CATATAN PERISTIWA DI BULAN
RAMADHAN
Bulan Ramadhan datang datang lagi. Di bulan ini sejarah telah
mencatatkan pelbagai peristiwa untuk dikenang. Berikut dicatatkan sebahagian
daripada peristiwa itu bagi tatapan dan renungan kita di bulan Ramadhan yang
mulia ini.
Di bulan Ramadhan al-Qur’an mula diturunkan dengan turunnya
ayat yang pertama sehingga yang kelima surah al-‘Alaq kepada Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam semasa Baginda di gua Hira’. Dengan itu bulan Ramadhan
disebut juga bulan al-Qur’an, bulan untuk membaca al-Qur’an sebanyak yang
boleh.
Tahun kedua Hijriyah, terjadi peperangan Badar al-Kubra.
Mengikut keterangan Ibn Hisyam, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersama-sama pejuang Islam berangkat dari
Madinah menuju Badar pada 8 Ramadhan dan pada 17 Ramadhan terjadilah
peperangan Badar al-Kubra semasa Baginda di gua Hira’. Dengan itu bulan Ramadhan disebut juga bulan al-Qur’an sebanyak yang boleh.
Peperangan ini dimenangi oleh Islam dan inilah kemenagan agung
pertama pejuang-pejuang Islam menentang kemusyrikan dan kebatilan.
Pada tahun kedua Hijriyah juga, zakat fitrah mula
disyariatkan. Pada hakikatnya pensyariatan zakat ini adalah tanda kemenangan
orang-orang yang berpuasa menentang hawa nafsu dan mengekang kecintaan
terhadap harta.
Di bulan ini tahun kelima Hijriyah, para pejuang Islam membuat
persiapan untuk menghadapi musuh di Khandaq yang mana peperangan itu terjad
pada bula Syawal pada tahun itu juga. Di dalam peperangan yang dinamakan juga
sebagai peperangan al-Azhab ini pejuang Islam telah mendapat kemenangan
gemilang.
Pada 21 Hijriyah Ramadhan tahun kelapan Hijriyah, Allah Ta’ala memberi kemenangan besar kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan umat Islam dengan pembukaan kota suci
Makkah. Pada mulanya Baginda bersama-sama para sahabat meninggalkan Madinah
menuju Makkah pada 10 Ramadhan dalam keadaan berpuasa. Apabila sampai di
al-Kadid, Baginda berbuka kerana bermusafir, kemudian pada 21 Ramadhan
barulah Baginda memasuki kota Makkah.
Pada bulan Ramadhan tahun yang sama Baginda mengutus beberapa
kumpula sahabat untuk merobohkan berhala-berhala yang terkenal pada masa itu.
Khalid bin al-Walid diutus merobohkan berhala al-‘Uza, Amr bin al-‘Ash merobohkan berhala Suwa’ dan Sa’d bin Zaid al-Asyhali merobohkan
berhala al-Manat.
Pada tahun ke sembilan Hijriyah terjadi peristiwa
peperangan Tabuk dan Baginda kembali pulang dari peperangan pada bulan itu
juga.
Di bulan Ramadhan tahun yang sama rombongan dari kota Taif
tiba di Madinah. Rombongan ini memeluk agama Islam di hadapan Baginda dan
mereka turut berpuasa bersama umat Islam di Madinah.
Pada bulan dan tahun yang sama rombongan Raja Himyar tiba di
Madinah untuk mengisytiharkan Islam mereka. Mereka menjadi tetamu Baginda dan
Baginda menuliskan beberapa panduan tentang hak dan kewajiban mereka. Catatan
ini merupakan salah satu dokumen penting di dalam sejarah perundangan Islam.
Pada tahun ke sepuluh ke Hijriyah Baginda mengutus rombongan
yang diketuai ‘Ali bin Abu Talib ke negeri Yaman
dengan membawa bersamanya surat Baginda untuk penduduk Yaman, khasnya suku
Hamdan yang kesemua mereka memeluk Islam dalam satu hari.
Pada tahun 53 Hijriyah pejuang Arab Islam dapat menakluki
pulau Rudes.
Pada tahun 91 Hijriyah pejuang Islam mula mendarat di Selatan
Andalus.
Pada tahun 92 Hijriyah ketua pejuang Islam Tariq bin Ziyad
dapat mengalahkan Raja Rodrik di dalam satu peperangan sengit.
Pada tahun 129 Hijriyah mula muncul di Khurasan pendukung
pengasas Kerajaan Bani Abbas dilantik sebagai khalifah al-‘Abbasiyyah yang pertama.
Pada bulan Ramadhan tahun 132 Hijriyah berakhir sudah
pemerintahan Bani Umaiyyah dan pada masa yang sama Abu al ‘Abbas dilantik sebagai khalifah al-‘Abbasiyyah yang pertama.
Pada bulan Ramadhan tahun 361 Hijriyah al-Jami'ah
al-Azhar selesai dibina untuk kegunaan tempat beribacar dan mengajarkan
ilmu-ilmu Arab dan syara'.
Pada tahun 584 Hijriyah Salahuddin al-Ayyubi dapat mengalahkan
kaum Salib dan membebaskan semula sebahagian besar negeri yang pernah
dikuasai oleh pehak kaum Salib (Kristian). Apabila bulan Ramadhan tiba, pada
mulanya Salahuddin al-Ayyubi bermaksud memberi rehat kepada para pejuangnya,
akan tetapi kerana takut ajal tiba terlebih dahulu, maka beliau tidak
menyempurnakan maksudnya itu, lalu mengarahkan para pejuangnya meneruskan
peperangan melawan kaum Salib dan akhirnya mereka mencapai banyak kemenangan
sehingga pertengahan bulan ini.
Pada tahun 658 Hijriyah Kerajaan mamalik dapat mengalahkan dan
membencung kemaraan tentera Tartar di 'Ain Jalud. Tentera ini bermaksud
menguasai selurh negeri Islam, akan memasuki Mesir dan negeri-negeri lain
melalui Mesir.
Bulan Ramadhan yang mulia mengandungi banyak peristiwa dan ia
memberi ruang dan peluang yang terbaik kepada mereka yang insaf
|