|
|
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang.
Dari Ibnu Umar ra. bahwa Rasulullah saw. bersabda,
"Islam didirikan di atas lima sendi: bersaksi bahwa tiada tuhan
melainkan Allah dan Muhammad adalah rasul Allah, mendirikan shalat,
menunaikan zakat, berpuasa Ramadhan, dan melaksanakan haji." (HR Bukhari
dan Muslim)
"Dialog" Malaikat
Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga
oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang
sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang
di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya,
"Apakah yang harus aku catit?" Kata malaikat di sebelah kanan,
"Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5
kesalahan."
Malaikat yang di kiri bertanya lagi, "Kalau ia telah melakukan 5
kesalahan, apa yang harus aku catitkan?" Jawab malaikat kanan,
"Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu
oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu
hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih
simpankan untuknya 5 pahala lagi."
Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, "Kalau macam ini
sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam."
Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada
terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta
kemewahan dunia.
|
|