|
Artikel | Istilah IT | Kamus IT | Tips Bantu | Sains PMR | Belajar Java |
DUNIA MELALUI DERIA KITA (TINGKATAN 2)
| 1. | Kulit mengandungi banyak ___________________ atau hujung saraf yang peka kepada rangsangan. |
| 2. | Sistem saraf pusat terdiri daripada otak dan ________________________. |
| 3. | struktur dalam telinga manusia yang terdiri daripada 3 ketul tulang dan berfungsi untuk menguatkan getaran bunyi dinamakan _________________. |
| 4. | Namakan bahagian telinga manusia yang berfungsi menyamakan tekanan udara di kedua- dua belah gegendang telinga. |
| 5. | Gegendang telinga berfungsi menukarkan gelombang bunyi menjadi ___________ bunyi. |
| 6. | ________________ ialah organ deria penglihatan. |
| 7. | Saraf _______________ berfungsi membawa impuls dari retina ke otak. |
| 8. | Lapisan ________________ pada mata kita berwarna hitam kerana ia mengandungi banyak kapilari darah. |
| 9. | Lapisan sklera yang lutsinar di bahagian hadapan mata dikenali sebagai _____________ |
| 10. | Struktur mata yang berfungsi mengawal saiz anak mata ialah ____________________ . |
| 11 | Bahan lutsinar seperti agar-agar yang terletak di bahagian dalam bola mata dikenali sebagai _____________________. |
| .12. | Gerak balas tumbuhan terhadap rangsang cahaya dikenali sebagai _________________. |
| 13. | Gerak balas tumbuhan terhadap graviti dikenali sebagai __________________. |
| 14. | Gerak balas tumbuhan terhadap air dikenali sebagai __________________ . |
| 15. | Fototropisme membantu tumbuhan hijau mendapatkan cahaya untuk proses _______________ |
| 16. | Gerhana ______________ berlaku apabila bulan menghalang cahaya matahari daripada sampai ke bumi. |
| 17. | Sudut tuju sama dengan sudut _________________ . |
| 18. | Periskop dan kaleidoskop berfungsi menggunakan prinsip ______________ cahaya. |
| 19. | Pembengkokan sinar cahaya apabila melalui medium yang berlainan ketumpatan dikenali sebagai __________________ cahaya. |
| 20. | Sinar cahaya yang bergerak dari medium yang lebih tumpat ke dalam medium yang kurang tumpat akan dibiaskan menjauhi garis ________________. |
| 21. | Kolam kelihatan lebih cetek daripada yang sebenarnya. Fenomena ini ada kaitan dengan ____________________ cahaya. |
| 22. | Proses pemisahan cahaya putih kepada spektrum oleh sebuah prisma kaca dikenali sebagai __________________________. |
| 23. | Di antara 7 warna spektrum, cahaya berwarna ___________bergerak paling laju menerusi prisma kaca. |
| 24. | Cahaya berwarna _______________ bergerak paling perlahan menerusi prisma kaca. |
| 25. | Apabila satu alur cahaya putih melalui prisma kaca, cahaya putih tersebut akan diasingkan kepada 7 komponen warna yang dikenali sebagai ___________________. |
| 26. | Orang pertama yang memisahkan cahaya matahari kepada spektrum dengan menggunakan satu prisma kaca ialah Sir _______________________ (1642-1727) |
| 27. | Cahaya merah, biru dan hijau dikenali sebagai warna _______________. |
| 28. | Cahaya kuning, magenta dan cyan dikenali sebagai warna __________________. |
| 29. | Apabila cahaya berwarna merah, biru dan hijau bertindih antara satu sama lain ia akan menghasilkan cahaya berwarna __________________ |
| 30. | Cahaya kuning sebenarnya adalah campuran cahaya merah dan _________________. |
| 31. | Kanta cembung dalam kamera membentuk imej yang nyata (sahih) manakala kanta pembesar pula akan membentuk imej yang __________________. |
| 32. | Kebolehan mata membuat penyesuaian dan memfokuskan imej pada retina disebut __________________ . |
| 33. | Untuk melihat objek jauh, otot ______________ akan mengendur. |
| 34. | Untuk melihat objek dekat, _______________________ akan mengendur. |
| 35. | Bunyi yang dipantulkan dikenali sebagai ____________________. |
| 36. | Bunyi dapat melalui pepejal, cecair dan gas tetapi tidak boleh melalui_____________ . |
| 37. | Bilangan getaran per saat disebut____________________. |
| 38. | Frekuensi disukat dalam unit ____________________. |
| 39. | Penglihatan ______________________membolehkan kita menganggarkan jarak dengan tepat. |
| 40. | Kadang kala apa yang dilihat oleh mata kita berbeza daripada apa yang ditafsirkan oleh otak. Fenomena ini dikenali sebagai ______________________. |
| || Pengenalan
|| Falsafah || PIBG || Staf || Enrolmen
|| Akademik || || Aktiviti || Bimbingan || Sahsiah || Memori || Link || Mak. Tambahan || Tandatangan || |
| Copyright � 2001 All Rights Reserved. SMK Bandar Maharani, Jalan Ismail, 84000 Muar, Johor, Malaysia. |
| EMAIL : [email protected] |