|
SALAH DAN BENAR
Kalau hendak tahu kesalahan orang tanyakanlah pada musuhnya..
Kalau
hendak tahu kebaikan orang tanyakanlah pada
kawannya..
Kerana
ada yang salah dibenarkan dan yang benar
disalahkan..
tergantung sama ada dia dibenci dan disayangi
MENCAPAI BAHAGIA
Untuk mencapai bahagia berusahalah terus.. kerana berjalan itu asal mulanya dari
selangkah
Pohon beringin yang besar
itu.. asalnya dari satu
biji yang kecil
Dan burung yang besar terbang
di udara itu.. asalnya dari
sebiji telur.
wassalam
TERGADAI
Yang ditakut bukan hidup miskin.. tetapi ialah hidup yang diperhamba harta
Biar harta terjual asal budi jangan tergadai
Wassalam
TAUBAT
Orang yang hanya berbuat kejahatan.. tanpa mengingat kebaikan adalah sifat syaitan
Kembali kepada
kebaikan.. sesudah terjerumus ke dalam kejahatan
adalah perlu bagi
anak Adam
|