DAY 4  5 Nov 1991 MOUNT TAHAN EXPEDITION 1991

This Page in Malaysia Language

PREPARATION
Introduction
Training
Funding

EXPEDITION
Day 1
Day 2
Day 3
Day 4
Day 5
Day 6
Day 7
Day 8
Day 9

PHOTO
Photo 1
Photo 2
Photo 3
Photo 4
Photo 5

MEMBER

COMMENT

MAIN PAGE

-- Sungai Melantai ke Kem Teku – ( 12 jam )

( Perjalanan ini meliputi 27 bukit-bukau dan 8 batang sungai yang lebar )

             Awal pagi pukul 6.00. Kami bangun dan masak sarapan pagi dan tengahari.  ( Makanan tengahari dibungkus dan di “Ta Pao” ).  Memang kami yang masih keletihan dan masih belum bersesuaian dengan situasi hutan, gerakan kami agak perlahan – lebih cepat dari nenek tua.  Kami bertolak pada pukul 7.45 pagi.  Tepat jangkaan kami, perjalanan awal ini memang susah, asyik naik saja…..Alamak!!! NAIK LAGI…!!!

 -- (( Malang )) --

             Choy! Choy! Choy!!! Saya Choy….!!! Sui betullah!!! Apasal kawasan ini digelar malang????  Setalah 2 jam perjalanan naik, akhirnya kami tiba di satu kawasan yang (dikatakan rata – Curam juga)..  Tempat ini dikatakan sumber air terakhir sebelum meneruskan perjalanan dan kami mengambil kesempatan berehat sejenak.  JALAN…!!! Saya terus menjerit….

 -- (( Gunung Rajah )) --

 Pada pukul 12 tengahari, kami menjejak kaki di puncak Gunung Rajah.  Gunung yang tertinggi bagi kelompok gunung-gunung yang baru kami harungi.  Kami amat gembira walaupun kepenatan itu mulai dirasai.  Kami membuka baju dan menunjukkan kekuatan kami.  Alamak!!! Sejuklah…..

 Kami membuka langkah ke Kem seterusnya – Kem Putih.  Perjalanan ke Kem Putih dijangkakan 1 jam.  Namun, terdapat khabar bahawa terdapat tebuan yang menyerang manusia yang badannya BUSUK!!!  Ha hahahahha…!!! Siapa busuk???  Segera kami menyemburkan bedak wangi. Hihihihihi….  Kami terjumpa tempat teduhan orang asli ketika berhampiran dengan Kem Putih. (Rujuk Gambar).  Kami selamat tiba di Kem Putih pada pukul 1.15 pm. 

-- (( Kem Putih atau Kem Pacat ??? )) --

 Kawasan ini agak besar namun bukan berwarna putih.  Kem Putih berserangan dengan sebatang sungai dinamakan Sungai Putih, jangan harap juga kerana warna air sungai itu bukannya putih.  Coklat tetapi jernih!!!  Kami menumui papan bertanda “Crossing Point”, maklumlah kami perjalan kami seterusnya!!!

            Kami makan tengahari di sini, sedap betul makanan kami. (Bukan sedap tetapi lapar betul….lah).  Kami diserang oleh PACAT yang mengisap darah…sungguh mengerikan, itu..itu..!!! Pacat di kaki awak….!!!

-- Page 2 --


BODY SHOW

Gunung Rajah


PONDOK ORANG ASLI 

Alan Lim

 

*** - CopyRight 2001 - SKS Society - ***

Hosted by www.Geocities.ws

1