|
8. PERKAKASAN
Perkakasan rangkaian merangkumi semua komputer, periferal,
kad antaramuka (interface card) dan beberapa peralatan bagi
menjalankan pemprosesan data dan komunikasi di dalam rangkaian.
Di antara komponen-komponen yang diperlukan sebagai perkakasan
rangkaian ialah:
1 Fail pelayan
2 Stesen kerja
3 Kad antara muka
4 Concentrators / Hab
5 Pengulang (repeaters)
6 Jambatan (Bridges)
7 Router
FAIL PELAYAN
Fail pelayan merupakan tunggak utama kebanyakkan rangkaian.
Ia merupakan sebuah komputer yang berkuasa tinggi dengan jumlah
RAM dan ruang storan yang besar termasuklah kad antara muka.
Sistem Pengoperasian Rangkaian bertapak di dalam komputer
bersama-sama perisian aplikasi dan fail data yang boleh dikongsi.
Fail pelayan mengawal komunikasi maklumat di antara nod di
dalam rangkaian. Contohnya, satu permintaan dari satu stesen
kerja yang meminta program pemprosesan maklumat, menerima fail data dari satu
stesen kerja yang lain dan menyimpan mesej e-mel pada masa
yang masa. Tugas-tugas ini memerlukan sebuah komputer yang
menyimpan banyak maklumat dan berkongsi di dalam masa yang
singkat.
Fail pelayan seharusnya mempunyai ciri-ciri yang berikut:
1 mempunyai megahertz atau pemprosesan mikro (Pentium, Power
PC)
2 cakera keras yang cepat dengan storan sekurang-kurangnya
4 Gigabait
3 satu RAID (Redundant Array of Inexpensive Disks) untuk menyimpan
data selepas penggunakan disket
4 satu unit fail sandaran
5 beberapa slot perluasan
6 Kad antara muka yang pantas
7 Sekurang-kurangnya 32 MB RAM
STESEN KERJA
Kesemua komputer yang dirangkaikan dengan fail pelayan dikenali
sebagai stesen kerja. Satu stesen kerja yang tipikal merupakan
sebuah komputer yang dilengkapi dengan kad antara muka rangkaian
(Network Interface Card), perisian rangkaian dan kabel-kabel
yang tertentu. Stesen kerja tidak semestinya mempunyai storan
cakera liut atau storan cakera keras kerana fail akan disimpan
di dalam fail pelayan. Hampir semua komputer berupaya berfungsi
sebagai stesen kerja.
KAD ANTARA MUKA RANGKAIAN (NIC)
Kad antara muka rangkaian (NIC) menyediakan penyambungan fizikal
di antara rangkaian dengan komputer stesen kerja. Kebanyakan
NIC adalah bersifat internal dengan kad yang dimuatkan pada
slot di dalam komputer. Beberapa komputer seperti Mac Classics
menggunakan kotak luaran yang dilekatkan pada port bersiri
atau port SCSI. Komputer laptop biasanya menggunakan adapter
LAN secara luaran yang disambungkan secara luaran ke port
selari atau kad rangkaian yang dimuatkan ke slot PCMCIA. Kad
antara muka rangkaian turut mempengaruhi kepantasan dan kebolehan
sesebuah rangkaian.Adalah lebih baik menggunakan kad antara
muka yang pantas seiring dengan jenis stesen kerja yang dijalankan.
Tiga daripada kad antara muka rangkaian yang paling popular
digunakan ialah kad Ethernet, penyambung LocalTalk dan kad
Gelang Token.
KAD ETHERNET
Kad Ethernet biasanya dijual secara berasingan dengan komputer
di pasaran, walaupun banyak komputer seperti Macintosh kini
menyediakan satu pilihan di mana kad tersebut dimasukkan terus
di dalam papan induk sesebuah komputer. Kad Ethernet turut
menggunakan penyambung melalui kabel koaksial atau kabel pasangan
berpintal (atau kedua-duanya sekali). Jika ia direka untuk
kabel koaksial, penyambungnya ialah BNC. Jika ia direka untuk
kabel pasangan berpintal pula, ia menggunakan oenyambung RJ-45.
Beberapa kad Ethernet turut mengandungi penyambung AUI. Ini
boleh digunakan untuk menyambungkan kabel koaksial, pasangan
berpintal atau fiber optik kepada kad Ethernet. Apabila kaedah
ini digunakan, satu alat penghantar-terima luaran diperlukan pada
stesen kerja ini.
PENYAMBUNG LOCALTALK
Penyambung LocalTalk merupakan salah satu hasil ciptaan Apple
bagi menyelesaikan masalah rangkaian komputer Macintosh.Ia
mengandungi satu kotak adapter yang khas dan kabel yang dipasangkan
kepada port selari sebuah komputer Macintosh. Kekurangan utama
pada LocalTalk ialah ia amat perlahan berbanding dengan Ethernet.
Kebanyakan penyambung Ethernet beroperasi pada kelajuan 10
Mbps berbanding dengan LocalTalk yang hanya beroperasi pada
kelajuan 230 Kbps atau 0.23 Mbps.
PERBANDINGAN DI ANTARA PENYAMBUNG ETHERNET DENGAN LOCALTALK
ETHERNET
LOCALTALK
Penghantaran data pantas (10 Mbps)
Penghantaran data perlahan (0.23 Mbps)
Mahal (dijual berasingan)
Dibina di dalam Macintosh
Memerlukan slot komputer
Tiada slot diperlukan
Digunakan pada sebarang komputer
Hanya digunakan pada Macintosh
KAD GELANG TOKEN
Kad rangkaian Gelang Token merupakan kad yang hampir sama
dengan Ethernet. Satu perbezaan yang dapat dilihat ialah jenis
penyambung yang terletak di bahagian belakang kad tersebut.
