|
Langkah 2
Terdapat 2 cara iaitu boot dari cd-rom atau setup dari win9*/nt4.
Jika pc anda tidak support boot dari cd-rom rasa-rasanya lebih
baik anda beli sebuah pc yang baru.
Boot dari CD-ROM
a. Setup BIOS dan ubah boot sequence supaya boot dari cd-rom
b. Masukkan cd w2k
c. Reboot
d. W2K akan mula install. Anda akan mendapat skrin install
seperti install windows for work groups 3.11.
e. Rilek. Ikutlah arahan pada layar monitor.
Setup dari win 9*/NT4
a. CD w2k adalah auto run. Jika tidak buka file explorer dan
cari file setup.exe. Anda akan ditanya "mau upgrade ka
tidak kawan ?" Pilih tidak sebab kita mahu bikin dual
boot. Jika anda mahu triple boot dengan win9*, nt4 dan w2k,
eloklah jika anda setup dari nt4 kerana jika tidak drive letter
anda akan menjadi tak tentu hala.
b. Pilih install new copy of windows 2000 (clean install).
c. Select special option
Advance option
--> windows installing folder = (nama folder windows) pilihan
tersedia ialah WINNT tapi aku gunakan w2k
Tick (tandakan) "copy all setup file from setup cd to the hdd"
dan "i want to choose the installation partition during
setup".
d.Pertanyaan Upgrade to the windows 2000 NTFS file system ?
NO = NTFS 4
YES = NTFS 5
[Saya syorkan anda pilih NO sebab jika partition NT4 ada masalah
NT4 punya chkdsk tidak dapat berfungsi pada NTFS 5. Anda terpaksa
boot ke w2k untuk membuat chkdsk].
NTFS ini adalah NTFS 5. Jika anda menggunakan NT4 kena install
NT4 SP6 jika tidak NT4 tak boleh nampak partition NTFS w2k
ini. Win 9* tak boleh nampak partition NTFS (kecuali install
ntfs for win98) jadi apa-apa hal ia selamat kalau apa-apa
hal berlaku ke manakala w2k boleh nampak dan baca partition
FAT32.
e.Reboot
GUI Setup (Windows 2000 Professional Setup)
* Installing device = sangat lambat dan lembab
* Setup bahasa, keyboard, network name, administrator password
(jangan lupa password)
* Networking setting
* Performing final task
* Reboot lagi
Network Identification Wizzard
* Sebetulnya ini adalah user logon (ctrl + alt +del)
Anda akan mendapat interface seperti win98. Tool untuk administrator
disorokkan tidak seperti pada NT4.0. Seperti biasa sebelum
apa-apa hal pergi ke control panel adjust keyboard, mouse,
display propertities dulu.
Reboot secukupnya bila disuruh.
Lepas itu install vga driver - reboot. Install service pack
3. Reboot.
Jangan lupa pergi ke control panel --> administrator -->
servis dan disablekan mana-mana servis yang tidak mahu digunakan.
Senang saja install w2k ini. Kalau anda tahu install win 9*,
anda juga boleh install w2k.
* Setelah semua berjalan lancar, adalah baik anda membuat
back-up copy working w2k ini menggunakan Norton Ghost atau
Drive Image.
Setidak-tidaknya jika w2k meragam anda tinggal
back-up saja tak perlu buang masa install semula.
Sesudah
buat ghost backup, barulah tune-up w2k dengan disable segala
servis yang tidak digunakan dan menjalankan berbagai tip lagi.
|