|
|
Surat berita Kavya dimuatkan di laman web mulai Julai 2002 |
|
Tarikh tutup penyertaan pada 31 Disember 2003. Senarai panel hakim yang amat berwibawa sudah ada. Sehingga 30 Jun 2003, satu penyertaan sudah pun diterima. Dijangkakan lebih penyertaan akan diterima selepas ini. Mengapa tunggu sehingga saat-saat akhir? Tarikh tutup TIDAK akan dilanjutkan. Dapatkan syarat lengkap sayembara di laman www.sayembara.cjb.net atau klik pada sepanduk di atas.
|
|
Kunjungan ke Pure Life Society Seramai 14 wakil Kavyan telah mengunjungi Pure Life Society pada 28 Jun 2003. Selain menderma buku, wakil Kavyan juga mengadakan aktiviti yang sangat menarik bersama penghuni rumah kebajikan berkenaan. Ikuti laporan serta foto dalam Kavya, Ogos 2003. |
|
Sebagai pembaca Kavya, saudara boleh memiliki alamat e-mel eksklusif berbentuk (yourname)@kavya.cjb.net dengan percuma. Jika berminat, sila kirim e-mel kepada [email protected] dan nyatakan: (yourname) yang saudara mahu gunakan serta alamat e-mel yang lazim/selalu saudara gunakan. |
|
Apa yang bermula sebagai satu idea kecil kini sudah berkembang menjadi acara mega! Lebih 100 orang sudah mendaftar sebagai peserta. Terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama dan sokongan padu. Dan terima kasih juga kepada semua yang membuat andaian awal bahawa projek ini tidak mungkin mendapat sokongan ramai. Kavyan dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor menganjurkan acara "Baca Cerpen Kavyan" iaitu acara membaca naskhah cerpen berterusan 96 jam sebagai usaha mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records. Penyertaan secara sukarela terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Acara akan bermula pada 29 Ogos 2003 di Galeri Shah Alam. Dapatkan maklumat terkini di laman www.bacacerpen.cjb.net atau klik sahaja pada logo di atas. |
|
Terima Kasih Daun Keladi Risalah Online ArahKiri menyiarkan promosi mengenai acara "Baca Cerpen Kavyan" dalam keluaran 1 & 15 Jun 2003. Kalau Boleh Nak Lagi |
|
Love Matters Self Confidence Mrinalini Nair Baskaran Life may be dark, difficulties may come, opportunities may slip by unutilized, our family may forsake us, good fortune may seemingly desert us, all the forces of man and nature may be arrayed against us, but never loose our confidence, and never within ourselves say “I am useless” or “I cannot” or “God has forsaken me”. Mrinalini strongly believes that such words must be eliminated from our life. [Find out more about self confidence] |
|
Kavyan Semakin Dikenali Tanyalah pada mana-mana badan yang berkaitan dengan sastera dan penulisan. Rata-rata mengenali Kavyan sebagai persatuan bagi Sasterawan Kaum India Malaysia. Beberapa tokoh yang ditemui oleh Uthaya Sankar SB menyatakan rasa kagum dengan ketegasan Kavyan dalam beberapa isu serta usaha memartabatkan kelompok penulis kaum India; khususnya yang menulis karya Bahasa Malaysia. Untuk terus mencipta sejarah, Kavyan pasti memerlukan penyertaan lebih ramai penulis kaum India. Anda bagaimana? Layari www.kavyan.cjb.net |
|
Komen Diperlukan. Surat berita Kavya telah terbit dalam versi online (dalam talian) sejak Julai 2002. Saudara mungkin telah membaca Kavya sejak September 1999 atau sejak Julai 2002 atau saudara mungkin juga pembaca baru. Tidak mengapa. Apakah pandangan, komen serta kritikan saudara terhadap Kavya? Sila kirim komen ikhlas yang ringkas-padat ke alamat e-mel [email protected] sebelum 26 Julai 2003 supaya dapat dimuatkan dalam Kavya Ogos 2003. Jangan lupa menyertakan nama dan alamat e-mel saudara. |
|
