|
7. TOPOLOGI BINTANG (STAR) ATAU LABAH-LABAH (SPIDER)
Selain daripada topologi bas, turut merupakan topologi yang
agak popular ialah topologi bintang. Topologi ini adalah juga
topologi yang seringkalinya digunakan di dalam persekitaran
rangkaian yang berasaskan kepada penggunaan komputer pelayan-pelanggan
(client-server). Persekitaran rangkaian berasaskan kepada
topologi ini adalah bentuk topologi yang menjadi pilihan di
kalangan pengguna rangkaian yang serius. Segmen industri khususnya
syarikat multinasional, pusat pengajian tinggi awam, sektor
pembuatan dan sebagainya selalunya selesa serta menggemari
topologi ini.
Di antara ciri-ciri penting topologi ini serta sekaligus perbezaannya
dengan topologi bas ialah penggunaan perkakasan yang dikenali
sebagai hab. Hab ini merupakan perkakasan pusat yang berfungsi
sebagai penyambung kepada komputer induk iaitu komputer pelayan.
Manakala komputer peribadi iaitu nod-nod yang terdapat pada
rangkaian tersebut akan bersambung pula kepada hab. Kaedah
serta fungsi topologi ini beroperasi juga berbeza sedikit
dengan kaedah operasi topologi bas. Ini adalah apabila sesebuah
nod atau komputer peribadi pada rangkaian tersebut menghantar
mesej serta isyarat, ia akan dihantar dahulu kepada hab.
Hab pula akan terlebih dahulu memprosesnya dan kemudian menghantar
secara terus kepada komputer peribadi serta nod destinasi.Topologi
ini juga agak stabil serta mudah diurus. Oleh kerana ia berteraskan
kepada penggunaan hab, kerosakan pada mana-mana nod serta
komputer peribadi tidak akan memberikan kesan kepada keseluruhan
rangkaian tersebut. Namun, jika ada masalah pada hab anda,
alamatnya bermasalahlah rangkaian tersebut.
KAEDAH TOPOLOGI BINTANG ATAU LABAH-LABAH BEKERJA
Rangkaian ini terdiri daripada satu komputer hos yang disambungkan
kepada satu atau lebih komputer yang kecil. Di dalam sistem
seperti ini, semua komunikasi mestilah melalui komputer hos
sebelum bergerak ke satelit jauh yang sesuai. Apabila nod
di dalam tatarajah rangkaian disambungkan kepada talian secara
berasingan, kesemua nod-nod tersebut akan menghala ke hab
yang sama atau ke stesen pusat. Stesen pusat lazimnya mengandungi
suis untuk menyambungkan sebarang talian dengan sebarang talian
yang lain. Nod akan menghantar mesej alamat nod di mana mesej
itu hendak ditujukan berserta kod pemeriksaan dan ralat ke
pusat stesen.
Walau bagaimanapun, lebih daripada satu nod dibenarkan untuk
mengeluarkan mesej secara serentak. Stesen pensuisan kemudiannya
akan meninjau setiap nod yang disambungkan kepadanya dengan
tetap dan teratur. Dengan mengambil giliran untuk membuka
dan menutup suis, stesen turut berfungsi bagi mengelakkan
sebarang mesej daripada berlanggar. Bagi mengelakkan sebarang
nod daripada memonopolikan rangkaian tersebut, stesen pensuisan
akan hanya membenarkan sebahagian kecil daripada mesej melalui
suis pada setiap kali. Mesej lain perlulah menunggu giliran
sehingga stesen bersedia untuk menerima dan melayannya.
KEBAIKAN DAN KEKURANGAN MENGGUNAKAN TOPOLOGI BINTANG ATAU
LABAH-LABAH KEBAIKAN TOPOLOGI BINTANG
1. Mudah untuk ditempatkan (install) dan dipasang kabel (wiring)
2. Rangkaian tidak akan terganggu apabila salah satu daripada
peranti atau periferal
disambung atau dialih. 3. Mudah untuk mengesan kesilapan dan
kecacatan yang berlaku dan memindahkan perkakasan yang rosak.
KEKURANGAN TOPOLOGI BINTANG
1. Memerlukan kuantiti kabel yang lebih panjang berbanding
dengan topologi bas.
2. Jika hab atau concentrator gagal berfungsi, nod juga turut
gagal untuk menjalankan tugasnya.
3. Kos yang diperlukan adalah lebih tinggi berbanding dengan
topologi bas kerana melibatkan kos concentrators yang agak
mahal.
4. Apabila komputer hos rosak, semua komputer akan terjejas
dan menyebabkan kehilangan besar kuasa pengkomputeran.
