KISAH PEMUDA YANG MABUK DAN SEEKOR JENGKING
Yusof bin Husain meriwayatkan: "Pada suatu hari saya
pernah berada di tepi sebuah pantai bersama Zun Nun. Di tepi pantai itu kami
berdua sempat menyaksikan seekor jengking yang besarnya melebihi jengking
biasa. Tiba-tiba datang pula seekor katak yang mendekati jengking tersebut,
lalu jengking itu naik ke atas punggung katak dan kemudiannya katak itu
berenang menuju ke suatu tempat. Melihat keadaan yang demikian itu, Zun Nun
berkata: :pasti jengking itu mempunyai
tujuan tertentu, mari kita sama-sama saksikan!" Kami pun lalu mengikuti
ke mana perjalanan kedua
binatang itu.
Dalam perjalan tersebut, secara tak sengaja kami menjumpai
seorang pemuda yang dalam
keadaan mabuk sedang tertidur. Beberapa saat kemudian, datanglah seekor ular
yang merayap di atas pusat hingga ke dada pemuda itu. Melihat keadaan
demikian, jengking yang dibawa berenang oleh seekor katak tadi lalu menyengat
ular itu sehingga mati. Setelah ular yg akan menggigit ular itu mati,
jengking kembali menuju ke tepi pantai, lalu datanglah katak menjemputnya dan
pergilah kedua makhluk itu.
Melihat keadaan yg demikian, Zun Nun lalu membangunkan pemuda
yg dalam keadaan mabuk
tersebut.Zun Nun berkata: "Wahai pemuda, lihatlah apa yang sedang
dilakukan Allah SWT untuk menyelamatkan dirimu! Seekor jengking telah datang
lalu dia telah membunuh ular yg hendak mematukmu!" Kemudian Zun Nun
membacakan sebuah syair
Wahai orang yang lupa Yang sentiasa dijaga oleh Zat Yang Maha
Agung dari kejahatan yang kamu lakukan dalam kegelapan bagaimana mungkin kamu
dapat memejamkan mata dari Zat Yang Maha Pencipta yang telah memberikan kepadamu
pelbagai macam kenikmatan. Mendengar ungkapan syair yang dibacakan oleh Zun
Nun itu, pemuda tersebut bangun lalu berkata: "Tuhanku,
Engkau telah melakukan sesuatu kepada hamba-Mu yang derhaka ini, lalu
bagaimana pula kasih dan sayang yang Engkau berikan kepada org yang taat
kepada-Mu?" Setelah berkata demikian,pemuda itu lalu ingin pergi
meninggalkan kami, kemudian aku bertanya:"Hendak ke manakah kamu?"
Pemuda itu menjawab:"Aku akan pergi ke gurun sahara, aku
akan bertaubat kepada Allah SWT, demi Allah SWT aku tidak akan mengulangi
perbuatan burukku itu lagi."
dipetik dari buku "Kisah-kisah Insan Bertaubat" ...
semoga kita semua beroleh manfaat...betapa pengasihnya Allah ke atas
hamba-hambaNya, walaupun kita telah menderhaka padaNya...subhanallah...Apa
lagi cinta-Nya kalau kita taat pada-Nya?
|