|
2. TAKRIF
Sistem Rangkaian (Networking) boleh ditakrifkan sebagai
lebih daripada satu hardware yang terdapat di dalam Teknologi
Maklumat dipisahkan secara fizikal kedudukannya tetapi disambung
atau dirangkaikan dari segi operasinya. Ini bererti, Sistem
Rangkaian Komputer (Computer Networking) merupakan satu sistem
komputer yang mengandungi dua atau lebih komputer yang dihubungkan
di antara satu sama lain melalui sistem pengoperasian yang
selaras walaupun komputer-komputer tersebut berada di tempat-tempat
yang berbeza.
MANFAAT RANGKAIAN
Wujudnya Sistem Rangkaian Komputer telah memberikan beberapa
manfaat yang besar kepada penguna-penggunanya. Melalui rangkaian
ini, pengguna boleh berkongsi menggunakan perisian serta fail.
Perkongsian , penyalinan serta penghantaran perisian serta
fail dapat dilaksnakan secara talian. Ini bermakna pengguna
tidak perlu menghabiskan sumber kewangan yang besar untuk
membelikan perisian untuk setiap unit komputer mereka. Pengguna
hanya perlu membeli sebuah perisian versi rangkaian contohnya
LAN Version sudah memadai untuk semua komputer yang terdapat
di dalam rangkaian tersebut menggunakannya.
Pengguna juga boleh berkongsi data atau perisian pada masa
yang serentak contohnya tiga orang pekerja di dalam suatu
jabatan, bekerja dengan menggunakan hamparan helaian yang
sama. Keupayaan ini khususnya berguna di dalam kes pangkalan
data, yang perlu dicapai dan ditukar oleh beberapa orang di
dalam satu organisasi.
Selain daripada itu ialah kemampuan para pengguna rangkaian
berhubung serta berkomunikasi di antara satu sama lain. Pengguna
juga boleh bertukar-tukar mesej atau pesanan melalui komputer
melalui proses yang dikenali sebagai mel eletronik serta perisian
“chat” di dalam persekitaran rangkaian turut membolehkan sesebuah
pejabat serta tempat kerja berkomunikasi serta berhubung di
antara satu sama lain. Malah, penghantaran memo serta dokumen
di dalam sesebuah syarikat yang kelazimannya merupakan budaya
serta kaedah kerja di dalam sesebuah pejabat atau syarikat
sudah menjadi tidak relevan serta berguna lagi.
Sistem Rangkaian Komputer turut membenarkan beberapa komputer
berkongsi perkakasan yang sama contohnya mesin pencetak, pengimbas,
CD ROM dan kelengkapan faks yang mahal. Contohnya, sebuah
pejabat yang mempunyai dua puluh buah komputer, tidak perlu
mendapatkan dua puluh buah mesin pencetak untuk membolehkan
mereka melakukan tugas cetakan mereka. Sebuah mesin pencetak
yang disambungkan kepada mana-mana komputer peribadi di dalam
rangkaian tersebut akan dapat dikongsi bersama oleh komputer-komputer
peribadi di dalam sitem rangkaian tersebut.
Konsep rangkaian juga tidak terhad kepada satu-satu lokasi
atau perniagaan sahaja. Internet sebagai contoh, satu daripada
beberapa rangkaian yang ada, berupaya menghubungkan pengguna
komputer dari merata pelusuk dunia. Pengguna boleh menjalankan
atur cara komputer dari benua lain dan boleh mencipta “halaman
rerumah” (homepage) supaya berjuta-juta orang yang tidak dikenali
boleh membacanya.
Internet juga membolehkan pelajar-pelajar khasnya serta pengguna-pengguna
amnya mencari pelbagai variasi maklumat yang mereka inginkan
mengenai apa-apa sahaja dari mana-mana sudut dunia dengan
hanya melayari dunia internet. Satu kelebihan lagi ialah segala
maklumat yang mereka inginkan itu akan mereka dapati di dalam
jangkamasa yang singkat sahaja.
|