|
4. RANGKAIAN KAWASAN METROPOLITAN (MAN)
Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network-MAN) lazimnya
meliputi suatu kawasan geografi yang agak luas berbanding
dengan rangkaian yang diliputi oleh LAN. Rangkaian MAN biasanya
beroperasi di bandar-bandar, gabungan beberapa buah sekolah
ataupun di sesebuah daerah. Dengan menjalankan suatu rangkaian
perhubungan yang sederhana besarnya di dalam lingkungan susun
atur geografi yang besar, informasi dan maklumat dapat disebarkan
dengan meluas, cepat dan berkesan.
Perpustakaan-perpustakaan awam dan agensi-agensi kerajaan
biasanya gemar menggunakan MAN untuk berhubung dengan warga
setempat dan pihak pengurusan sektor swasta. Satu contoh penggunaan
MAN ialah di Pasco County yang terletak di Florida, Amerika
Syarikat. Rangkaian MAN di sini dikenali sebagai ‘the MIND
Network’ yang mana rangkaian tersebut berfungsi menghubungkan
semua pusat media Pasco kepada komputer kerangka utama berpusat
(centralized mainframe) yang terletak di pejabat daerah dengan
menggunakan talian telefon, kabel koaksial, alat perhubungan
tanpa tali (wireless communications providers).
Di dalam bidang perniagaan contohnya, satu komputer peribadi
menghantar data kepada satu minikomputer atau kerangka utama.
Oleh kerana, komputer-komputer yang lebih besar atau berkuasa
tinggi sememangnya direka sebagai pelayan (server), ia berfungsi
membenarkan mana-mana laluan masuk sesebuah terminal, sesebuah
komputer peribadi itu boleh berkomunikasi dengan sebuah minikomputer
atau kerangka utama.
Ini akan hanya berlaku jika komputer peribadi tersebut boleh
bersaing atau menyerupai sebuah terminal. Oleh yang demikian,
rangkaian ini akan berjaya apabila komputer peribadi itu dilengkapkan
dengan terminal emulation software. Komputer yang lebih besar
itu kemudiannya mengtanggapi komputer peribadi atau stesen
kerja itu sebagai satu pengguna lain di dalam rangkaian perantaraan
komunikasi input-output.
Apabila komputer yang lebih kecil disambungkan ke komputer
ke komputer yang lebih besar, perhubungannya dirujuk sebagai
perhubungan mikro-ke-kerangka utama. Komputer besar di mana
terminal atau komputer peribadi disambungkan dikenali sebagai
komputer hos. Jika sebuah komputer peribadi itu digunakan
sebagai terminal, perisian memindahkan fail (file transfer
software) membenarkan pengguna untuk memindahkan fail (download)
dari hos ataupun menghantar data ke hos (upload). Download
file bererti membuka dan mengambil data dari sebuah komputer
peribadi yang lain dan menghantar data ke komputer yang berkenaan
yang diminta oleh pengguna. Upload file pula bererti pengguna
membuka fail data dan menghantarkannya ke sebuah komputer
yang lain.
|