Mengapa Sasterawan Kaum India Kurang Aktif? Uthaya Sankar SB sedang membuat sedikit kaji selidik mengenai punca dan alasan mengapa sasterawan kaum India di Malaysia kurang aktif menghasilkan karya sastera (sajak, cerpen, novel, rencana dll) dalam Bahasa Malaysia. Kaji selidik ini bermula dengan hipotesis bahawa memang sasterawan kaum India kurang aktif menulis karya sastera Bahasa Malaysia. Penelitian Uthaya terhadap penglibatan sasterawan kaum India dalam sastera Bahasa Malaysia sejak sepuluh tahun lalu menjadi dasar bagi hipotesis ini. Maklum balas yang diberikan oleh para penulis kaum India melalui kaji selidik ini dijangka akan membantu Uthaya dalam menulis siri rencana mengenai sasterawan kaum India untuk dikirim ke media massa. Maklumat ini juga penting untuk merancang aktiviti Kavyan dalam usaha menggalakkan lebih ramai penulis kaum India aktif menulis. Jadi, kerjasama saudara dalam kaji selidik ini amatlah diharapkan dan dihargai. Maklumat yang saudara berikan secara ikhlas amat penting untuk menjayakan kaji selidik ini. Jika saudara seorang penulis kaum India yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia, dan ingin terlibat dalam kaji selidik ini, sila hubungi Uthaya sebelum 31 Julai 2003. |
|
Sila ambil perhatian bahawa hanya bahan yang diterima pada atau sebelum 25 Jun 2003 dimuatkan dalam Kavya keluaran Julai 2003. Mana-mana bahan yang diterima selepas tarikh 25 Jun 2003 hanya dapat dipertimbangkan untuk dimuatkan dalam Kavya keluaran Ogos 2003. Sila baca SYARAT PENGIRIMAN BAHAN di www.syarat.cjb.net untuk maklumat lanjut. |
|
Writers STILL In Need ... Writers Indeed Penulis masih diperlukan bagi projek penerbitan antologi cerpen dwibahasa berdasarkan konsep The Golden Rule. Bengkel penerangan telah diadakan bagi 7 penulis yang berminat pada petang Sabtu, 14 Jun 2003 di Puchong, Selangor. Lebih ramai penulis diperlukan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi [email protected] atau 013-3913278. Pertemuan seterusnya pada 2 Ogos 2003 (Sabtu), 10:00 pagi di The Pure Life Society, Jalan Puchong. Writers still needed for a project in publishing an anthology of bilingual short stories based on the concept of The Golden Rule. A workshop was conducted on Saturday, 14 June 2003 afternoon in Puchong, Selangor for 7 interested writers. More writers needed. For details, please contact [email protected] or 013-3913278. Next meeting on 2 August 2003 (Saturday), 10:00 am at The Pure Life Society, Jalan Puchong. |
|
Inginkan tulisan saudara dimuatkan dalam surat berita Kavya? Sila kirim melalui e-mel. Tetapi sebelum itu, sila baca maklumat lanjut, syarat dan panduan di laman www.syarat.cjb.net |
|
Mesyuarat AJK Kavyan akan diadakan pada 12 Julai 2003 di Galeri Shah Alam. Para AJK Kavyan diminta menganggap kenyataan ini sebagai surat jemputan rasmi. Agenda adalah berkaitan aktiviti semasa Kavyan. |
|
Girl,
Interrupted
Interrupted. "She will be back" (ala Terminator 3) in August 2003! |
|
Untuk menjadi ahli e-Kavyan, saudara hanya perlu mengirim e-mel kosong ke alamat [email protected] dan tunggu e-mel yang meminta pengesahan untuk menjadi ahli. Balas e-mel berkenaan dan saudara sudah menjadi ahli e-Kavyan. Saudara juga boleh mendaftar sebagai ahli di laman web. |
|
Pisang Emas Dibawa Berlayar Masak Sebiji Di Atas Peti Terima kasih kepada saudara kerana telah sudi menyebar luaskan maklumat mengenai Sayembara Menulis Cerpen Kavyan-Ashwin Trading dan Baca Cerpen Kavyan kepada rakan-rakan dan kenalan. Hutang Emas Boleh Dibayar Hutang Budi Dibawa Mati |
|
Kolem Terpanjang Di Malaysia Ahli Persatuan Kebudayaan India Kolej Prime telah berjaya menghasilkan kolem terpanjang berukuran 102.5 meter untuk melayakkan nama persatuan itu dicatat dalam The Malaysia Book of Records. Tahniah kepada semua yang terlibat! Sila KLIK DI SINI untuk membaca laporan serta melihat foto berkaitan. |
|
Warkah dari Chennai Daripada Retna Devi Balan
Sejak bermulanya musim panas, masyarakat Tamil Nadu terutamanya di Chennai menantikan kedatangan hujan. Bukan sekadar untuk menyejukkan kemarahan sang mentari tetapi juga untuk menambah kandungan air di dalam tanah. Retna Devi Balan mengirim warkah dari Chennai untuk menceritakan apa yang berlaku. [Baca warkah sepenuhnya] |
|
opinion Bercinta bukan lagi sesuatu yang pelik di kalangan pelajar dan remaja. Ramai yang menyalahkan pengaruh filem dalam hal ini. Apa pula pandangan golongan remaja sendiri mengenai soal percintaan di kalangan pelajar? [Baca pandangan mereka] |
