Home l Email Me l Content l Myself l My HomePage l Photo l Kisah2 Islam l Cerita2 Tauladan l Takzirah l Firman2 Pilihan l Hadis2 Pilihan l Ceramah l Ilmu2 Pilihan l Sedutan Ayat2 AlQuran l Quotes l Jokes l Kamus Mukmin l Petua2 l Info-Sihat l Astronomi l Artickel l Puisi/Sajak l Recepi l Related Links l Lain2 l Wallpapers l Games
l Slide l Lagu2
l Peta Laman
|
HADIS-HADIS
PILIHAN |
|
|
KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W Khutbah
ini disampaikan pada 29hb. Zulhijjah Tahun10 Hijriah lembah Uranah, Gunung
Arafah Wahai
manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak Ku katakan. Aku tidak mengetahui
apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu
dengar dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang
yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini. Wahai
manusia, sepertimana kamu menganggap bulanini dan kota ini sebagai suci, maka
anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.
Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.
Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti
membuat perhitungan di atas segala amalam kamu. Allah telah mengharamkan
riba, oleh itu segala urusan yang menglibatkan riba dibatalkan mulai
sekarang. Berwaspadalah
terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk
menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya
kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. Wahai
manusia, sebagaimana kamu menpunyai hak atas isteri kamu, mereka juga
mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas
kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana
kasih sayang. Layanlah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah
terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu
yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh
memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang
melakukan zina. Wahai
manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah,
dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan
tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu, kerjalah 'ibadah Haji' sekiranya
kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang
lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulai dari yang
lainya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh. Ingatlah,
bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanngungjawabkan
di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awaslah agar jangan
sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai
manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak
akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan
fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku
tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan
mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat Hendaklah
orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepadaorang lain.
Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus
mendengar dariku. Saksikanlah ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan
risalah Mu kepada hamba-hamba Mu. wassalam |
|
|