| DAY 2 3 Nov 1991 | MOUNT TAHAN EXPEDITION 1991 |
This Page in Malaysia Language |
||
| PREPARATION Introduction Training Funding EXPEDITION |
-- KL ke Gemas -- Jika dibanding, keretapi ini memang CEPAT daripada basikal. Setiap stesen sama ada besar atau kecil, ia turut berhenti. (Salak South, Serdang,..Kura-kura). Pada pukul 3.30 pagi, kami tiba di Gemas dan kami perlu bertukar gerabak. (Tahu mengapa? Belajar Geografilah...). Kami memikul tempurung (haveasack) seperti kura-kura lari melintasi landasan menuju ke sebuah keretapi yang lain. Ternyata bahaya ketika itu. Itu bukan masalah tetapi kami tidak dapat menaiki keretapi yang lain itu lereta penuh dengan penumpang. Kami terpisah...akhirnya!!! Wai Joon, Sze Kwun, Heng Cheong dan saya selamat menaiki keretapi, yang lain....entahlah!!! -- Gemas ke Jerantut -- Tu.......tut.tut.tut..., gerabak mulai bergerak. Kami berempat yang bersama hanya mampu berdiri di tangga gerabak. Kami bergilir-gilir berdiri di tangga gerabak untuk menahan kesejukan dan asap yang dihembuskan oleh keretapi. Ketika itu, hati saya sungguh sedih kerana belum menaiki keretapi relah menimpa begitu banyak hal. Terfikir ketika itu, tidak tahu adakah cikgu dan kumpulan lain selamat manaiki keretapi??? ( Cikgu dan kumpulan lain juga selamat menaiki keretapi tetapi cikgu terpaksa berkasar tutur dengan beberapa orang yang duduk di tangga gerabak kerana menghalang mereka menaiki keretapi). -- Jerantut ke Kuala Tembeling -- Kami selamat tiba di Jerantut pada pukul 6.45 pagi. Setelah sibuk memunggah barang dari keretapi, kami melambaikan tangan dengan keretapi tersebut. Bye-bye!!! Alamak!!! Siapa punya bag?? Nampaknya kami telah Terambil barang penumpang lain. SORRY...!!! Terdapat seorang pemandu van mendekati kami dan menghulurkan khidmat beliau ke Kuala Tembeling, kami menerima tawaran beliau. Kami mengambil kesempatan membeli keperluan di pekan Jerantut. Tepat pukul 8.00 pagi, kami berlepas ke Kuala Tembeling, muka kami tetap kelihatan riang walaupun berdiri sepanjang malam tanpa lena. ( Kami menyerahkan bag yang terambil itu ke Ketua Stesen, Jerantut) -- Kuala Tembeling ke Kuala Tahan -- Kami disambut baik oleh pemandu bot dan kami berlepas tetap pada 9.00 pagi. Sepanjang perjalanan, air muka kami tersenyum dan kelihatan penuh keyakinan. (Belum tahu lagi....Hihihihi....) Imbas kembali peristiwa semalam, kami berasa bertuah kerana dapat melepasinya dengan selamat. Jika kami terpisah mahupun apa yang terjadi, pasti kami tidak dapat duduk dalam bot sekarang. Thanks god...!!! "Tok, tok....tok..." APA!!! Bot rosak...!!! Belum saya habis bersyukur.... Hey! Sungguh malanglah! Bot kami dihanyut ke tebing, kelihatan pemandu bot cuba membaikinya... Bot-bot di belakang kami terus memotong kami, malu..lar! Akhirnya, kami selamat tiba di Kuala Tahan pada 12.10 petang. |
|
*** - CopyRight 2001 - SKS Society - ***