|
10. PERISIAN DAN SISTEM PENGOPERASIAN SISTEM PENGOPERASIAN
RANGKAIAN (NETWORK OPERATING SYSTEMS -NOS)
Berbanding dengan sistem operasi yang digunakan untuk pengguna
individu bagi mengawal sesebuah komputer, contohnya DOS dan
Windows95, Sistem Pengoperasian Rangkaian (NOS) mengawal dan
menguruskan semua aktiviti yang dijalankan oleh pelbagai komputer
di sepanjang rangkaian. Sistem Pengoperasian Rangkaian (NOS)
ini bertindak sebagai pengarah bagi memastiakan perjalanan
rangkaian ini dapat berjalan dengan sempurna dan bersistematik.
Terdapat dua jenis Sistem Pengoperasian Rangkaian (NOS) yang
utama iaitu:
1 sesama pelanggan (peer-to-peer)
2 pelanggan-pelayan (client-server)
SESAMA PELANGGAN (PEER-TO-PEER)
Sistem Pengoperasian Rangkaian sesama pelanggan (peer-to-peer)
membenarkan pengguna berkongsi sumber-sumber dan fail-fail
yang terdapat pada komputer peribadi masing-masing dan membuka,
mencari serta mengambil data atau sumber maklumat yang terdapat
dari komputer-komputer orang lain.
Walau bagaimana pun, ia tidak mempunyai fail pelayan atau
sumber pengurusan terpusat kerana di dalam sistem rangkaian
ini, semua komputer dianggap setara dan seimbang. Ini bermakna
kesemua pengguna mempunyai kelayakan dan kebolehan untuk menggunakan
sumber yang terdapat di dalam komputer di rangkaian tersebut.Sistem
Pengoperasian Rangkaian sesama pelanngan ini dicorakkan untuk
memenuhi keperluan suatu kawasan kecil ke sederhana besarnya.
Ia amat sesuai bagi Rangkaian Kawasan Setempat (LAN). Contoh
program yang berupaya berfungsi sebagai sistem rangkaian sesama
pelanggan ialah AppleShare dan Windows bagi Kerja Berkumpulan
(WorkGroup).
KEBAIKAN RANGKAIAN SESAMA PELANGGAN (PEER-TO-PEER)
1 Kos dapat dikurangkan - fail pelayan yang dedikasi tidak
diperlukan
2 Sistem - Satu sistem operasi contohnya Window 95 sudah sememangnya
ada di dalam sistem operasi. Oleh yang demikian, ia hanya
perlu dibentuk semual bagi membolehkan sistem pengopersian
sesama pelanggan beroperasi.
KEBURUKAN RANGKAIAN SESAMA PELANGGAN
1 Tidak berpusat - Tidak ada keselarasan bagi fail dan aplikasi
2 Keselamatan - Tidak menyediakan ciri-ciri keselamatan bagi
pelayan-pelanggan rangkaian.
PELANGGAN – PELAYAN (CLIENT-SERVER)
Sistem Pengoperasian Rangkaian membenarkan rangkaian tersebut
memusatkan fungsi dan aplikasi di dalam satu atau lebih fail
pelayan yang dedikasi.Fail pelayan menjadi nadi kepada sesebuah
sistem, menyediakan laluan ke pelbagai sumber dan turut menyediakan
ciri-ciri keselamatan.
Stesen kerja individu boleh menggunakan sumber-sumber yang
terdapat di dalam fail pelayan. Sistem pengoperasian rangkaian
ini turut menyediakan mekanisma yang membolehkan intergrasi
di antara semua komponen dan membenarkan pelbagai pengguna
berkongsi sumber maklumat yang sama walaupun berada di beberapa
kedudukan fizikal yang berlainan.
KEBAIKAN RANGKAIAN PELANGGAN-PELAYAN
1 Berpusat - Keselamatan sumber dan data dikawal oleh fail
pelayan.
2 Memenuhi keperluan - Mana–mana elemen dan dokumen boleh
dialihkan secara berasingan mengikut tahap keperluan yang
meningkat.
3 Fleksibel - Teknologi dan perisian yang terkini dengan mudah
dapat dimasukkan ke dalam sistem.
4 Interoperasi - Semua komponen termasuk pelanggan, rangkaian
dan fail pelanggan bekerja bersama-sama.
KEBURUKAN RANGKAIAN PELANGGAN - PELAYAN
1 Perbelanjaan - Memerlukan pelaburan yang banyak di dalam
mendapatkan fail pelayan yang dedikasi.
2 Penyenggaraan – Rangkaian yang besar memerlukan sejumlah
staff yang menjamin kecekapan operasi.
3 Permasalahan - Apabila fail pelayan mengalami masalah, segala
operasi akan turut tergugat dan bermasalah.
CONTOH-CONTOH SISTEM PENGOPERASIAN RANGKAIAN
Di antara contoh-contoh Sistem Pengoperasian Rangkaian yang
melibatkan rangkaian sesama pelanggan dan pelayan-pelanggan
ialah:
1 AppleShare
2 LANtastic
3 Microsoft Windows untuk Workgroups
4 Microsoft Windows NT Server
5 Novell Netware
|