| DAY 1 2 Nov 1991 | MOUNT TAHAN EXPEDITION 1991 |
This Page in Malaysia Language |
||
| PREPARATION Introduction Training Funding EXPEDITION |
-- SEKOLAH -- Awal pagi, kami telah berkumpul di sekolah, muka kami penuh dengan keriangan. Setalah bersiap sedia, kami menerima ucapan and kata semangat dari Tuan Pengetua kami, Encik Phua. Beliau menyeru kami harus mengatasi setiap tinjau dan duri demi kejayaan. Kami bersurai selepas itu. Jam 6 petang, kami berkumpul di sekolah seklai lagi untk berlepas ke stesen keretapi yang dijangka bertolak pada 8.30pm. Cuaca buruk sekali dan kami terpaksa menumpang lori senior kami dan kereta makcik Jacky untuk ke stesen. 2 orang cikgu dan saya pula menaiki teksi ke destinasi. -- STESEN KERETAPI -- Terperanjat kami apabila tiba di stesen. Stesen penuh dengan orang. Alamak!!! baru saya teringat behawa hari itu adalah Deepavali, patutlah semua kulit hitam. Kesemua kami sudah mempunyai tiket kecuali 2 orang cikgu. Saya terpaksa beratur. Seorang pegawai mula menyoalkan orang hadapan barisan saya, kelihatan satu demi satu meniggalkan barisan. Ohhh...!!! nampaknya beliau menjerit..."TIKET KE UTARA HABIS". Hahaha...Keranamu saya telah melompat ke tempat kedua dalam baris. TQ!!! Setelah berpisah dengan Shen Lim dan makcik jacky, kami terus melangkah masuk ke platform. Keretapi masih belum kelihatan. "Dik..Duk..." Masa berlalu, akhirnya kami dapat juga melangkah masuk ke dalam gerabak. (Jangan gembira terlalu awal...good news at the back). Jam tangan Wai Joon melaungkan "JAM 10.00 MALAM, APASAL TAK JALAN?" Kami sudah berada dalam gerabak selama 2 jam, keretapi ini kehabisan minyak ke? Apa yang terjadi...??? Tertanya-tanya dalam otak kami... Hujan lebat menimpa, keretapi masih terpaku disitu... Akhirnya, keretapi ini mula bergerak...Jam 10.30 malam. Adakah kami sempat menaiki bot jam 9.00 di Tembeling nanti??? Kami mulai risau akan kelewatan kami... |
|
*** - CopyRight 2001 - SKS Society - ***