DAY 8  9 Nov 1991 MOUNT TAHAN EXPEDITION 1991

This Page in Malaysia Language

PREPARATION
Introduction
Training
Funding

EXPEDITION
Day 1
Day 2
Day 3
Day 4
Day 5
Day 6
Day 7
Day 8
Day 9

PHOTO
Photo 1
Photo 2
Photo 3
Photo 4
Photo 5

MEMBER

COMMENT

MAIN PAGE

-- (( Nyamuk kecil)) --

     Sememangnya kami tidur tanpa gangguan.  Namun, kami telah digigit oleh nyamuk kecil.  Khemah kami yang mempunyai kelambu tidur tidak dapat juga menghalang nyamuk dari masuk ke khemah.  Gatal betullah...!!!!  Apa itu....??? (Kami mengetahui nyamuk kecil itu sebenarnya ialah kutu pasir yang menghisap darah...Huh...!!!!)

--  Kem Putih ke Sungai Melantai ke Kuala Tahan  --    

     Awal pagi lagi, kami telahpun bersiap sedia berlepas dan meninggalkan kawasan yang menakutkan ini.  Kami  berlepas pada pukul 6.00 pagi.  Pada permulaan perjalanan, kami masih bergerak dalam kumpulan, ketika mendaki Gunung Rajah, kami masih sempat berjumpa dengan orang asli yang singgah dalam pondok mereka, mereka hanya memasang sebatang lilin.  Sungguh seronok kerana mereka sentiasa bersalam dengan kami.

     1 jam kemudian, kami tiba di Gunung Rajah.  kelihatan cikgu Sarbani telah penat.  Encik Rosli telah setuju membiarkan kami bergerak dalam kumpulan kecil ke Kuala Tahan.  Beberapa orang yang bergerak pantas bersetuju mengambil keluar jarta karun yang ditinggalkan tempoh hari.

     Sepanjang perjalanan dilaporkan secara ringkasan seperti berikut:

     - Cikgu Sarbani jalan smapai pengsan.

     - Weng Sia sakit perut dan terpaksa tahan sampai Kuala Tahan.

     - Wai Joon cedera di lutut kerana terlanggar dahan runtuh.

     Heng Cheong dan Then Soong tiba di Kuala Tahan pada pukul 12.00 tengahari.  Disusuri oelh Sze Kwun dan lain...  Cikgu dan Encik Rosli tiba di Kuala Tahan pada pukul 1.30 petang.

--  Kuala Tahan ke Jerantut  --

     Kami berlepas ke Kuala Tembeling pada pukul 2.15 petang.  Kasemua kami tidur nyenak sepanjang perjalanan bot.  Kelihatan pemandu van itu telah lama menunggu di situ.  Kami terus menuju ke pekan Jerantut.

-- (( Jerantut )) --

     Wow!!! Sudah lama tidak berjumpa dengan hutan konkrit...  Kami seperti 10 hari kelaparan, makan sampai kenyang.!!!  Imbas kembali....satu orang minum 7 ice lemon tea....

-- Jerantut ke Kuala Lumpur --

     Keretapi telah tiba di stesen pada pukul 10.30 malam, otak kami seperti telah diprogramkan dan ikut sahaja apa yang telah diaturcarakan. 

 


SKS SOCIETY
Thanks for ur support


SKS SOCIETY
Thanks for ur support

 

Hosted by www.Geocities.ws

1