Kad Gelang Token biasanya mempunyai sembilan pin DIN jenis
penyambung bagi meyambungkan kad tersebut kepada kabel rangkaian.
CONCENTRATORS / HAB
Concentrator ialah satu peranti yang menghubungkan titik tengah
kabel dari stesen kerja, fail pelayan dan periferal. Di dalam
topologi bintang, kabel pasangan berpintal disambungkan dari
setiap stesen kerja ke titik tengah concentrator. Hab adalah
concentrator slot yang pelbagai, yang mana kad pelbagai siri
boleh disambungkan bagi menambahkan akses tambahan apabila
rangkaian semakin berkembang saiznya. Beberapa concentrator
adalah pasif di mana ia membenarkan isyarat melepasi satu
komputer ke komputer yang lain tanpa ada perubahan. Kebanyakan
concentrator adalah aktif di mana ia mengenali isyarat dan
mengesahkan kehadiran isyarat itu semasa isyarat itu berlegar
dari satu peranti ke peranti yang lain.
Concentrators yang aktif lazimnya bertindak sebagai pengulang
bagi memperpanjangkan sesuatu rangkaian itu. Concentrators
biasanya:
1 Berpasangan dengan 8, 12 atau 24 RJ-45 port
2 Biasanya digunakan di dalam Topologi Bintang atau Bintang
Cecincin
3 Dijual dengan perisian khas bagi pengurusan litar
4 Juga dipanggil hab
5 Biasanya dimasukkan (install) di dalam rak besi yang turut
memuatkan netmodem, jambatan dan router
PENGULANG (REPEATER)
Apabila sesuatu isyarat bergerak di dalam satu rangkaian,
ia menjadi semakin kurang bertenaga. Sebuah pengulang merupakan
satu peranti mengecam isyarat apabila ia melintasinya. Pengulang
melakukan ini melalui percikan elektrik pada isyarat yang
diterima dan menyaiakannya semula. Pengulang boleh jadi sebuah
peranti asing atau disatukan dengan concentrator.Ia digunakan
apabila jumlah panjang kabel rangkaian melampaui had standard
bagi jenis kabel yang digunakan.
Satu conoth penggunaan pengulang baik ialah pada LAN yang
menggunakan Topologi Bintang melalui kabel tidak berlapik
pasangan berpintal. Had panjang yang dibenarkan ialah 100
meter. Konfigurasi yang paling lazim ialah penyambungan setiap
stesen kerja melalui kabel pasang berpintal kepada concentrator
port pelbagai aktif. Concentrator memberi tenaga kepada semua
isyarat yang melaluinya dan membenarkan had jumlah panjang
kabel pada rangkaian melebihi 100 meter.
JAMBATAN (BRIDGES)
Sebuah jambatan atau penghubung berfungsi membenarkan satu
rangkaian yang besar dibahagikan menjadi dua buah rangkaian
yang kecil. Ini dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan pada
rangkaian itu. Jika sistem perkabelan cara lama hendak disambungkan
dengan sistem rangkaian terkini, sebuah jambatan merupakan
jalan penyelesaian.
Satu jambatan bertugas mengawal laluan informasi dari kedua-dua
belah bahagian rangkaian supaya ia dapat menghantar informasi
yang diterima ke lokasi yang diminta.Kebanyak jambatan berupaya
mengawal rangkaian dan secara automatik mengumpul alamat semua
komputer yang terdapat pada kedua-dua belah rangkaian. Jambatan
turut berupaya untuk memeriksa setiap pesanan dan jika perlu
menyiarkannya pada rangkaian yang di sebelah.
Jambatan menguruskan lalu lintas bagi mengekalkan persembahan
optima dari kedua-dua bahagaian rangkaian itu. Walau bagaimana
pun, maklumat yang tidak berkaitan tidak akan disiarkan. Jambatan
turut boleh digunakan untuk menghubungkan kabel yang pelbagai
jenis atau topologi fizikal. Namun begitu, protokol yang sama
hendaklah digunakan.
ROUTER
Sebuah router berfunsi sebagai penterjemah informasi dari
satu rangkaian ke satu rangkaian yang lain. Ia boleh disamakan
dengan jambatan yang bijak. Router memilih jalan yang paling
sesuai untuk menghantar pesanan, berpandukan pada alamat dan
asal. Ia juga boleh mengarahkan lalu lintas bagi mengelakkan
perlanggaran dan turut bijak mengetahui pelusuk jalan dan
jalan pintas.
Walaupun jambatan mengetahui alamat semua komputer di dalam
rangkaian, router mengetahui alamat semua komputer, jambatan
dan router yang lain yang terdapat di dalam rangkaian. Router
juga turut tahu jalan mana yang sibuk dan mengarahkan data
melalui jalan pintas sehingga laluan kembali normal.
Jika terdapat rangkaian LAN di sekolah yang hendak disambungkan
dengan Internet, router merupakan jalan penyelesaiannya. Di
dalam hal ini, router menjadi penterjemah di antara maklumat
di dalam LAN dan Internet. Ia juga turut menyediakan jalan
pintas yang paling baik untuk menghantar data ke Internet.
Router berupaya untuk:
1 Mengarahkan isyarat trafik dengan berkesan
2 Mengarahkan mesej di antara dua protokol
3 Mengarahkan mesej di antara rangkaian bas, bintang dan bintang
cecincin
4 Mengarahkan mesej merentasi kabel fiber optik, koaksial
dan kabel pasangan berpintal
|