Home l Email Me l Content l Myself l My HomePage l Photo l Kisah2 Islam l Cerita2 Tauladan l Takzirah l Firman2 Pilihan l Hadis2 Pilihan l Ceramah l Ilmu2 Pilihan l Sedutan Ayat2 AlQuran l Quotes l Jokes l Kamus Mukmin l Petua2 l Info-Sihat l Astronomi l Artickel l Puisi/Sajak l Recepi l Related Links l Lain2 l Wallpapers l Games
l Slide l Lagu2
l Peta Laman
|
CERITA |
|
|
Syahid Dalam Menjalankan Tugas Rasulullah SAW Dalam
kebanyakan surat-surat yang dikirimkan oleh Rasulullah SAW kepada beberapa orang
raja adalah bertujuan supaya mereka memeluk agama Islam, salah seorang di
antaranya ialah raja Busra, surat kepada raja ini di hantar oleh Haris bin
Umar Azdi ra. Sewaktu membawa surat ketika Haris bin Umar ra. sampai di Mauta
beliau telah dibunuh oleh Sharabbil Ghassani, yakni salah seorang gabenor
Kaisar. Pembunuhan ini adalah bertentangan dengan semua undang-undang Sebelum
tentera Islam berangkat menuju ke medan pertempuran, Rasulullah SAW
memberikan sehelai bendera putih yang diperbuat sendiri oleh baginda SAW
kepada Zaid. Rasulullah SAW menemani tentera-tentera Islam beberapa langkah
di luar Kota Madinah dan baginda berdoa: "Semoga Allah SWT akan
mengembalikan kamu semua dengan selamat dan memperolehi kejayaan. Semoga
Allah memelihara kamu semua dari segala kejahatan." Setelah
Rasulullah SAW selesai berdoa, Abdullah bin Rawahah menyampaikan tiga rangkap
syair yang bermaksud: "Aku hanya mengiginkan keampunan terhadap segala
dosa-dosaku dan sebilah pedang untuk menyebabkan darah-darah merahku memancar
keluar seperti air yang mengalir keluar dari mata air. Atau sebilah tombak
untuk menembusi masuk keliang hatiku dan isi perutku. Dan ketika insan-insan
melalui di tepi kuburku, mereka akan berkata: Semoga engkau telah gugur
kerana Allah.... berjaya dan makmur. Engkau sesungguhnya insan yang berjaya
dan makmur." Di
pihak musuh pula ketuanya yang bernama Sarjil, telah mengetahui mengenai persediaan
tentera Islam, Sarjil mengumpulkan 100,000 tentera yang lengkap dengan alat
kelengkapan perang untuk menghadapi serangan tentera Islam. Ketika, Sarjil
dan bala tenteranya hendak mara, ia mendapat berita bahawa Kaisar sendiri
sedang mara dengan satu batalion tentera yang terdiri dari 100,000 orang
untuk menolong Sarjil. Apabila berita ini sampai kepada para sahabat yang
sedang dalam perjalanan untuk berperang dengan pihak musuh, mereka merasa
ragu-ragu dan mereka berfikir samada mara atau pun tidak untuk menentang
musuh Islam yang berjumlah 200,000 orang itu. Atau mereka mengirim utusan
kepada Rasulullah SAW untuk mendapatkan nasihat. Dalam ragu-ragu itu Abdullah
bin Rawahah dengan penuh semangat pejuang berkata dengan suara yang lantang: Apabila
para sahabat yang lain mendengar kata-kata semangat dari Abdullah bin
Rawahah, maka para sahabat pun bertekad untuk bertemu dengan tentera-tentera
Kristian di medan peperangan Mauta. Apabila sampai di medan pertempuran, Zaid
ra. menggenggam bendera di tangan Tentera
Islam tetap bertarung dengan semangat jihad walaupun angka tentera musuh jauh
berbeza dari tentara Islam yang cuma 3000 orang sahaja. Dalam
pertempuran yang sengit itu maka syahidlah Zaid ketua panglima tentera Islam.
Jaafar ra. mengambil alih sebagai ketua dan menggenggam bendera, beliau dengan
sengaja melumpuhkan kaki kudanya agar beliau tidak dapat meninggalkan medan
pertempuran jika datang perasaannya untuk meninggalkan medan pertempuran.
Dalam peperangan yang sedang rancak berjalan itu Jaafar membaca beberapa
ungkapan syair: Abdullah
bin Umar ra. menceritakan, "Ketika kami mengangkat beliau keluar dari
medan Pertempuran. Kami dapat mengira bahawa terdapat 90 liang luka di badan
beliau." Tanpa
membuang masa Abdullah bin Rawahah terus mencapai bendera dan meluru ke arah
musuh. Dalam pertempuran anak-anak jarinya banyak yang parah dan banyak yang
tergantung dengan isi. Beliau meletakkan anak-anak jarinya ke bawah lalu
dipijak dengan kaki dan ditarik sehingga jari-jarinya bercerai dari
tangannya. Kemudian beliau terus mara dan beliau berhenti sebentar dan
memikirkan tentera Islam yang sedikit berbandingkan tentera musuh yang ramai.
Dalam tengah berangan-angan itu dia tersentak dan berkata ia dalam hatinya:
"Wahai hati, apa yang Apabila Abdullah hendak mengambil daging tersebut, beliau
mendengar laungan musuh di salah satu sudut medan pertempuran, beliau
melemparkan daging tersebut. Dengan pedang yang terhunus beliau meluru ke
arah musuh dan berjuang sehingga beliau syahid di medan pertempuran itu. |
|
|