|
Artikel | Istilah IT | Kamus IT | Tips Bantu | Sains PMR | Belajar Java |
TOPIK : DAYA DAN GERAKAN (TINGKATAN 2)
| 1. | _____________ ialah suatu tolakan atau tarikan yang bertindak ke atas sesuatu objek. |
| 2. | Unit bagi daya ialah _______________ |
| 3. | Namakan alat untuk menyukat daya dalam unit Newton. |
| 4. | Daya _____________ disebabkan oleh tarikan bumi yang menarik semua objek ke arah pusat bumi. |
| 5. | Daya ______________ menarik bahan yang diperbuat daripada besi,keluli,nikel dan kobalt. |
| 6. | Kutub magnet yang sama akan _________________ antara satu sama lain. |
| 7. | Kutub magnet yang berlainan akan ______________ antara satu sama lain. |
| 8. | Daya ________________ dihasilkan oleh cas-cas elektrik iaitu cas positif atau cas negatif elektrik. |
| 9. | Daya ___________ dihasilkan apabila terdapat dua permukaan yang bergeser. |
| 10. | ________________ ditakrifkan sebagai keupayaan melakukan kerja. |
| 11. | ____________ dikatakan telah dilakukan jika daya ditindak ke atas sesuatu objek dan objek tersebut bergerak. |
| 12. | Tenaga dan kerja disukat dalam unit ______________ . |
| 13. | Kerja = Daya x ___________ . |
| 14. | ______________ ditakrifkan sebagai kadar melakukan kerja. |
| 15. | Fulkrum pada tuas kelas pertama terletak antara beban dan __________ . |
| 16. | Beban pada tuas kelas _____________ terletak antara fulkrum dan daya. |
| 17. | _____________ pada kelas ketiga terletak antara fulkrum dan beban. |
| 18. | Papan jongkang-jongket adalah contoh tuas kelas ____________. |
| 19. | Kereta sorong adalah contoh tuas kelas _______________ . |
| 20. | Untuk tuas yang seimbang: __________ x Jarak daya = beban x jarak beban. |
| 21. | Takal ialah sejenis mesin _____________ . |
| 22. | Berat badan manusia disokong oleh lengkungan ___________ yang terdiri daripada tulang yang kuat. |
| 23. | Bilangan tulang pada tulang___________ manusia ialah 33. |
| 24. | _____________ ialah kedudukan badan semasa kita berdiri,berjalan atau duduk. |
| 25. | Tulang _______________ memberikan bentuk pada badan. |
| 26. | Tulang yang _______________ adalah lebih kuat daripada tulang padat yang sama panjang dan berat. |
| 27. | Badan haiwan ______________ biasanya disokong oleh rangka luar atau bendalir badan. |
| 28. | Akar ____________ pada pokok ru memegang pokok itu secara tegak dan kukuh supaya dapat menyokong semua dahan dan daunnya. |
| 29. | Batang herba dapat berdiri tegak kerana _____________ air pada batang. |
| 30. | Pokok peria memanjat dengan menggunakan ________________ . |
| 31. | Tumbuhan akuatik seperti telepuk dapat berdiri tegak dalam air kerana ia disokong oleh daya ______________ air. |
| 32. | ______________ ialah bahagian di mana dua hujung tulang bertemu. |
| 33. | Dua jenis sendi utama pada badan ialah sendi lesung dan sendi __________. |
| 34. | _______________ mengikat dua tulang supaya ia tidak terseliuh. |
| 35. | _____________ berfungsi mengurangkan geseran antara hujung tulang. |
| 36. | Sendi jenis ini membolehkan tulang bergerak bebas dalam semua arah. Sendi _________________ . |
| 37. | Sendi jenis ini membolehkan tulang bergerak dalam satu arah sahaja. Sendi ________________. |
| 38. | Lengan manusia digerakkan oleh sepasang otot yang disebut otot ________ dan otot triseps. |
| 39. | Pada lengan manusia, otot ______________ akan mengendur apabila otot biseps mengecut. |
| 40. | Faktor-faktor yang mempengaruhi kestabilan objek ialah pusat __________ objek dan tapak objek. |
| || Pengenalan
|| Falsafah || PIBG || Staf || Enrolmen
|| Akademik || || Aktiviti || Bimbingan || Sahsiah || Memori || Link || Mak. Tambahan || Tandatangan || |
| Copyright � 2001 All Rights Reserved. SMK Bandar Maharani, Jalan Ismail, 84000 Muar, Johor, Malaysia. |
| EMAIL : [email protected] |