|
Pemasangan Window2000 adalah berlainan dengan pemasangan
Window9x kerana ianya lebih kepada rangkaian. Langkah pertama
adalah persediaan yang diperlukan untuk memulakan pemasangan
iaitu hardware dan software. Langkah kedua ialah cara Install
Window2000 dan langkah ketiga adalah masalah - masalah yang
sering dihadapi dalam pemasangan Window2000.
Langkah 1
Software
Installer : Anda memerlukan cd w2k pro. Lagi bagus kalau ada
juga cd SP2.
Driver : Sediakan driver untuk modem, sound card, printer,
vga dan sebagainya. Secara amnya, w2k mempunyai driver untuk
sebahagian besar hardware. Kebanyakkan driver untuk NT4 juga
boleh digunakan.
Software : Kebanyakkan software untuk win 9* boleh digunakan
dalam w2k tetapi ada juga beberapa software yang dibuat khusus
untuk win 9* atau w2k. Sila rujuk kepada pengeluar software
terbabit.
Hardware
Secara amnya jika pc anda boleh menjalankan win 9* maka besar
kemungkinan ia juga boleh menjalankan w2k. Sistem pc sekurang-kurangnya
ialah cpu 300mhz, ram 96mb, monitor 15", hdd 2.1gb, cd-rom.
Anda juga boleh kunjungi laman microsoft di bahagian
Hardware Compatibility. Anda juga boleh buat trial &
error seperti saya dalam menginstall w2k.
Anda memerlukan ruang hdd secukupnya sekurang-kurangnya hdd
2.1gb. Untuk membuat dual boot anda memerlukan partition berasingan
antara win 9* dengan w2k. Anda boleh membuat partition menggunakan
FDISK atau partition magic atau apa-apalah software kegemaran
anda.
W2K memerlukan ruang partition paling kurang sebesar 800mb.
Windows saja sudah menggunakan lebih 600mb campur dengan swamp
file, hybernating file dan "ruang rihat" sekurang-kurangnya
100mb. Ini baru w2k kalauWin XP mau lebih 2gb untuk windows
saja.
Backup
Seperti biasa sebelum mengisntall sesuatu sistem operasi samada
GNU/Linux/*BSD/Windows pastikan anda tidak lupa membuat backup
segala data-data penting dalam hdd anda.
Masa
Installlah di masa anda lapang atau semasa anda tak tahu nak
buat apa di hujung minggu misalnya. Ia mengambil masa lebih
kurang 2 jam bergantung kepada sistem pc anda dan masa berikutnya
untuk membuat configuration, tune itu tune ini, install software
dan membuat eksperimen. |