| DAY 5 6 Nov 1991 | MOUNT TAHAN EXPEDITION 1991 |
This Page in Malaysia Language |
||
| PREPARATION Introduction Training Funding EXPEDITION |
-- Gunung Gedong --
Apa yang berada di depan kami adalah sebuah gunung yang amat tinggi. Kami rassa kami perlu bersusah lagi. Kami mulai memasuki hutan yang tebal. Diteduhi pokok-pokok yang tua. Akhirnya, kami memasuki satu benteng yang curam. Kami mengambil giliran untuk memanjat benteng tersebut, seperti memsuki sebuah gua. Namun, kemahiran kami memadai untuk menyelesaikan kesemua ini. Masa berlalu, kami masih bergerak dalam denai hutan yang masih mencuram. Keletihan mula tertunjuk pada muka setiap individu, walaupun tidak dicakap tetapi dapat dijangka. Kami mulai ragu akan denai yang kami lalui. Mengapa sudah 2 jam perjalanan dari Gunung Reskit, masih belum jumpa Kem Gunung Gedong? Kami terpaksa ikut denai, tiada siappun yang dapat memberi jawapan. -- (( Ragu Ragu )) -- Heng Cheong dan saya yang menjadi guide mulai ditanya akan kepastian jalan kami. Namun, kami berdua terpaksa menjawab "Ya". "Mungkin selepas selekoh ini...tempatnya." Maklumlah, jam 6.45 pm dalam hutan belantara ini, hari cepat menjadi malap. Kami masih terperangkap dalam hutan tebal ini. Naik, Naik dan naik saja. Tiada tanda-tanda Kem Gunung Gedong. Kami tidak tahu bila boleh sampai Kem Padang. Heng Cheong dan saya cuba berjalan cepat untuk satu harapan, iaitu sudahkah sampai -- Kem Gunung Gedong??? (Sesat...???) Akhirnya, kami seakan tiba di puncak. Kepala kami seakan muncul dari bawah tanah dan jauh mata kami memandang. Begitu luasnya permandangan. Kami tiba di Puncak Gunung Gedong pada pukul 7.15 pm. Wow, permandangan indah sekali lagi kelihatan. ( Anda seperti muncul dari bawah tanah puncak Gunung Gedong ) -- Kem Padang -- Terlepas semua kesangsian, terbina pula semangat kami. Kem Padang kelihatan dekat sahaja dari Puncak Kem Gedong. Kami segera meluru ke situ. Kami selamat tiba di Kem Padang pada pukul 7.45 pm. Kem Padang memang seperti namanya; meyerupai sebuah padang rumput yang luas. Terdapat sebatang sungai berhampiran dan 2 buah gelanggang simen berukuran gelanggang badminton. Kami juga terjumpa sebuah tiub besi seperti serpihan kapal terbang. -- (( 4 Darjah Celcius )) -- Kami memang mengetahui Kem Padang ini sejuk waktu malam. Setelah membereskan makanan malam kami. Kami juga membereskan keperluan harian kami. Pada pukul 8.30 pm, kesemua kami telah nyenyak tidur. Cuaca memang sejuk, nasib kami baik kerana ada membawa sedikit minuman keras...Hihihihi...!!!) |
|
*** - CopyRight 2001 - SKS Society - ***