| DAY 3 4 Nov 1991 | MOUNT TAHAN EXPEDITION 1991 |
This Page in Malaysia Language |
||
| PREPARATION Introduction Training Funding EXPEDITION |
-- Kuala Tahan ke Sungai Melantai -- ( 3
jam) Wei..! Wei….!!! Apa dia? Bangunlah, babi hutan berada sekitar kami. Jam menunjukkan 7.30 pagi, kami gegas bangun dan nampaknya beberapi anak babi hitan berkeliaran sekitar kami. Meneurut Cikgu Din, beliau menyinarkan cahaya lampu ke luar khemah dan bentuk babi hutan yang besar kelihatan dekat khemah. Tepat jam 9.00 pagi, Encik Rosli dan seorang junior abang Mat telah bersiap sedia untuk berlepas. Kami segera mengemas dan kami bertolak pada pukul 9.30 pagi. Perjalanan hari ini dijangkakan mudah, kami terjumpa beberapa kumpulan yang menuju ke Lata Berkoh. Kumpulan mereka menyanyi dan madu juga suara mereka. 30 minits kemudian, kami tiba di simpang. Kami berehat dan kumpulan itu terkagum apabila mengetahui kami ke Gunung Tahan. (Mungkin Gunung Tahan tu betul-betul mencabar). Kami menruskan perjalanan. Kami mulai sunyi dan hanya kendengaran kicauan burung. Namun, saya faham akan perasaan setiap peserta. Kami sedang berfikir, memikirakan sesuatu yang sama…. Masa berlalu, kami seharusnya berada di linkungan Sungai Melantai, YA!!! Itu dia, hahahahahah….!!! Sungai Melantai…..!!! Kami memecah kesunyian tadi dan menjerit sepuas hati. Destinasi pertama….berjaya!!!! --
(( Sungai Melantai )) -- Tapak perkhemahan ini agak besar dan berhampiran dengan sebatang sungai. Air sungai ini sangat jernih dan kelihatan ikan-ikan berenang bebas. Di seberang sungai, kelihatan denai hutan yang curam, inilah perjalanan kami esok. ( Ini pasti memerah tenaga, hati saya terasa dicucuk duri ). Hujan lenyai-lenyai menyiram di badan kami. Seakan-akan hendak memadamkan keriangan kami. Sementara itu, beberapa orang cuba memancing ikan dan nampaknya mudah saja untuk mendapatkan ikan. Hanya biskut sahaja sudah cukup untuk memancing. (Ikan di sini memang jarang bertemu dengan manusia yang jahat!!! Hahahaha!!!) Kami mendirikan khemah pada pukul 3.30 pm sementara itu, Heng Cheong dan saya mengumpulkan tin-tin makanan dan menanamnya di bawah tanah. Mengapa??? Su…lit….!!! ( Saya beritahu, tin-tin itu untuk kegunaan hari terakhir apabila kami pulang di Sungai Melantai ini – OK ) Pada pukul 6.30 pm, kami masak malam dan setelah makan malam, saya terus masuk ke dalam khemah dan tidur. Kedengaran bisikan beberapa orang lain dan cikgu yang masih membakar ikan – hasil tangkapan mereka itu…!!!! |
|
*** - CopyRight 2001 - SKS Society - ***