| DAY 5 6 Nov 1991 | MOUNT TAHAN EXPEDITION 1991 |
This Page in Malaysia Language |
||
| PREPARATION Introduction Training Funding EXPEDITION |
-- Kem Teku ke Kem Padang --
( Perjalanan ini susah pada permulaan dan ketika di Gunung Gedung, pemandangan indah amat menarik selepas Wray's Camp) Awal pagi lagi, 6.00 pagi. Seperti biasa kami bangun tanpa dikejut. Seperti biasa, kami memasak pagi dan tengahari. Keadaan Jacky masih belum pulih, kami terpaksa meninggalkan Abang Rosli dan Abang Mat bersama Jacky di Kem Teku. Yang lain meneruskan perjalanan menawan Gunung Tahan. Abang Rosli terus memberikan panduan kepada kami. -- Wray's Camp -- Sayonara, Jacky...Take care....!!! Kami melambaikan tangan dan mulakan perjalanan pada pukul 8.30 pm. Perjalanan kami dijangkakan susah. Destinasi pertama adalah Wray's camp. Cuaca hari ini amat baik, awan sirus kelihatan mengucapkan "Welcome" kepada kami. Mungkin kami telah menjadi lebih tahan lazak dan pada pukul 11.50 am, kami selamat tiba di Wray's camp. Wray's camp terletak di puncak sebuah gunung (Mungkin Gunung Wray's). Permandangan sini indah dan ditemani dengan udara yang segar. Di sini, kami berjalan hampir 1/2 jam untuk mendapatkan air. Kami makan tengahari di sini dan perasaan kami riang sekali. -- (( Berak?? )) -- Kami berlepas ke Gunung Pankin pada 12.45 pm. Perjalanan kami mudah sahaja dan seakan bergerak atas banjaran gunung. Permandangan di sini berubah dari hutan belantara yang tebal menjadi pokok pokok renik dan bongsai yang unik. Langit yang membiru, udara yang sejuk menyegarkan kami. Saya nak berak....!!!! Teruk betullah!!! Saya sedang bersajak dan kamu dua.... (Then Shoong dan Alan menjerit nak membereskan sesuatu!!!) -- Gunung Pankin -- Kami menjajak kaki di Gunung Pankin tepat 1.50 pm. Permandangan sini jauh lebih menarik dari Wray's Camp. Tanpa melengahkan masa, kami meneruskan perjalanan ke Gunung Tangga Lima Belas setelah berehat 5 minit. -- Gunung Tangga Lima Belas -- Perjalanan ke Gunung Tangga Lima Belas menarik juga. Di samping permandangan yang indah, kami juga memanjat tebing gunung yang curam. Sekitar kami termasuk denai seperti dibentuk oleh akar-akar pokok. (Berhati-hati, nanti jatuh lagi...) Kami tiba di Gunung Tangga Lima Belas pada pukul 3.00 pm. TERUS JALAN...Jeritan saya melanggit!! -- Gunung Reskit -- Perjalanan ke Gunung Reskit hanya menurun. Kami dapat rasai kami menurun jauh lebih dari menaik. Air muka setiap peserta berbeza, ada yang basah rambut, ada yang masam muka, ada yang masih semangat dan ... Kami tiba di Gunung reskit pada pukul 4.30 pm. Kami rehat selama 15 minit sebelum meneruskan perjalanan. ( Suatu hal yang amat kami sesali ialah tidak dapat menikmati keindahan sini, kerana masa yang tidak mengizinkan). |
Masih Segar... |
*** - CopyRight 2001 - SKS Society - ***