DAY 6  7 Nov 1991 MOUNT TAHAN EXPEDITION 1991

This Page in Malaysia Language

PREPARATION
Introduction
Training
Funding

EXPEDITION
Day 1
Day 2
Day 3
Day 4
Day 5
Day 6
Day 7
Day 8
Day 9

PHOTO
Photo 1
Photo 2
Photo 3
Photo 4
Photo 5

MEMBER

COMMENT

MAIN PAGE

-- Kem Padang ke Puncak Gunung Tahan --

     Kami mengikut jadual yang ditetapkan dan bangun pada pukul 2.30 pagi.  Kali ini memang satu ujian ketahanan sejuk, kami melulu keluar dari khemah yang jauh lebih panas dan memasak 2 pack mee maggie sebagai sarapan.  Tepat pukul 3.30 pagi, kami berlepas ke puncak dengan beg makanan ringan dan lampu suluh sahaja.  ( Kalian, cerita menarik menyusuri, mereka akan bersusah nanti....Hahahahah!!!!)

-- (( Rancangan Salah )) --

     Malam yang buta dan sejuk ini.  Hanyalah kami yang bodoh mencari susah sahaja.  Kami diketuai oleh Heng Cheong dan melangkah ke depan.  Kami dijangka tiba puncak setelah 2 1/2 jam dari Padang.  (Inilah puncanya, informasi yang salah...bodoh!!!).Setelah 2 jam perjalanan, kami berasa sesuatu yang tidak kena,  mengapa perjalanan kami asyik menurun dan belum-belum lagi menjumpai stesen trigonometri?  Kami mempercepatkan langkah kerana nak kejar matahari!!!

-- (( Sedih )) --

     Dari pandangan gunung-ganang, kami melangkah masuk hutan yang diteduhi pokok yang agak tinggi.  Jam menunjukkan 6.30 am.  Kami terpaksa berjalan sambil menanya sesama sendiri -- adakah jalan ini betul???  Kami tidak dapat membuat apa,  moga-moga Tuhan dapat memberitahu!!!  Kesemua kami kehabisan semangat dan harapan, mengapa kami masih dalam hutan belantara, bukan di puncak....mengapa!!!!!  Denai ini masih menerus...tiada kehabisan, naik dan turun...!!!

-- (( Harapan )) --

     Denai hutan yang berlumpuh kesejukan, memperlahankan lagi gerakan kami.  Sekali lagi, kami tiba sebuah denai yang asyik turun sehingga saya marah dan sedih...  Sudah 3 jam kami berjalan, mana itu puncak Gunung Tahan? Adakah kami sesat... (Saya ragu-ragu).  Jam tangan saya menunjukkan 7 pagi.  Sudah lebih dari 3 jam kami berjalan.  Hari mulai terang, kami dapat melihat matahari terbit dari celah-celah pokok.  Situasi ini mematahkan lagi semangat kami.  Kami berjalan macam mayat mati sahaja.  Hanya satu harapan, iaitu TIBA....

     Kami mulai mendaki, setalah 30 minit berjalan, akhirnya kami tiba di puncak gunung ini. (Gunung Berapit - tahu setelah pulang ke KL).  Saujana mata memandang, Wow!!! Indahnya permandangan ini, kelihatan terdapat denai yang mengelilingi tebing gunung-gunung menuju ke sesuatu tempat, pasti tidak jauhlah kami dari puncak.  Kami berlari secepat yang boleh untuk menjejakan tapak kaki kami.

-- (( Puncak Gunung Tahan )) --

     Pada pukul 8.00 pagi, ka...mi...BERJAYA!!!!  BERJAYA!!!  Kami sudah berjaya, jeritan kami mengegarkan situasi sekitar.  Kami melepaskan segala geraman kesusahan kami sepanjang pendakian.  Begitu susah untuk kami tiba di sini.  ( Hey!!! Sudah tiba pun mau manangis ke??? ).  Sekali lagi, kami sudah berjaya.  ( Kata orang, sesuatu yang susah diperolehi, tinggi harganya dan susah dilupakan...nampaknya betul!!! )

-- Page 2 --  /  -- Page 3 --


PEMANDU BARU???       Wong Heng Cheong    

*** - CopyRight 2001 - SKS Society - ***

Hosted by www.Geocities.ws

1