Kolem terpanjang di Malaysia - PRIME Indian Cultural Society - 102.5m - tercatat dalam The Malaysia Book of Records

Kolem terpanjang di Malaysia - PRIME Indian Cultural Society - 102.5m - tercatat dalam The Malaysia Book of Records

Oleh: Gayathry

  

Budaya lepak, tidak bertanggungjawab serta keganasan sering dikaitkan dengan pelajar sekolah menengah mahupun pelajar kolej.

 

“Tanggapan ini salah!” Begitulah seru sekumpulan pelajar Kolej Prime di USJ Subang Jaya yang berjaya menghasilkan kolem yang terpanjang di Malaysia dengan mencatatkan nama baik mereka dalam The Malaysia Book of Records!

 

Seramai tiga puluh pelajar telah bergabung tenaga dan usaha mereka bagi menghasilkan kolem berbentuk  zig zag yang menggunakan motif atau corak burung merak. 800kg isi kelapa parut yang dikeringkan serta dicampurkan dengan warna ungu, kuning , hitam, putih, biru serta hijau menyerikan kolem yang mereka hasilkan.

  

[Apa itu kolem? Baca di SINI]

 

Kegembiraan yang begitu terserlah pada muka mereka bertambah apabila pada 15 Mei 2003, Datuk Danny Ooi dari The Malaysia Book of Records mengisytiharkan kolem ini yang panjangnya 102.5 meter dan lebarnya 1.2 meter berjaya memecah rekod lama dalam The Malaysia Book of Records!

 

Rekod lama adalah kolem sepanjang 76.2 meter oleh 150 pelajar sebuah kolej. Rekod baru pula 102.5 meter oleh 30 pelajar Kolej Prime! Memang suatu rekod yang membanggakan!

 

Mereka meluahkan isi hati mereka seperti berikut apabila ditemuramah oleh wartawan majalah NILA, Cik Gayathry.

 

"Uh.. mestilah happy kan! Kami betul-betul berusaha dan bekerjasama bagi menghasilkan kolam ini. Yang terlalu memenatkan adalah mengumpul dan mengeringkan kelapa parut yang diguna semula ni lah. Kami telah mengumpulnya selama dua bulan.” - Kallai Selvi

 

"Sayalah designer kolam ini. Apa macam? Baik kan! Ini merupakan hasil kerja saya dan saya berbangga dengannya.” - Sathyaramanaidu

 

“Aduh!! Bukan apa lagi. Pinggang saya masih sakit … sebab kami terpaksa membengkok dan melutut apabila membuat kolam ini selama hampir 14 jam! Tapi berbaloi juga. Hati berasa begitu terharu apabila mengenang nama Persatuan Kebudayaan India Kolej Prime tercatat dalam The Malaysia Book of Records berkat usaha kami.” - Bavannie

 

“Jantung saya masih berdenyut degan pantas. Bukan senang menjadi pengacara tapi yang paling susah adalah menghasilkan kolam ini. Bukan sahaja usaha kami tetapi kepercayaan serta dorongan yang diberikan oleh penasihat persatuan serta ibu bapa kami juga memainkan peranan penting dalam kejayaan kami. Syabas untuk semua!” – Suramanjari Menon

 

“Persatuan Kebudayaan India masih baru ditubuhkan di Kolej Prime. Tetapi kami berjaya menjulang nama kolej sehingga masuk dalam rekod negara. Ini bukti semangat ‘Malaysia Boleh’. Saya sebagai presiden persatuan sangat berasa bangga dan gembira atas kejayaan kami.” – Shoban Loganathan

 

“Sekang ini, pelajar-pelar sering dikaitkan dengan gejala yang tidak bermoral. Akan tetapi mereka ini membuktikan bukan kesemua pelajar begitu. Pelajar juga mampu menghasilkan suatu yang menakjubkan sekiranya tenaga dan usaha mereka digabungkan. Sebagai penasihat serta ibu bapa, kita perlu memberi dorongan dan percaya yang anak-anak boleh lakukan perkara bermanfaat.” – Encik Vijendran T. Arulrajah (pengetua kolej)

  

Nayanam (Tamil), 11 Jun 2003

NILA, 15 Jun 2003

Kavya, Julai 2003

Hosted by www.Geocities.ws

1