|
9. PENGKABELAN
Kabel merupakan satu media di mana maklumat berhijrah dari
satu peranti rangkaian ke satu peranti rangkaian yang lain.
Terdapat beberapa jenis kabel yang biasa digunakan di dalam
Rangkaian Kawasan Setempat (LAN). Terdapat beberapa situasi
di mana rangkaian hanya membenarkan satu jenis kabel sahaja
yang boleh digunakan namun begitu terdapat juga situasi di
mana kombinasi lebih dari satu jenis kabel dibenarkan. Pemilihan
jenis-jenis kabel adalah berkaitrapat dengan topologi, protokol
dan saiz rangkaian. Memahami kriteria-kriteria bagi jenis-jenis
kabel yang berlainan dan perkaitannya dengan aspek lain di
dalam rangkaian adalah perlu untuk perkembangan sistem rangkaian
yang berjaya.
Di antara jenis-jenis kabel yang digunakan di
dalan rangkaian ialah seperti:
1 Kabel Tidak Berlapik Pasangan Berpintal (Unshielded Twisted
Pair – UTP)
2 Kabel Berlapik Pasang Berpintal (Shielded Twisted Pair –
STP)
3 Kabel Sipaksi (Coaxial )
4 Kabel Fiber Optik
5 Penghantaran tanpa Wayar (Wireless Transmission)
KABEL TIDAK BERLAPIK PASANGAN BERPINTAL (UTP)
Kabel Pasangan Berpintal (Twisted Pair) hadir di dalam dua
bentuk iaitu berlapik (shielded) dan tidak berlapik (unshielded).
Kabel tidak berlapik pasangan berpintal (unshielded twisted
pair- UTP) merupakan jenis kabel yang paling popular dan pilihan
utama kepada rangkaian-rangkaian yang dijalankan di sekolah-sekolah.
Kualiti UTP adalah berbeza dari wayar talian telefon hinggalah
ke kabel yang mempunyai kepantasan tinggi. Kabel UTP mempunyai
empat pasang wayar di dalamnya dan setiap pasang berpintal
dengan jumlah pintalan yang berlainan bagi setiap inci untuk
membantu menyingkirkan gangguan dari pasangan wayar yang hampir
atau dari peranti bereletrik yang lain. EIA/TIA(Electronic
Industry Association/Telecommunication Industry Association)
telah mengiktiraf mutu dan standard UTP dan memberikan lima
kategori utama. Kategori bagi kabel tidak berlapik pasangan
berpintal
JENIS KEGUNAAN
Kategori 1 Suara sahaja (talian telefon)
Kategori 2 Data ke 4 Mbps (Local Talk)
Kategori 3 Data ke 10 Mbps (Ethernet)
Kategori 4 Data ke 20 Mbps (16 Mbps Gelang Token)
Kategori 5 Data ke 100 Mbps (Ethernet Pantas)
Perbezaan di antara kategori-kategori di atas ialah dari segi
pintalan yang ketat bagi setiap pasangan wayar. Pintalan yang
ketat berfungsi menyokong kadar penghantaran yang lebih bermutu
walaupun melibatkan kos yang lebih tinggi.
PENYAMBUNG KABEL TIDAK BERLAPIK PASANGAN BERPINTAL ( UNSHIELDED
TWISTED PAIR CONNECTOR)
Penyambung yang paling sesuai bagi pengkabelan tidak berlapik
pasangan berpintal ialah RJ-45 connector. Ia merupakan penyambung
yang dibuat daripada plastik dan kelihatan seperti penyambung
bagi talian telefon. Satu slot dibentuk bagi membenarkan penyambungkan
dari hanya satu hala (sisi) sahaja. RJ bermakna Registered
Jack yang mana idea asal tersebut turut diambil dari penyambungan
talian telefon.
