DAY 7  8 Nov 1991 MOUNT TAHAN EXPEDITION 1991

This Page in Malaysia Language

PREPARATION
Introduction
Training
Funding

EXPEDITION
Day 1
Day 2
Day 3
Day 4
Day 5
Day 6
Day 7
Day 8
Day 9

PHOTO
Photo 1
Photo 2
Photo 3
Photo 4
Photo 5

MEMBER

COMMENT

MAIN PAGE

     Pada pukul 6.00 pagi, seperti biasa, kami telahpun bangun.  Kami makan sarapan pagi dan terus mengemaskan barang-barang.  Kami telah ketinggalan dari rancangan asal kami. Jadi, kami akan berjalan lebih jauh dari rancangan asal.  Tepat 7.30 pagi, kami terus berlepas dari Kem Padang dan menuju ke Kem Teku lalu ke Kem Putih.

-- Kem Padang ke Kem Teku ke Kem Putih --

     Sepanjang perjalanan, kami tidak banyak berehat kerana kami sedar akan kesuntukan masa.  Bukan  begitu sahaja, kami juga tidak mengambil sebarang gambar seperti yang dijanjikan tempoh hari.  Otak kami hanya jalan, jalan dan jalan.  

     Sungguh capat masa berlalu, kami telahpun tiba di Wray's camp.  Hati kami mulai lega kerana kami tahu bahawa Encik Rosli dan Jacky ada di bawah sahaja.  Kami selamat tiba di Kem Teku pada pukul 1.30 pm.  Berpeluk-peluk kami dengan Encik Rosli, memang kami mempunyai banyak cerita nak meluangkan kepada Encil Rosli...

-- (( Tidak Mungkin Sesat )) --

     Pada pukul 2.30 pm, kami pun memulakan perjalanan yang tidak mungkin sesat.  ( Encik Rosli ada apa...!!!).  Kami berjalan dengan hati yang senang, namun menyeberangi 8 batang sungai memang memerah tenaga.  Jacky yang telah memulih sekali lagi menunjukkan keletihannya setelah menyeberangi beberapa batang sungai.  ( Tahu tak, Jacky yang banyak digigit pacat telahpun marah sehingga menggigit balik pacat tersebut,...mendahsyatkan...).

     Hujan mulai menimpa di badan kami, kami berjalan dengan kaki yang berat.  Tenaga semakin berkurangan...Akhirnya kami tiba di sungai yang terakhir...Kelihatan air sungai telahpun naik, Encik Rosli segera menyuruh kami menyeberang dan dengan izin Tuhan, kesemua kami selamat tiba di Kem Putih...

-- (( Kem Putih )) --

     Seperti biasa, setelah menyiapkan keperluan biasa, kami pun terus tidur.  Malam itu memang penat bagi kami.  Bersyukur kami kerana dapat balik bersama.  Rancangan kami ialah bertolak pada pukul 6 dan mengerja bot pada pukul 2 petang.  Encik Rosli yang kagum dengan semangat kami terpaksa mengizinkan rancangan kami.


SKS SOCIETY
Thanks for ur support


SKS SOCIETY
Thanks for ur support

 

Hosted by www.Geocities.ws

1