Kavya, Julai 2003

          

Kekasih Abadi

Raja Rajeswari Seetha Raman

    

Kekasihku

Sebelum aku kenali-Mu
Aku beradu dalam katil khilaf

Aku berbicara dalam kamar kalut
Aku bermain dalam kebun keliru
Aku bergirang dalam ketawa pura

 

Kekasihku

Sesudah aku kenali-Mu

Jasad rasa pembersihan diri

Jiwa rasa penyucian abadi

 

Kekasihku
Aku syukur temui-Mu
Dalam mata fikirku

Dalam mata hatiku

 

Kekasihku
Tari telingaku dengar khutbah-Mu

Seri mataku tatap kitab-Mu

Suci mulutku lafaz kalimah-Mu

 

Aku sujud ke kiblat –Mu

Kaabah- Mu .

   

Anis, April 2003

   

"Sajak adalah rakaman pengalaman seseorang  penyair secara jujur. Jadi, saya  jujur dan ikhlas dalam merakamkan  perasaan saya," kata Rajes apabila ditanya mengenai kecenderungannya menghasilkan sajak-sajak bertema Islam. Katanya lagi, "Saya boleh menulis sajak-sajak  bertema Islam sebab saya boleh membaca dan menulis tulisan Jawi, pernah mengambil Tasawwur Islam, Tamaddun Islam di universiti tempatan dan pernah mengkaji Teori Takmilah oleh Prof Shafie Abu Bakar untuk program Sarjana Sastera. Di samping itu saya banyak membaca buku-buku berkaitan dengan agama Islam. Mungkin itu yang menyebabkan saya mampu menulis tentang  kehebatan Islam."

Fesyen Remaja

Priya @ Kogilavani

    

Lihatlah trend remaja kini

memakai kasut tinggi

rambut berwarna-warni

pakaian pula menjolok mata

mana tak sakit mata memandang

Ingatlah teman, ingatlah rakan

bukan ini cara jadi terkenal

pakailah pakaian sopan santun

buktikan diri melalui ilmu

Kecantikan fizikal akan hilang

hanya ilmu yang kekal selalu

   

NILA, 1 Jun 2003

   

Syair Melaka

Logeswaran

   

Ke mana juga perginya dunia

Sejarah malaysia tetap dikata

Apatah lagi kisah Melaka

Sejarahnya tidak boleh dilupa

    

Asal-usul nama melaka

Mana mungkin boleh dilupa

Sebatang pokok punya cerita

Sebuah tempat mendapat nama

   

Pengasasnya pula seorang wira

Terus disanjung sepanjang masa

Namanya adalah Parameswara

Dialah pengasas negeri Melaka

     

NILA, 15 Jun 2003

  

Kavya, Julai 2003

Hosted by www.Geocities.ws

1