| DAY 2a
3 Nov 1991 |
MOUNT TAHAN EXPEDITION 1991 |
This Page in Malaysia Language |
||
| PREPARATION Introduction Training Funding EXPEDITION |
-- Kuala Tahan -- Wow!!! Tangga ke resort memang tinggi dan panjang. Cikgu dan saya terus menuju ke pejabat kerana mengikut jadual, kami harus berlepas ke Sungai Melantai setibanya di Kuala Tahan. Kami bertemu dengan pemandu kami Encik Rosli Osman. Setelah berbincang dengan beliau, kami dicadangkan bermalam di Kuala Tahan adn berlepas esok hari, kerana...pemeriksaan tin-tin, cuaca kurang baik dan... OKlah!!! Kami setuju. -- (( Situasi )) -- Kami berkhemah di sebuah kawasan lapang. Setelah berkemas dan bermandi di tandas yang bersih, kami sempat melawat bumbung Tahan, Bilik Tayangan dan etc... Kami mula memasak pada pukul 5.30 petang. Sementara itu, Heng Cheong dan saya berjalan-jalan disekitar. -- (( Restaurant Terapung )) -- Ternampak dari jauh, terdapat sebuah restaurant yang terapung disitu. Kami dijemput ke sana dan apabila terasa bau makanan, ternyata lapar!!! Apa lagi.. Makan saja. Kami teragak akan harganya, tapi apa yang memerangjatkan kami ialah....Ianya MURAH...!!! Kami sempat pulang ke tapak perkhemahan pada pukul 6.30 ptg. Ahli-ahli lain sedang makan malam dan mujurlah kami tidak lapar. Atas paksaan dan seksaan mereka, terbongkar juga rahsia "Restaurant Terapung". Hujan menimpa secara tiba-tiba, kami melindung diri dalam khemah. Bau kebusukan peluh tersebar dalam khemah, (BUSUKNYA!!!). Kami terpaksa duduk dalam situasi ini. -- (( Tunjuk Lidah )) -- Pada pukul 10 malam, kami masih segar dan kami berjalan-jalan sekitar resort. terjumpa guide kami yang sedang membeli barang keperluan di kedai Tahan. Kesemua kami menunjukkan lidah apabila melihat harga barang disini!!! Lebih mahal dari "7-Eleven". (Imbas: Satu tin coca-cola dijual RM 2.30) Huh!!! Setelah puas menunjuk lidah, kami pun bergegas dari situ. -- (( Lembu atau Rusa )) -- Ini adalah rusa. Kata pelancong Mak Salleh. Cikgu Din segera menjawab: BUKAN!!! Ini adalah lembu, bukannya rusa. Kelihatan Mak Salleh itu mengaru kepalanya. Kami tertawa sejenak barulah dia sedar yang kami mempermainkan dia... |
Di Kuala Tahan |
*** - CopyRight 2001 - SKS Society - ***