TOPOLOGI GELANG TOKEN (TOKEN RING) ATAU BINTANG CECINCIN (STAR-WIRED
RING)
Jenis topologi ini tidaklah sebegitu popular sebagaimana topologi
bas dan topologi bintang. Rangka reka bentuk jenis topologi
ini seolah menyamai sebuah bebulat. Ini adalah kerana setiap
nod serta komputer peribadi akan disambungkan pula kepada
komputer peribadi serta nod seterusnya iaitu nod yang bersebelahan
dengannya. Di dalam topologi ini, nod serta komputer peribadi
yang terdapat pada rangkaian tersebut amat bergantung di antara
satu sama lain. Jika sesebuah komputer itu rosak ataupun tidak
bermasalah, seluruh rangkaian tersebut tidak akan dapat berfungsi.
Walaupun topologi ini seakan-akan ada persamaan dengan topologi
bas, namun ia juga mempunyai perbezaannya yang tersendiri.
Di antara perbezaanya ialah kaedah mesej serta isyarat dihantar.
Jika topologi berasaskan bas menghantar mesej secara dua hala,
topologi ini pula menghantar secara sehala. Ini bermakna ia
akan melalui setiap nod serta komputer peribadi yang terdapat
di dalam rangkaian tersebut sehingga sampai kepada komputer
destinasi. Kelebihan pada topologi ini adalah aspek kos topologi
ini yang selalunya lebih murah jika dibandingkan dengan kos
untuk membangunkan rangkaian menggunakan topologi-topologi
yang lain. Namun ia tidaklah sebegitu digemari kerana adalah
sukar untuk menambah upaya sesebuah rangkaian yang menggunakan
topologi seumpama ini.
BAGAIMANA TOPOLOGI GELANG TOKEN ATAU BINTANG CECINCIN BEKERJA
Rangkaian gelang ini terdiri daripada beberapa sistem komputer
yang berpaut secara bersiri di antara satu sama lain, tanpa
komputer hos pusat. Komunikasi hanya boleh dilakukan secara
terus antara sistem-sistem satelit. Semua nod pada rangkaian
gelang token disambungkan kepada litar yang sama, yang membentuk
gegelung selanjar. Token, yang mengandungi mesej pendek (walaupun
semuanya kosong), beredar secara berterusan di sekeliling
gegelung dan dibaca melalui kad penyesuai gelang token pada
setiap nod ketika token lalu.
Nod yang hendak menghantar mesej menyambar token semasa ia
lalu, dan mengubah kod perduaan di dalam token untuk mengumumkan
bahawa ia sedang digunakan. Ia turut menyertakan mesej nod
bersama-sama dengan alamat nod yang ditujukan dan kod pemeriksaan
ralat. Hanya satu mesej sahaja pada setiap kali perjalanan
yang boleh diedarkan pada rangkaian. Disebabkan rintangan
elektrik yang merupakan sebahagian daripada sebarang litar
akan secara beransur-ansur menghilangkan token dan mesejnya
yang disertakan, setiap nod mengandungi pengulang yang menjana
semula keseluruhan mesej untuk mengekalkan kekuatan dan integriti
data.
Setiap nod akan memeriksa token semasa ia berlalu untuk melihat
sama ada token mengandungi alamat nod. Mesej yang dimaksudkan
untuk nod membuat salinan mesej dan kemudian meneruskan penghantarannya
di sepanjang gelang. Mesej akhirnya kembali ke nod asal, yang
kemudian membuang mesej tersebut dan mengembalikan isyarat,
yang mana kesemuanya kosong sama seperti keadaan asalnya.
KEBAIKAN DAN KEKURANGAN MENGGUNAKAN TOPOLOGI GELANG TOKEN
ATAU BINTANG CECINCIN KEBAIKAN TOPOLOGI GELANG TOKEN
1. Jika komunikasi terputus di antara dua sistem bersebelahan,
satu lintasan alternatif di antara dua tempat ini boleh digunakan.
2. Mudah ditempatkan (install) dan dikabelkan (wiring).
3. Mudah mengesan kecacatan dan kesilapan peralatan dan mudah
untuk mengasingkan perkakasan yang berkenaan.
KEKURANGAN TOPOLOGI GELANG TOKEN
1. Memerlukan kabel yang lebih panjang sama seperti topologi
bintang. 2. Jika hab atau concentrator gagal berfungsi, nod
berkenaan juga turut gagal berfungsi.
Walaupun Topologi Gelang Token kelihatan serupa pada zahirnya
dengan topologi bintang, namun begitu sebenarnya Topologi
Gelang Token telah dilengkapi dengan MAU ( multistation access
unit) yang mengandungi kabel dan pendawaian yang membenarkan
topologi ini menghantar informasi atau maklumat dari satu
peranti ke satu peranti yang lain di dalam bentuk bulatan
(in a circle).
