Home l Email Me l Content l Myself l My HomePage l Photo l Kisah2 Islam l Cerita2 Tauladan l Takzirah l Firman2 Pilihan l Hadis2 Pilihan l Ceramah l Ilmu2 Pilihan l Sedutan Ayat2 AlQuran l Quotes l Jokes l Kamus Mukmin l Petua2 l Info-Sihat l Astronomi l Artickel l Puisi/Sajak l Recepi l Related Links l Lain2 l Wallpapers l Games
l Slide l Lagu2
l Peta Laman
|
SUNNAH |
|
|
TIDUR Imam
Ibn Qaiyim pernah berkata: "Sehampir-hampir
Allah kepada hamba-Nya ialah di bahagian akhir malam (dua per tiga malam).
Dan sekiranya kamu berkuasa untuk menjadikan diri kamu salah seorang yang
mengingati Allah di waktu ini maka lakukanlah." (Riwayat Tarmizi
dan Abu Daud) Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Hendaklah kamu
bangun malam kerana itu adalah kebiasaan amalan orang-orang yang soleh
sebelum kamu. Sesungguhnya bangun malam itu mendekatkan diri kepada Allah,
menutup segala dosa, menghilangkan penyakit kepada tubuh badan dan menjauhi
kekejian." (Hadith Riwayat Tarmizi) Dalam
kitab Miskatul Masabih ada disebutkan: Tidur sedikit di waktu tengahari
tidaklah dikeji. Rasulullah s.a.w. ada juga melakukannya. Ini dapat
mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajjud di malam hari. Ibn
Qaiyim menambah: "Tidur di awal dan akhir siang hari amat dikeji kerana
ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak
bercahaya), merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan
urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika di awal
hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari
(selepas Asar)." Abdullah
Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur diwaktu Subuh. Maka
dikatakan kepada anaknya: "Bangun! Apakah kamu tidur di waktu rezeki
dibahagi-bahagikan?" Setengah ulama mengatakan: "Sesiapa yang tidur
selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya maka janganlah ia mencaci selain
daripada dirinya sendiri. |
|
|