KABEL BERLAPIK PASANGAN BERPINTAL
Satu kekurangan kabel UTP ini ialah ia mudah terpengaruh dengan
gelombang frekuensi radio dan alat elektrik yang lain. Kabel
berlapik pasangan berpintal ini amat sesuai untuk persekitaran
yang mempunyai banyak gelombang frekuensi alat elektrik. Namun
begitu, lapik yang lebih menjadikan kabel ini cepat hambar.
Kabel jenis ini sesuai digunakan pada rangkaian yang menjalankan
topologi Gelang Token.
KABEL KOAKSIAL (COAXIAL)
Kabel koaksial ini mempunyai satu wayar tembaga yang bertindak
sebagai media pengalir elektrik yang terletak di tengah-tengah.
Satu lapisan plastik bertindak sebagai pemisah kepada wayar
tembaga yang berada di tengah-tengah itu dengan satu lapik
pintalan besi. Pintalan besi ini bertindak sebagai penghalang
kepada sebarang gangguan dari cahaya florensen, komputer dan
sebagainya.
Walaupun pengkabelan koaksial agak sukar untuk dimasukkan,
namun ia amat peka pada kehadiran isyarat. Selain daripada
itu, ia boleh menampung pengkabelan yang lebih panjang di
antara rangkaian dengan peranti-peranti lain berbanding kabel
lapik pasangan berpintal.
Kabel koaksial yang nipis juga dikenali sebagai thinnet.10Base2
merujuk kepada spesifikasi untuk keupayaan koaksial nipis
yang membawa isyarat Ethernet. Angka 2 merujuk kepada panjang
bagi segmen maksima iaitu 200 meter. Kabel koaksial yang nipis
ini adalah popular di dalam rangkaian yang terdapat di sekolah-sekolah.
Kabel koaksial yang tebal turut juga dikenali sebagai thicknet.
10Base5 merujuk kepada spesifikasi bagi keupayaan koaksial
tebalmembawa isyarat Ethernet.
Angka 5 mewakili segmen maksima iaitu 500 meter. Kabel koaksial
ini mempunyai penutup (cover) plastik yang berupaya menghalang
kelembapan dari bahan konduktor yang berada di tengah-tengah.
Ini menjadikan ia mampu menampung gelombang yang lebih besar
terutama pada topologi linear bas. Namun begitu, kekurangan
kabel ini ialah ia amat sukar untuk dibengkokkan dan ini turut
menyukarkan proses kemasukan (install).
PENYAMBUNG KABEL KOAKSIAL
Penyambung yang paling sesuai digunakan dengan kabel koaksial
ialah Bayone-Neil-Councelman (BNC). Adapter yang berlainan
disediakan untuk penyambung BNC dan ini termasuklah T-connector,
barrel connector dan pemula dan pemutus litar (terminator).
Penyambung bagi kabel merupakan takat paling lemah bagi sesuatu
rangkaian. Bagi mengelakkan masalah dengan sesuatu rangkaian,
eloklah menggunakan BNC yang mudah dikacipkan dan bukan diskrukan
kepada kabel.
KABEL FIBER OPTIK
Pengkabelan Fiber Optik mengandungi satu teras yang dibuat
daripada kaca yang terletak di tengah-tengah. Ia dikelilingi
oleh beberapa lapisan bahan pelindung. Ia menghantar cahaya
dan bukannya isyarat elektronik dan mengurangkan masalah gangguan
gelombang frekuensi bahan elektrik. Ini menjadikan ia amat
ideal bagi persekitaran yang terdedah kepada gelombang frekuensi
yang tinggi. Ia turut merupakan bahan yang paling bermutu
bagi menyambungkan rangkaian antara bangunan terutama kelebihannya
yang lali tahan pada kerosakan yang disebabkan oleh suhu kelembapan
dan cahaya.
Kabel fiber optik berkuasa menghantar isyarat di dalam lingkungan
kawasan yang lebih besar berbanding kabel koaksial dan pasangan
berpintal. Ia turut mempunyai keupayaan membawa informasi
pada kepantasan yang tinggi. Kapasiti sebegini telah memperluaskan
keupayaan berkomunikasi termasuklah perkhidmatan berinteraktif
dan perundingan bervideo (video conferencing). Kos perkabelan
fiber optik adalah jauh berbanding perkabelan tembaga namun
begitu ia adalah sukar untuk dimasukkan (install) dan diubahsuai.