TOPOLOGI PEPOHON (TREE)
Topologi ini merupakan kombinasi karektor-karektor dari topologi-topologi
bas dan bintang. Ia mengandungi beberapa kumpulan stesen kerja
berbentuk bintang yang dirangkaikan dengan kabel yang menjadi
tulang belakang (backbone) kepada suatu topologi berbentuk
topologi bas. Topologi Pepohon ini membenarkan suatu perluasan
atau pengembangan bentuk dari suatu rangkaian yang telah wujud
dan ini turut membolehkan sekolah-sekolah menyelaraskan satu
rangkaian yang memenuhi kehendak mereka.
KEBAIKAN DAN KEKURANGAN MENGGUNAKAN TOPOLOGI PEPOHON
KEBAIKAN TOPOLOGI PEPOHON
1. Mempunyai titik-ke-titik perkabelan untik setiap invidu
segmen. 2. Disokong oleh beberapa perkakasan dan perisian
yang pelbagai iaitu saling melengkapi di antara satu sama
lain.
KEKURANGAN MENGGUNAKAN TOPOLOGI PEPOHON
1. Secara keseluruhan, panjang setiap segmen adalah terhad
mengikut jenis kabel yang digunakan.
2. Jika tulang belakang atau kabel utama mengalami kerosakan,
keseluruhan segmen tersebut turut lumpuh dan gagal untuk beroperasi.
3. Lebih sukar dari segi pembinaan dan perkabelan berbanding
dengan topologi-topologi yang lain.
ATURAN 5-4-3
Satu perkara yang perlu dipertimbangkan semasa membina rangkaian
topologi pepohon melalui penggunaan protokol Ethernet ialah
Aturan 5-4-3. Satu aspek di dalam protokol Ethernet memerlukan
satu isyarat dihantar keluar melalui kabel rangkaian dan melalui
setiap bahagian di dalam rangkaian di dalam jangkamasa yang
spesifik. Setiap concentrator atau pengulang (repeater) yang
dilalui oleh isyarat telah menambahkan bilangan masa lagi.
Ini membawa kepada penetapan di mana, apabila terdapat dua
nod di dalam rangkaian, hanya sebanyak 5 segmen sahaja yang
dibenarkan pada tahap maksima.
Kemudian, 5 segmen tersebut disambungkan melalui 4 pengulang
(repeaters) atau concentrators. Sebagai tambahan, hanya 3
daripada segmen tersebut yang boleh diperkembangkan hanya
jika ia dibuat daripada kabel koaksial. Satu perkembangan
segmen bermaksud satu segmen yang mengandungi satu atau lebih
nod yang disambungkan kepadanya. Walau bagaimanapun, peraturan
ini tidak boleh diikuti oleh protokol rangkaian yang lain atau
protokol Ethernet bila mana kesemua kabel yang digunakan adalah
kabel fiber optik.
TOPOLOGI HIERARKI
Rangkaian hierarki ini mengagihkan sumber ke seluruh organisasi
mengikut keperluan sesuatu peringkat pengurusan. Peringkat
yang terendah ialah peringkat pengguna yang kuasa pengkomputeran
mereka dibekalkan hanya untuk kerja-kerja rutin sahaja. Peringkat
ini dipautkan kepada peringkat yang lebih tinggi daripadanya
dan kepada sistem maklumat yang berkaitan. Rangkaian hierarki
ini menggunakan komputer kecil yang dimasukkan ke dalam komputer
pusat yang lebih besar. Walaupun setiap kaki pada hierarki
ini boleh dikendalikan sendiri, kesemuanya dikawal oleh sistem
utama.
TIMBANG TARA YANG PERLU SEMASA MEMILIH TOPOLOGI
Terdapat beberapa pertimbangan yang perlu diambil kira sewaktu
hendak memilih sesuatu topologi. Di antara kriteria-kriteria
tersebut ialah:
1. Kewangan
Topologi linear bas mungkin lebih murah jika dibandingkan
dengan topologi-topologi yang lain tambahan pula topologi
bas tidak memerlukan concentrator.
2. Kabel
Rangkaian bertatarajah topologi bas memerlukan kabel yang
kurang panjang berbanding topologi yang lain.
3. Manfaat Jangka panjang
Apabila menggunakan topologi bintang, rangkaian dapat diperkembangkan
dengan menambahkan satu lagi concentrator.
4. Jenis kabel
Kabel yang paling popular digunakan di sekolah ialah kabel
pasangan berpintal tidak berlapik (unshielded twisted pair
– UTP)
KESIMPULAN CARTA KABEL TOPOLOGI FIZIKAL KABEL YANG SESUAI
PROTOKOL SESUAI
Linear Bas Kabel sipaksi (Coaxial) Pasangan berpintal(shielded
pair)
Fiber optik Ethernet Local Talk
Bintang Pasangan berpintal Fiber Ethernet Local Talk
Bintang Cecincin (Star-wired ring) Pasangan berpintal Gelang
Token
Pepohon (Tree) Kabel sipaksi Ethernet
|