| DAY 4 5 Nov 1991 | MOUNT TAHAN EXPEDITION 1991 |
This Page in Malaysia Language |
||
| PREPARATION Introduction Training Funding EXPEDITION |
-- (( 8 Batang Sungai )) [ 8 Xin Goh Ho ??? or Goh 8 Xin Ho ??? ] -- Setelah puas rehat, kami mulai perjalanan kami. Kami membuka langkah dan terus menjejak ke dalan sungai. Air sungai ini sampai lutut kami dan wow!!! sejuknya air sungai ini. Kami cuba mengikut langkah Abang Rosli namun, terbabas juga. Ramai di antara kami minum air... ( Nah!!! Bukankah bagus kalau kamu semua basah kuyup? Dapat melegakan badan...!!!) Badan kami memang basah ditambah pula dengan kaki kami yang telah lama rendam dalam air, mujurlah baunya yang busuk....Ng...ummmm!!! Masa berlalu, kami telah menyeberangi 7 batang sungai. Jam menunjukkan 4.30 pm. Hujan renyai-renyai turun dan ini tidak mempunyai sebarang perbezaan kerana kami telahpun basah. Langkah kami mulai perlahan, mungkin kami telah penat. Abang Rosli yang pada awalnya berada di belakang kini berada di depan kami. Kami mengambil kesempatan rehat di sebuah air terjun sementara menunggu mereka yang berada di belakang. Kami cuba mengisi perut dengan biskut. Pada waktu itu, teredngar Then Soong menjerit "Henti.....Henti....!!!" Kami terkejut dan kelihatan Then Soong melulu ke arah kami. "Apa dia???", "Jacky.... Jacky....dia....!!!" Beliau tidak dapat jawab dengan sempurna. -- (( Kecederaan )) -- Kami mengikut Then Soong ke tempat kejadian. Kelihatan Jacky duduk di atas dahan pokok tumbang. Mukanya pucat dan sejuk. Heng Cheong cuba merawat Jacky dan akhirnya nyata bahawa kaki Jacky telah lesu dan tidak dapat berjalan lagi. Apabila tersentuh kakinya, jeritan sakitnya kedengaran mana saja!!! ( Cerita pahit bermula...) Kami terpaksa bergilir-gilir memikul Jacky. Bag-bag kami dibahagikan dan Abang Rosli membantu kami mengambil 3 bag. (Kuat betul...). Abang Rosli memberitahu kami perjalanan ke Kem Teku akan memakan masa 45 minit dalam situasi normal. Tetapi... Hari mulai lewat, seluruh hutan terus malap. Kami yang masih berusaha hanya bergantung kepada satu harapan, SATU HARAPAN SAHAJA, iaitu....SAMPAI!!!. Kerjasama seluruh kumpulan betul-betul tercabar...tiada perbalahan, tiada lawan, semua tunduk kepala dan jalan. Jatuh....Bangun...Babas dan Bangun, semua ini tidak dapat dicatat di sini. Bayangkan, satu orang membawa 2 haveasack, ada yang mendukung... Hujan menimpa pada badan kami, kesejukan dan kelaparan...kegelapan hutan..air mata kami telah tercampur air hujan.. ( Imbas kembali situasi hari itu....tergengam hati saya) Kami tiba di sungai terakhir pada pukul 7.30 pm. Masalah dijangka timbul, arus air agak deras...(Hujan). Kami terpaksa menggunakan kaedah "Segitiga" untuk menyebarangi sungai ini. -- Kem Teku -- Kami tiba di Kem Teku. Semua orang segera mendirikan khemah dan terus memasak. Muka kami senyum pahit, hati kami tersimpan sesuatu....sesuatu yang pahit.... Esok, apa rancangan kami esok??? Kem Teku terletak di persimpang 2 batang sungai. Sungai Tahan dan Sungai Teku. Kami mengadakan perbincangan pada malam itu dan terus tidur pada pukul 10.00 malam. Tiada siapa yang mampu bertahan....Tidur ..... (Apa rancangan esok...???) |
Bergembira |
*** - CopyRight 2001 - SKS Society - ***