DAY 6  7 Nov 1991 MOUNT TAHAN EXPEDITION 1991

This Page in Malaysia Language

PREPARATION
Introduction
Training
Funding

EXPEDITION
Day 1
Day 2
Day 3
Day 4
Day 5
Day 6
Day 7
Day 8
Day 9

PHOTO
Photo 1
Photo 2
Photo 3
Photo 4
Photo 5

MEMBER

COMMENT

MAIN PAGE

-- (( Punca Kesesatan )) --

     Kami berjalan-jalan disekitar sambil menikmati keindahan ciptaan Tuhan.  Tidak harus kami memusnahkan kesemua ini.  Ketika kami tiba, kami terjumpa beberapa wang kertas dalam kotak besi.  Hah!!! Entah siapa yang tamak mengambil duit tersebut...(Punca 1).  Dari puncak, kami boleh lihat satu denai dari arah yang berlainan, Heng Cheong dan saya turut mengikut jalan tersebut dan mendapati satu papan tanda yang bercat coklat.  Apa yang tertulis di atas??? (Punca 2).

     Setelah berbincang dan ditambahkan pula dengan keraguan jalan yang kami ikuti pagi tadi.  Kami memang percaya jalan yang kami guna pagi tadi adalah salah.  Seharusnya terdapat jalan yang lain.  Ditambahkan pula, setiap peserta memang inginkan jalan pintas...(Punca 3).

-- (( Sedap Kemudian Pahit )) --

     Akhirnya, kami setuju mengikut jalan yang baru. Jam menunjukkan pukul 9.00 pagi.  (Jalan ini sebenarnya menuju ke Marapoh, matilah mereka kali ini..... Hahahahah....!!!!)  Permulaan perjalanan amat menyeronokan...Kami dapat menikmati keindahan alam disertakan jalan yanng asyik menurun memudahkan pergerakan kami. Setelah 1 jam perjalanan, kami memasuki kawasan hutan yang pokoknya tinggi sedarhana. Memang, kami telah masuk hutan teduhan.  Sepanjang perjalanan, kami nampak plat tanda kuning.  Plat ini memang memberikan keyakinan kepada kami yang jalan ini betul, tidak salah!!! (Betul, tetapi ke Merapoh punya...)

     Setalah 2 1/2 jam perjalanan, kami mulai terasa sesuatu yang tidak kena.  Jika jalan ini ke Kem Padang, seharusnya sudah pun tiba.  Ditambah pula, Kem Padang berada di kawasan lapang, sini semuanya pokok.  Ragu-ragu hati kami.  Kami tidak mempunyai makanan yang banyak.

    Apabila tiba di suatu Kem tanda nama.  Kami mulai tertanya-tanya sesama sendiri.  (Rasanya kami telahpun sesat).  Cikgu Din sedar akan kami telah sesat, namun beliau tetap memberi semangat, jalan....mungkin dah dekat!!!  3 jam kemudian, kami tiba di sebuah cerum yang agak tinggi, Cikgu Din terpaksa memberitahu kami bahawa kami telah sesat........(Kasihan betul mereka ini..., sudah berjam-jam berjalan dan kelaparan....)

-- (( Patah Balik )) --

     Kami cuba membincang dan akhirnya Wai Joon yang masih segar menegaskan patah balik....(Ya!!!! Patah Balik)  Jika kami meneruskan perjalanan, entah bila boleh sampai dan entah ke mana.  Jika kami patah balik, bolehlah kami pulang ke Kem Padang tanpa kira masa.

-- Page 1 --  /  -- Page 3 --


SKS SOCIETY
Thanks for ur support


SKS SOCIETY
Thanks for ur support

 

*** - CopyRight 2001 - SKS Society - ***

Hosted by www.Geocities.ws

1