|
Jangan ketinggalan mengetahui aktiviti dan perkembangan terbaru berkaitan Kavyan serta pelbagai maklumat untuk manfaat bersama. Daftarlah di www.ekavyan.cjb.net |
|
Escape — Shalini Nayar My Angel — Nyanaambigai Sitting and Thinking — Shalini Nayar Only Once — Shalini Nayar |
|
Terima Kasih Daun Keladi Terima kasih kepada semua pihak yang tidak lupa menjemput wakil dari Kavyan ke segala majlis dan acara yang dianjurkan. Tindakan pihak saudara membuktikan bahawa Kavyan diiktiraf akan kewibawaannya mewakili sasterawan kaum India di Malaysia. Kalau Boleh Hendak Lagi |
|
Kajian Kreatif Dr. Krishanan Maniam dari Jabatan Pengajian India, Universiti Malaya telah membentangkan kertas kerja bertajuk “Penulisan Kreatif Bahasa Malaysia dan Penulis Kaum India Malaysia” pada Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu Kedua anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Peking dan Dewan Bahasa dan Pustaka di Beijing, China pada 8-15 Oktober 2002. Mulai keluaran Januari 2003, Kavya menyiarkan teks beliau dalam beberapa bahagian. [Klik di sini untuk membacanya] |
|
Sasterawan Kaum India: Melukut atau Menyengat? Hampir sepuluh tahun lalu, jumlah penulis kaum India yang aktif menulis karya sastera Bahasa Malaysia boleh dibilang dengan jari sebelah tangan. Bagaimana pula keadaannya kini? Tunggu maklumat lanjut dalam Kavya, Ogos 2003. |
|
Nandri! Ashwin Trading, 264A-266A Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur kerana menjadi penaja Sayembara Menulis Cerpen Kavyan-Ashwin Trading. Komitmen pihak tuan menyemarakkan semangat Kavyan. |
|
Kekasih Abadi — Raja Rajeswari Seetha Raman |
|
Terkenang-kenang ... Thinesh
masih terkenang-kenang bagaimana semasa
kecil, dia sangat berminat untuk membuat eksperimen
sains. Semua ini adalah disebabkan rasa ingin tahu sebagai seorang
kanak-kanak. |
|
Vignes’View Not so long ago, fresh graduates in our country obtained good jobs even before they stepped out their academic institution. But the situation is totally contrasting now, says Vigneswaran Kannan. Now, we could hardly see freshies securing a good job, which is relevant to the field that the person has studied for. [Read his view] |
|
Lollu Kelvi! Jika saudara suka bertanya "lollu kelvi", saudara boleh mengemukakannya dalam majalah Nila. Dan tentulah saudara akan mendapat "lollu bathil" sebagai balasan. Tidak setakat itu, jika soalan saudara terpilih, saudara berpeluang menang hadiah. [Lihat contoh di www.lollu.cjb.net atau KLIK DI SINI] |
|
Kuasa di tangan yang terhina Dikisahkan dalam Mahabharata bahawa pada suatu ketika, Arjuna telah pergi ke Himalaya untuk mendapatkan senjata sakti. Maka tinggallah Sahadeva, Yudhisthira, Bhima dan Nakula bersama-sama Draupadi di hutan Kamyaka. Apakah pengajaran daripada kisah ini? Baca kisah sepenuhnya |
|
Fesyen Remaja — Priya @ Kogilavani Syair Melaka — Logeswaran |
|
Perjuangan Berterusan - 3 Nama saya Chellam. Sebelum ini, anda telah membaca kisah saya ditulis oleh orang lain. Kali ini, saya sendiri akan menceritakan kisah saya kepada anda. Saya harap anda akan lebih memahami penderitaan dan perjuangan saya dalam hidup ini. Baca kisah benar Chellam dan anak-anaknya di >>> sini |
|
Apakah pandangan, komen, saranan dan kritikan saudara terhadap surat berita Kavya? Sudikanlah mengisi Buku Tetamu >>> |
|
Surat
berita Kavya diusahakan oleh Kavyan
mulai September 1999 untuk diedarkan
kepada para ahli secara percuma. Mulai Julai 2002, surat berita ini mula
dimuatkan di laman web. Kavya
bertujuan menyebar luaskan maklumat mengenai karyawan, sasterawan dan seniman di kalangan
kaum India di Malaysia; tanpa bernaung di bawah mana-mana parti politik atau
pertubuhan lain. Orang ramai digalakkan mengirim bahan yang sesuai untuk
dimuatkan dalam surat berita ini.
di
www.syarat.cjb.net
©
Karya: Para Penulis. Editor: Uthaya Sankar SB Tel: 013-3913278
E-mel: [email protected]
|
|