|
SAKIT BUAH PINGGANG
Hemodialysis
adalah satu rawatan dimana ginjal penganti (hemodialyzer) mengambil alih
tugas ginjal yang telah hilang keupayaannya fungsinya sebanyak 80-90%.
Pesakit ginjal memerlukan dialysis untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan
seperti urea, cecair, electrolytes, bahan galian yang lain dari badan
memandangkan ginjal tidak mampu melakukannya lagi. Mesin Hemodialysis
diperlukan bagi menyaring pengaliran darah, bagi mengeluarkan air,
bahan-bahan sisa, urea dan electrolytes kedalam larutan lain - dialysate.
Sejauh ini belum
ada rawatan atau ubatan yang boleh diambil dan dapat atau mampu untuk
mengeluarkan sisa-sisa buangan ini kecuali dengan kaedah dialysis sahaja.
Memandangkan
ginjal telah rosak dan tidak berfungsi lagi, pengambilan ubatan/kaedah
tradisional lainnya atau apa sahaja pemakanan yang tidak keruan tidak mampu
memulihkan keadaan yang rosak. Tetapi hanya akan menyaratkan lagi badan
dengan bebanan berbagai sisa-sisa buangan yang perlu dikeluarkan dari
badan. Sekiranya> sisa-sisa buangan ini terus membanjiri saluran
darah pesakit akibatnya buruk dan boleh memudaratkan lagi keadaan pesakit
ginjal.
Setakat ini belum
ada kaedah lain kecuali hanya kaedah dialysis sahaja yang dapat menyelamatkan
nyawa dan memanjangkan hayat pesakit ginjal. Cara pemakanan yang betul boleh
melambatkan himpunan sisa- sisa buangan dibadan yang mana tempoh kekerapan
dialysis boleh dijarakkan dan tidak perlu melakukan dialysis dengan terlalu
kerap.
Sekian
Ngah |