|
11. PROTOKOL
Sesuatu protokol itu adalah satu set peraturan yang mentadbir
talian komunikasi di antara beberapa buah komputer yang terdapat
pada suatu rangkaian. Peraturan-peraturan tersebut termasuklah
garis panduan yang merangkumi beberapa kriteria-kriteria sebuah
rangkaian. Ini termasuklah cara mengakses, topologi fizikal
yang dibenarkan, jenis-jenis perkabelan, dan kelajuan penghantaran
data.
Contoh-contoh protokol yang paling popular digunakan ialah:
1 Ethernet
2 Local Talk
3 Token Ring
4 FDDI
ETHERNET
Protokol Ethernet merupakan protokol yang paling digunakan
dengan meluas. Ethernet menggunakan cara kemasukan (access
method) yang dikenali sebagai CSMA/CD (Carrier Sense Multiple
Access / Collision Detection).
Ia merupakan suatu sistem di mana setiap komputer menunggu
arahan melalui kabel sebelum menghantar mesej melalui rangkaian.
Jika rangkaian didapati tidak sibuk, barulah komputer tersebut
menyampaikan maklumat atau mesejnya. Jika satu nod lain terlebih
dahulu telah menyiarkan mesejnya melalui kabel, komputer tersebut
akan menunggu dan akan mencuba sekali lagi apabila laluan
membenarkan.
Kadangkala terdapat dua komputer yang kebetulan menghantar
mesej pada waktu yang serentak. Apabila kejadian ini berlaku
maka akan terjadilah perlanggaran. Kedua-dua komputer tersebut
akan berundur buat sementara sebelum menghantar mesej semula.
Dengan sistem penghantaran yang sebegini, pelanggaran merupakan
sesuatu yang lumrah. Walau bagaimana pun, kelewatan yang terjadi
akibat perlanggaran dan penghantaran semula data itu tadi,
adalah kecil dan biasanya tidak mempengaruhi kepantasan penghantaran
data di dalam rangkaian.
Protokol Ethernet biasanya digunakan untuk topologi linear
bas, bintang atau pepohon. Data boleh dihantar menggunakan
kabel pasangan berpintal (twisted pair), kabel sipaksi (coaxial)
atau kabel fiber optik pada kepantasan 10 Mbps.
ETHERNET PANTAS (FAST ETHERNET)
Bagi mempertingkatkan penghantaran maklumat yang lebih pantas,
protokol Ethernet telah membangunkan suatu standard yang menyokong
dan membolehkan 100 Mbs. Inilah yang dikenali sebagai Ethernet
pantas. Ethernet pantas memerlukan penggunaan concentrator
atau hab yang berlainan dan lebih mahal kosnya serta rangkaian
kad antaramuka (network interface cards). Sebagai tambahan,
kabel 5 pasangan berpintal (twisted pair) ataupun kabel fiber
optik jika perlu.
LOCAL TALK
Local Talk merupakan satu protokol rangkaian yang dibangunkan
oleh Apple Computer untuk Komputer Macintosh. Cara yang digunakan
oleh Local Talk dipanggil CSMA/CA (Carrier Sense Multiple
Access dengan Collision Avoidance). Ia hampir sama dengan
CSMA/CD kecuali komputer memberi isyarat terlebih dahulu sebelum
data hendak dihantar. Adapter bagi Local Talk dan kabel pasangan
berpintal yang khas boleh digunakan untuk menghubung satu
siri komputer menggunakan port bersiri.Sistem operasi Macintosh
membenarkan sitem pengoperasian sesama pelanggan (peer-to-peer)
tanpa perlu perisian tambahan. Dengan penambahan versi fail
pelayan dari perisian AppleShare, sistem pelanggan-pelayan
(client-server) bleh dilaksanakan.
Protokol Local Talk membenarkan topologi linear bas atau topologi
pepohon dengan menggunakan kabel pasangan berpintal. Satu
kekurangan kecil bagi Local Talk ialah dari segi kepantasan.
Kepantasan bagi penghantaran maklumat bagi Local Talk hanyalah
230 Kbps.
TOKEN RING
Protokol Token Ring telah dibangunkan oleh syarikat IBM pada
pertengahan tahun 1980-an. Cara kemasukan (access method)
menggunakan cara penghantaran maklumat di dalam suatu bulatan.
Di dalam Token Ring, beberapa komputer dihubungkan bagi membolehkan
isyarat berlegar di sepanjang talian rangkaian komputer tersebut.
Satu token elektronik bergerak mengelilingi bulatan dari satu
komputer ke satu komputer dan jika komputer tersebut tidak
mempunyai informasi untuk dihantar, ia akan bergerak melepasi
komputer tersebut ke stesen kerja yang seterusnya. Jika komputer
tersebut hendak menghantar maklumat, ia akan mengisi data
atau maklumat kepada token yang datang kepadanya. Token tersebut
kemudiannya bergerak meneruskan perjalanannya sehingga ia
sampai kepada komputer di mana data atau maklumat tersebut
hendak dihantar. Pada titik ini, data atau maklumat tersebut
akan diperolehi oleh komputer yang menerima.
Protokol Gelang Token mengkehendaki topologi Bintang Cecincin
(star-wired ring) dengan penggunaan kabel pasangan berpintal
(twisted pair) atau kabel fiber optik. Ia berupaya menjalankan
operasi pada kepantasan 4 Mbps atau 16 Mpbs. Oleh kerana penggunaan
Ethernet yang semakin popular, persekitaran sekolah semakin
kurang menggunakan Gelang Token.
FIBER PENGAGIHAN DATA ANTARA MUKA (FDDI)
Fiber Pengagihan Data Antara Muka (Fiber Distributed Data
Interface – FDDI) merupakan satu protokol rangkaian terutamanya
untuk menghubungkan dua atau lebih rangkaian kawasan setempat,
bagi meliputi kawasan-kawasan yang jauh jaraknya.
Cara kemasukkan (access method) yang digunakan oleh FDDI turut
melibatkan penghantaran token. FDDI menggunakan topologi fizikal
cecincin berkembar. Penghantaran biasanya terjadi pada salah
satu daripada token atau cecincin, namun begitu jika berlakunya
kegagalan di dalam rangkaian, sistem tersebut akan menggerakkan
informasi secara automatik menggunakan perjalanan rangkaian
yang kedua seterusnya membentuk satu rangkaian baru yang lengkap.
Kelebihan yang ketara bagi penggunaan FDDI ialah kepantasan
di dalam penghantaran maklumat. Ia beroperasi menggunakan
kabel fiber optik pada 100 Mbps.
KESIMPULAN KEUPAYAAN PROTOKOL
PROTOKOL
KABEL
KEPANTASAN
TOPOLOGI
Ethernet
Pasangan berkembar,
Sipaksi, fiber
10 Mpbs
Linear Bas, Bintang,
Pepohon
Fast Ethernet
Pasangan berkembar,
Fiber
100 Mpbs
Bintang
Local Talk
Pasangan berkembar
23 Mpbs
Linear Bas, Bintang
Token Ring
Pasangan berkembar
4 Mpbs – 16 Mpbs
Bintang Cecincin
FDDI
Fiber
100 Mpbs
Cecincin berkembar
(Dual Ring)
|