|
5. RANGKAIAN KAWASAN LUAS (WAN)
Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network – WAN) menghubungkan
suatu kawasan yang lebih luas dari segi geografinya, contohnya
menghubungkan Florida, Amerika Syarikat dengan dunia.
Rangkaian WAN berupaya menghubungkan sekolah-sekolah di Florida
dengan tempat-tempat lain di dunia contohnya Tokyo dalam hanya
beberapa minit sahaja, tanpa perlu menyediakan sejumlah wang
yang besar untuk membayar bil telefon. Namun begitu, rangkaian
WAN ini agak rumit dan kompleks. Ia memerlukan pelbagai perkakasan
dan perisian sebelum membolehkan rangkaian setempat dan metropolitan
berhubung dengan komunikasi secara global dan antarabangsa
seperti Internet. Secara lahirnya, rangkaian WAN kelihatan
hampir serupa dan tidak banyak bezanya dengan LAN atau MAN.
Rangkaian Kawasan Luas yang tipikal memgabungkan dua atau
lebih Rangkaian Kawasan Setempat dan biasanya melibatkan suatu
kawsan geografi yang luas. Contohnya, satu syarikat yang mempunyai
ibu pejabat di suatu tempat, kilang di suatu tempat yang lain
dan gabungan pemasaran di suatu kawasan yang agak jauh dari
kedua-dua kawasan tersebut.
|