ialah darjah kepanasan sesuatu bahan. Ia disukat dalam unit darjah celsius. |
| 2. | Kebanyakan peralatan memasak diperbuat daripada logam __________kerana ia merupakan konduktor haba yang baik. |
| 3. | Air akan ________________ apabila disejukkan dari suhu 4 darjah celsius ke 0 darjah celsius. |
| 4. | Proses pemindahan haba melalui sesuatu bahan (contohnya: melalui rod logam) disebut _________________. |
| 5. | Konduktor haba yang tidak baik disebut ______________ haba. |
| 6. | Jika hablur kalium mangganat di dalam kelalang air dipanaskan, suatu arus berwarna dilihat bergerak ke atas dan menurun di tepi kelalang. Pemindahan haba dalam eksperimen ini berlaku melalui cara ________________. |
| 7. | Pada waktu siang, udara panas di daratan naik dan udara yang sejuk bergerak dari laut ke daratan. Ini menyebabkan kejadian ______________. |
| 8. | Bayu darat berlaku pada waktu ____________. |
| 9. | Jika satu termometer diletakkan di bawah mentol yang menyala, termometer itu menunjukkan kenaikan suhu. Haba dipindahkan melalui proses ________. |
| 10. | Proses pemindahan haba secara _____________ boleh berlaku melalui vakum. |
| 11. | Proses pemindahan haba secara ______________ berlaku dalam pepejal, cecair dan gas. |
| 12. | Proses pemindahan haba secara ____________ berlaku dalam gas dan cecair. |
| 13. | Proses pemindahan haba secara _____________ tidak memerlukan sebarang medium. |
| 14. | Permukaan yang legap adalah penyerap dan _____________ haba yang baik. |
| 15. | Respirasi sel : Glukosa + Oksigen ---->_________ + karbon dioksida + air |
| 16. | Apabia otot ________________ pada kulit mengecut, bulu roma akan menegak. |
| 17. | Lapisan ______________ di bawah kulit adalah penebat haba. Ia menghalang kehilangan haba melalui kulit. |
| 18. | Penyejatan peluh daripada kulit akan menyingkirkan ___________ daripada badan. |
| 19. | Haba dalam tumbuhan dikawal melalui proses _______________ dan kelayuan. |
| 20. | Pokok _____________ di kawasan gurun mempunyai daun yang diubahsuaikan menjadi duri untuk mengurangkan transpirasi melalui daun. |
| 21. | Pemanasan satu rod logam akan menyebabkan zarah-zarahnya ___________ dengan lebih cepat pada kedudukan tetap. |
| 22. | Logam dalam bentuk cecair pada suhu bilik yang digunakan dalam termometer ialah __________________. |
| 23. | Udara adalah ________________ atau pengalir haba yang tidak baik. |
| 24. | Pada waktu malam, bayu _______________ akan berlaku. udara panas dari laut naik dan digantikan oleh udara sejuk dari daratan. |
| 25. | Sinaran haba berlaku apabila haba dipindahkan mengikut garis lurus dalam bentuk _______________. |
| 26. | Melalui proses ________________, haba disingkirkan keluar bersama-sama air kencing. |
| 27. | Vakum dalam kelalang termos menghalang kehilangan haba secara perolakan dan __________________ . |
| 28. | Dinding kaca kelalang termos disaluti perak untuk mencegah kehilangan haba melalui _________________. |
| 29. | Pada hari panas, ________________ darah di bawah permukaan kulit akan mengembang supaya lebih banyak darah dibekalkan ke kawasan itu. |
| 30. | Air paling ______________ pada suhu 4 darjah celsius. |
| 31. | Logam akan _____________ apabila dipanaskan dan mengecut apabila disejukkan. |
| 32. | Selain daripada merkuri, namakan satu lagi cecair yang biasanya digunakan dalam termometer. |
| 33. | Alat ini terdiri daripada jalur dwilogam. Ia digunakan dalam alat-alat elektrik seperti seterika, periuk nasi dan peti sejuk. Alat tersebut dinamakan _________________ . |
| 34. | Jirim akan mengembang apabila dipanaskan dan akan ___________________ apabila disejukkan. |
| 35. | Sebuah jalur ____________________ dibuat daripada dua jenis logam yang digabungkan bersama. |
| || Pengenalan
|| Falsafah || PIBG || Staf || Enrolmen
|| Akademik || || Aktiviti || Bimbingan || Sahsiah || Memori || Link || Mak. Tambahan || Tandatangan || |
| Copyright � 2001 All Rights Reserved. SMK Bandar Maharani, Jalan Ismail, 84000 Muar, Johor, Malaysia. |
| EMAIL : [email protected] |