10BaseF merujuk kepada spesifikasi untuk kabel fiber optik
membawea isyarat Ethernet.
Fakta mengenai kabel fiber optik:
1 Jaket luar pelindung diperbuat daripada Teflon atau PVC.
2 Fiber Kevlar membantu memperkuatkan kabel dan menghalangnya
dari patah.
3 Satu lapisan plastik bertindak sebagai pelapik kepada fiber
di tengah.
4 Wayar yang di tengah-tengah diperbuat daripada fiber plastik
atau kaca.
PENYAMBUNG FIBER OPTIK
Penyambung yang lazim digunakan dengan kabel fiber optik ialah
penyambung ST. Ia berbentuk barel dan hampir sama dengan penyambung
BNC. Satu lagi penyambung yang baru diperkenalkan ialah SC
dan kini menjadi kian popular. Ia bermuka segiempat sama dan
lebih mudah disambungkan di tempat yang terhad.
RINGKASAN KABEL ETHERNET
SPESIFIKASI JENIS KABEL PANJANG MAKSIMA
10BaseT Tidak berlapik pasangan berpintal 100 meter
10Base2 Koaksial nipis 185 meter
10Base5 Koaksial tebal 500 meter
10BaseF Fiber optik 1000 meter
TRANMISI TANPA KABEL
Tidak semua rangkaian dihubung menggunakan kabel kerana ada
juga rangkaian yang menggunakan tranmisi atau penghantaran
tanpa kabel. Penghantaan cara ini menggunakan isyarat radio
berfrekuensi tinggi atau sinar cahaya infra merah untuk berkomunikasi
di antara stesen kerja dan fail pelayan. Setiap stesen kerja
dan fail pelayan yasng mempunyai rangkaian tanpa kabel biasanya
mempunyai satu penghantar isyarat atau antena bagi membolehkan
data dihantar dan diterima. Informasi digilirkan di antara
penghantar-terima seperti ia benar-benar bersambung secara
fizikal. Bagi jarak yang lebih jauh komunikasi tanpa kabel
boleh juga dijalankan melalui penggunaan telefon selular atau
melalui satelit.
Rangkaian sebegini sangat sesuai bagi menghubungkan komputer
laptop atau komputer mudahalih dengan LAN. Rangkaian tanpa
kabel begini amat sesuai dijalankan di bangunan-bangunan yang
lama di mana perkabelan sukar untuk dijalankan.
Namun begitu, transmisi tanpa kabel begini ada juga kekurangannya.
Kos yang diperlukan adalah tinggi, keselamatan tidak begitu
menyakinkan dan mudah tergugat dengan kehadiran gelombang
frekuensi tinggi radio dan cahaya.
BEBERAPA TIPS PERKABELAN
br Terdapat beberapa peraturan yang perlu diingat sebelum
menjalankan perkabelan bagi sesuatu rangkaian. Di antara perkara
tersebut ialah:
1 Selalu menggunakan kabel yang lebih panjang dari yang diperlukan.
Jangan terlalu longgar atau terlalu tegang kabel tersebut.
2 Setiap bahagian kabel hendaklah diuji semasa menyambung
kabel. Walaupun kabel yang baru tidak semestinya ia tidak
bermasalah dan adalah lebih sukar untuk mengesan masalah tersebut
nanti.
3 Jarakkan kira-kira 3 kaki dari lampu florensen dan perkakasan
lain yang bergelombang elektrik.
4 Jika perlu memasang kabel merentangi lantai, tutuplah kabel
tersebut dengan penutup kabel yang selamat.
5 Labelkan kedua-dua permula dan penghujung kabel.
6 Gunakan pengikat kabel yang betul dan bukannya pengikat
kabel plastik (contohnya selotep) bagi mengekalkan kabel pada
kekudukannya yang sebenar.
|